Friday, October 21, 2011

Dimitri Kalkanov

Tidur lepas magrib ni sebenarnya bukan mende mende molek untuk adik adik contohi. Tapi kalu dah champion mengantuk nak buat macam mana, kan gua tertidur sambil memasak, dia boleh membawa bencana kebakaran rumah. heh! Tapi kalu gua dekat kampung, memang makan ceramah mok gua dah. Kat rumah gua, sapa pesen gemor tido maghrib memang mok gua belanja ceramah perdana. keh keh keh! Tapi maghrib tempat gua skang 8.15 malam, feeling maghrib dia memang tak king macam duduk negara najib razak.

Gua bangun lebih kurang pukul 12 lebih sikit sikit. Sebab lapau, jadi gua masak lebih kurang, makan pun lebih kurang. Tapi lepas makan gua mengadap kompiter tak lebih kurang langsung, membawa ke subuh juga. Bila bangun malam tadi gua terpikir hasrat gua pasang time gua muda muda, menaiki kereta api dari Vladivostok ke St. Petersburg.

Ini dia nama ibadah jalan jalan bukan runcit runcit dah ni. Dia dah mega lain macam dah ni. Dari seksyen duit terutamanya. ha ha! Mendenya, gua nak naik kereta api dari;

Vladivostok - Khabarosk - Komsomol on Amar - Tynda - Severobaikalsk - Brastak - Novosibirk - Ormsk - Ekateriburg - Perm - Kirov - Vladimir - Moscow - St. Peterburg

Peh! memang padu, tapi ada 'chance' gua nak masuk ke Ulan Bataar. Gua nak tengok sikit tanah Gengis Khan. Dapat menunggang kuda sambil memanah pun jadi dah. kah kah kah! Mengikut kira kira, mende ni makan masa 22 hari juga sebab gua nak berhenti beberapa tempat. Tasik Baikal contohnya. Bila dah duduk Niu Zilen ni, gua jadi into ke arah tasik sikit sebab 'art of tasik' ni kalau di amati memang King lain macam sebenarnya. Dia tak sama macam 'art of shuffle' atau pun 'art of bangfes' yang budak budak tengah in skang. kah kah kah!

Banyak mende juga nak kena 'handle'. Timing dia pun bukan macam naik kereta api dari kl sentral ke midvelly. Silap ralit suit2 makwe Rusia sampai tertinggal kereta api, maknanya gua kena tunggu lagi 2 3 hari nak dapat kereta api lain. Peh! padu. Ini memang nama dia bukan runcit runcit.

***

Pungpang pungpang sampai St. Petersburg, amik pula kapo terbang ke Inglan. Singgah Belarus cantik juga kan. kah kah kah!. pehtu naik pula kapo terbang ke negara Najip Razak nanti buleh jumpa mok gua, salam cium tangan.

Dalam banyak banyak isu ibadah jalan jalan ni, 1 saja yang gua tak sabar, tak sabar gua nak pakai nama Rusia gua. Dimitri Kalkanov. Jejak saja sempadan Rusia, gua terus nak prektis. "i'm Dimitri, Dimitri Kalkanov." kah kah kah!


*keretapi ke kereta api? yang mana 1 betul woi?



10 comments:

hanie said...

kalau lu jejak rusia, memang wa jeles tahap king dengan lu!

kalau lu baca buku andrea hirata, wa syak besok jgk lu beli tiket keretapi nak pi sana. dia punya adventure masa dekat rusia..pehh.. sampai tahap makan pucuk plum untuk sambung nyawa! wa harap lu tak jadi macam tu lah. kah kah kah

foxychain said...

Erica is a Russian. Erica Alexandrovna Ivanova says hi to Dimitri Kalkanov. She's a cool damn ipad in the world with iOS5 :)

FarhanaLicious said...

gua nak menyebut nama lu pun dah tergagap gagap ni.

Darab Dua said...

@hanie
tak tahu bilanya. gua baru merancang saja. kira merancang molek2 sikit saja ni. ok la tu dia mkn pucuk pelam. pemakanan gua lg huduh dr dia diawal kemunculan gua dekat niu zilen ni. ha ha!

@foxychain
peh! tuh dia. panjang betul nama, bawak pergi JPN, mahu kena maki dengan makcik kaunter JPN. ha ha! tp ipad tu nampak mmg merbahaya. ha ha!

@farhanalicious
kena prektis. kalu lu nak belanja gua nasi dagang nanti. takla tergagap gagap. ha ha!

uMi aishah said...

terbaek!
lu mmg bkn kategori si tanggang...sbb sebaik ade terselit amek flite nk gi salam cium tgn mak lu

foxychain said...

Hanis, Erica says "u look cooler with iPad while traveling. This is 21st century man!"
Added some more "when u travel, u can update darabdua.blogspot easily. Then u can add tagline on the bottom -writtenwhilemobile - awesome!"

p/s - i have to google whats JPN is. haha. and it is keretapi. ini saya ingat masa belajar di sekolah :)

apei said...

perhh kemain kalkanov lagi. macam lu punya MC sambung lagi ke? ke 26 oct dah start keje?

Darab Dua said...

@umiaishah
raihan kabor.. surga itu dibawah tapak kakinya. ha ha!

@foxychain
ha ha! mmg sgt kool objek kecik tuh. silap2 berhantu. dok pegang tak nak lepas. ha ha ha!

JPN tuh Jabatan Pendaftaran negara. ha ha

@apei. sedak dok nama rusia gua? gua pny mc smpi 26 saja. lg 2 hari nk kerja. fuh!

pengejarmimpi said...

lu banyak duit lu sedekah sama budak2 maori yang lari2an anak tepi tasik tu bro. biar malam2 dia happy sampai mimpi boleh main lari2 lagi esok hari harap lu boleh kasi cket duit sama dia lagi.

bro rusia bro! dimitri kalkanov tu nama pembunuh bro. tuka2. ha ha

Darab Dua said...

@pengeharmimpi
ha ha! duitnya gua takda lagi. Ni rego kereta dah 2 mggu out pun tak renew. apa cerita. ha ha!

peh! pembunuh ke. tp bunyi nama ni sedap betul idgham dia mmg kena.