Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman Saya Bersembang Dengan Mak Cik Dari Negara Najib Razak

Dua tiga minggu lepas gua ada jumpa seorang rakyat dari negara najib razak datang melancong ke Niu Zilen. Dia datang ke tempat gua untuk pekena kopi. Gua tengok gayanya buleh tahan elegen. Dengan glove dan mafla bagai, padahal bukan sejuk pun kat luar. Setakat 3 darjah celcius pun nak bungkus ke mak cik! Ni gua kasi astro balik separuh dari perbualan gua dengan makcik negara najib razak

Makcik : memang datang jauh jauh awak kerja buat kopi je ke?
Gua : aah. Dah rezeki kat sini kan, selagi halal kita buat la.
Makcik : Banyak lagi kerja kat messia tu lagi banyak duit dapat, buat apa datang jauh jauh. Sana pun makanan senang, murah. Dari awak susah susah dekat sini, baik awak balik kerja kilang dekat messia, takpun kerja kat fastfood ke.

Banyak betul makcik tu pungpang pungpang dekat gua. Gayanya bersembang pun nak datin saja. Gua pun mula hangin runcit2 bila mengadap orang macam ni. Lalu gua pun reply.

Gua : It`s not about how much money i earn every single week, but it`s all about our quality life here makcik. Life sini chill, takde trapik jam. Sepanjang saya duduk sini, tak pernah lagi saya dengar kes ragut, rogol atau pecah rumah. Tu rumah saya duduk dah 9 bulan, kitorang tak pernah kunci rumah, takde pula orang nak masuk. Kolumpo macam ni dak?

Gua tengok makcik negara Najib Razak tu dah senyap. Gua sekolahkan dia lagi sekali. Tapi yang ni gua kencing punya. keh keh keh!

Gua : Nanti kalu makcik balik negara Najib Razak, makcik jumpa kerja macam saya boleh bayau RM1400 seminggu, takpun RM5600 sebulan makcik roger saya cepat cepat. Saya balik terus.
Makcik: Ooo.. mahal juga dia bayar. Kalau RM1400 seminggu memang banyak. Macam mana awak dapat kerja kat sini. Ingat nanti nak suruh anak makcik datang kerja sini la.

Itu la cerita dia, mentaliti orang kita. Mudah sangat nak perkecilkan orang lain, mudah sangat memandang orang dengan duit. haish! Padahal gua kencing saja seksyen duit tuh. kah kah kah! Sapa suruh buat perangai sembang berapi dengan gua, kan gua dah belanja sembang salji!

9 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

tengok layout baru blog lu wa ingat wa salah masuk blog orang lain tadi..

anyway...
harap2 next year jadi la wa buat rombongan cik kiah ke sana..nak tggu promo murah cam hari tu kot2 ade..dan kalo bebudak nih x hanya sembang kencang saja..insyallah jadi kalu frapucino wa dilupa jangan..

ROFL..

Darab Dua said...

tapi layout gua tampak ilmiah kan? kah kah kah!

datang kalu, pengeras dilupa jangan, mee rojak kuah asing contohnya. ha ha!

Jay Harun said...

"like"

uMi aishah said...

apesal lu tak offer je makcik tu keje trus

afendi ariff said...

sebenonya bape lu dpt?
wahahhaahaaa.....

ghost said...

mentaliti..mentaliti..

Firdaus said...

lu punya layout ni biasa budak-budak universiti yang ada jawatan dalam MPP jer pakai bro. hehehe.. kalau kompeni lu nak carik orang buat teh tarik kasi roger gua.

Darab Dua said...

@umi mak cik tu pesen keje berjalan. malas gua nak offer org mcm tuh. ha ha

@apendi gua dapatnya 200 je semggu. ha ha!

@gos haa.. mmg mentaliti yg tak buleh diubah dah

@apei mmg gua aim mengorak makwe2 IPT ni. biar tampak ilmiah sikit. ha ha!

FarhanaLicious said...

kat kampung ni pun dah ada kes pecah rumah. risau betul.