Monday, August 22, 2011

Luahan Perasaaan Saya Dibulan Ramadhan

Pada suatu hari yang 2 3 hari lepas, gua bangun untuk bersahur pada jam 5 pagi. Jenis suhu pagi cecah -9 ke -12 darjah ni memang buat gua susah betul nak bangun sahur. Tapi sebab gua pun masuk kerja jam 6 pagi. Gua kena juga buat buat gagah bangun pagi. Terlepas sahur ni mende yang kita handle lagi. Tapi lewat ke tempat kerja ni, peh! kurang la pendapatan gua untuk minggu ini. heh!

Gua celik mata saja, tiba tiba rasa down wujud dalam diri, ntah mende yang down gua pun tak tahu, tapi lain macam perasaan down dia. Jenis down yang rasa malas nak buat mende. Gua syak down bila mengingatkan mende mende lepas serta memikirkan menda menda yang mendatang. Gua syak saja. Down tak down pun sahur pagi tu gua tibai 5 6 juga roti sapu kaya sambil cicah air susu berperisa pisang. ha ha!

Pada hari tersebut gua berkerja dari jam 6 pagi sampai 1 tengah hari. Kesan perasaan down gua hari tersebut membawa ke tempat kerja juga sampai 2 orang pelanggan gua komplen kopi yang gua buat tak sedak. Kena la gua buat lain. Cilakak betul, setakat susu tak cukup froth tuh pun nak berkira ke woii!!! Gua down ni sapa nak kira?

Bagi menghilangkan rasa down gua, selepas kerja gua terus pecut pergi main snowbod di tempat biasa.

**** ( ni maksud dia gua tengah main snobod, kungkang2 jatuh belakang kira )

Tiba lebih kurang 33 minit sebelum berbuka gua layan lepas dekat puncak gunung. Ketinggian dia tak tinggi mana, dalam 1649 meter dari paras laut. Suhu dia itu jam pun dalm -3 darjah saja. Tak berapa nak sejuk. Sebelum gua naik atas tu gua dah stenbai sebiji kurma dalam poket buat berbuka. ha ha!

Tengah sedap gua memikirkan macam macam perkara, tiba tiba datang satu musibat join lepak sambil tangkap gambau. Dari minta tolong tangkap gambar, gua dan musibat tersebut pun mula bersembang. Macam macam topik juga dia punya sembang. Dari cuaca, sampai ke hal kerja serta hal kehidupan masing masing. Gua habis cerit dekat dia apa gua rasa itu jam. Musibat tersebut pun menceritakan macam macam perkara. Dari hal peribadi dia sampai ke hal mak dia pergi kerja suka pakai skirt kaler merah. Ya, lupa gua nak kabor,m musibat itu adalah makwe. Mengikut suara dan susuk tubuh la. Muka habis tutup dengan goggle dan 'neck warmer'.

Pungpang punpang sembang jam menunjukkan pukul 6.12 petang menunjukkan waktu berbukak bagi kawasan Queenstown dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Gua pun zas sambar kurma dalam poket. Tapi, peh! kurma tu punya lenyek, dan macam kena pijak pijak. Mungkin kesan dari aktitivi gua mencium salji sewaktu bersnobod.

Lepas tibai kurma gua pun berkata kepada musibat tersebut. "Okay mate, i wanna ride down to base and have some dinner. catch ya on the slope. cheers!" gua pun berlalu dengan sedikit bergaya. Ye lah, depan makwe kena bergaya sikit. keh keh keh!

Tapi, apahal sembang setengah jam pun, toksah kabor no telefon ataupun emel fesbuk, nama serta asal usul pun gua tak tanya. Begitu juga dengan musibat tersebut. Haram tak tanya gua. Entah madu ke tidak wajah dia pun gua tak tahu. Tapi mendengar kepada accent dan susuk tubuh ni gua syak bukan orang putih. Dia berat ke asia. Dari accent dia gua syak kalu bukan jipun, koriya. tu saja.

Jadi, kepada miss random, thanks heaps for the time. Lagi 5 hari gua nak cuti raya. keh keh keh!


dia kalu pakai macam ni memang tak buleh kenal makwe atau pakwe, cantik taua huduh. ha ha!

7 comments:

Firdaus said...

lu cuti raya ada balik mesia tak? Uncle Najib kirim salam. Aper nama facebook lu? suruh gua contact lu pakai facebook tapi alamat tak kasik.

hanie said...

scene talking with stranger ni kadang2 wa pun terlibat jugak. sape dia, pakwe ke makwe..itu lain cerita lah.. hahaha


tahun ni..lu buat ketupat ke lemang? wahahaha :P

Fatt said...
This comment has been removed by a blog administrator.
@tune® said...

mak aih...
lu saje main snobod sbb nk golek² pehtu tertelan ais tu lantas lu terminum kan?
kan?
kn?

an Azita said...

haha..terhiboq aku baca ..ilang trs stres meres..TQ mbak!

Darab Dua said...

@apei gua tak balik apei. raya diperantauan lah org kabor.

@hanie. tahu takpa. gua buat dua dua skali. ha ha!

@fatt. paham, gua paham bahasa melayu apa. ha ha!

@atune. salah. lu mmg salah weh!

@mbak sama sama mbak ajita!

uMi aishah said...

u really enjoy ur life mate! envy