Friday, December 9, 2011

Pengembaraan melihat tanah air : Seat "Google Earth"

Sepanjang gua menjadi kutu dekat dunia ni, dah belas belas ke puluh juga kapo terbang yang gua dah naik. Kira dia buleh tahan banyak juga. Macam macam pengalaman ada.

Ada yang sampai makwe pramugari dah jerit jerit nama gua suruh naik baru gua terhegeh hegeh nak naik. Ada juga kes gua pegang boarding pass tu sampai kapo terbang "landing" sebab gua ingat bila kita duduk ni makwe pramugari datang check lagi sekali. Kes gua beratur depan sekali sebab nak dapat seat Google Earth pun ada.

Walaupun dah banyak kali gua naik kapo terbang, tiap kali gua dapat seat google earth mesti gua auto senyum secara turbo. Perasaan gembira tu menaik lain macam. Lagi menaik dari dapat 9A dalam peperiksaan SPM. Palem sedap bila kapo terbang nak naik, dapat tengok dia punya condong menaik tu brader peh! Bila abam juruterbam tarik minyak tu pun sedap juga. Kapo terbang punya pergi, sampai gua rasa tertinggal roh dekat belakang! Gua rasa macam ni bila duduk seat google earth saja. seat seat kebiasaan ni, tak rasa mende. Dia banyak rasa down saja lebih. Rasa nak maki pramugara contohnya.

Lagi satu time sedap, time kapo terbang nak "landing". Kalu lu dapat seat google earth ni buleh nampak sayap kapo terbang time kapo terbang brek. Lain macam dia punya berkepak. Ada sesetengah kes tu sayap dia mengibas ngibas macam burung sedang terbang. Sumpah gua tak kencing! Pengalaman ni gua tengok sendiri time nak landing dekat lapangan terbang di Perth, Ostrolia. Juruterbang dah warning awal awal yang angin kuat dan sayap akan berkepak kepak mengibas. Itu jam gua tengok pramugari pun pucat. Juga ada anak nak kecil serta ibu ibu yang menangis dan menjerit. Tapi gua maintain steady walaupun pucat sikit sikit.

Tapi dalam banyak banyak sedap tuh, king of sedap dapat seat google earth ni ialah time kapo terbang layan lap. Time dia nak naik atau nak turun ni kapo terbang rajn juga layan lap. Haa.. time dia layan lap ni la gua palem king of sedap. Dia lap saja, peh! terus nampak bumi dekat bawah. Sebijik macam dalam google earth. Sebab tu la seat tepi tingkap ni gua panggil seat google earth. Waktu gua tak pernah naik kapo terbang dulu, gua ingat google earth ni menipu. ha ha

Okeh, makwe jaga pintu dah panggil masuk kapo terbang, gua chow dulu. Ada rezeki gua kembali ke negara najip.

4 comments:

hanie said...

peh..seat google earth mmg padu. tapi leceh pulak kalau tetibe nak buang hajat. 2 kerusi nak kena langkah. hahahaha

Hidemichi said...

seat google earth kalau sampai bontot kematu pun x syok jugak.

Darab Dua said...

@hanie
aaahh.. lompat sja. apa adahal. ha ha!

@hidemichi
kematu sbb lu tak buat eksesais penerbangan jauh. ha ha!

foxychain said...

Me, i will find 3 free seats in a row. Nak hibernate :)