Pada satu tahun yang lebih kurang 10 tahun lepas, Jali bersekolah di sebuah sekolah jenis sains asrama penuh. Sekolah Jali ni dia ada tingkatan empat dengan tingkatan lima saja. Pesen tak banyak tingkat. Tapi 1 tingkatan dia cecah sampai 16 kelas. Dalam 16 kelas tu dibahagikan pula kepada dua jurusan. Jurusan biologi dengan jurusan perakaunan. Walaupun Jali ni bengap mengira, tapi dia steady juga masuk jurusan perakaunan. Entah menda lah akal Jali. Mungkin dia tahu biologi tu dia tak buleh pergi langsung. Seperti sedia maklum, Jali duduk di kelas P. Kelas P ni merupakan kelas palem belakang bagi jurusan perakaunan. Dalam hukum ABC, P ni nombor 16, kalu ABC tu mula dengan ZYX sekali pun, P ni bukan juga huruf palem depan. Buleh tahan tak pandai juga lah Jali ni. Bukan jenis tak pandai sedang sedang dah.
Cikgu Juna adalah cikgu bahasa melayu dalam kelas Jali. Nama dia memang Juna, bukan Junaidah, Junainah ataupun Junatun. Dia memang nama Juna. Cikgu Juna ni steady oramnya, tudung labuh tapi bukan tabligh, tinggi tak tinggi mana. Pernah satu kali tu sewaktu cikgu Juna tengah sedap sedap mengajar bahasa melayu, tiba tiba cikgu Fendi melintasi kelas Jali, Lalu setady saja Jali bersuara, "Cikgu fendi! cikgu Juna kirim salam! keh keh keh" Itu jam muka cikgu Juna berubah juga jadinya. Tapi Jali, peh! bukan main steady lagi. Bahasa melayu ni sebenarnya mata pelajaran yang Jali tak berapa berkenan juga sebab dia ada seksyen sastera, sebab itu buat Jali jadi bengap sikit. Tapi setakmenjadi Jali, lagi tak menjadi Asrol. Asrol ni ya allah, bengap tak buleh nak harap. ha ha! tapi bahasa melayu tak berkenan, kimia tak berkenan, fizik tak berkenan, entah menda lah yang jali berkenan, suit suit Siti Nur Iman gamaknya.
Pada suatu hari, Cikgu Juna mengarahkan pelajar kelas P untuk membuat rumusan dari cerpen pendek dari buku 'Anak Laut'. "Cilakak! rumusan lagi kah? gua nak salin sapa punya ni?" getus hati Jali. Jali ni memang pesen tak suka menulis, bukan sebab tulisan dia huduh, tapi Jali memang jenis tak pandai hal hal merumus ni. tulisan Jali memang cantik, sampai Ustaz Mansur pun pernah tegur. "Macam tulisan gadis gadis tulisan hang ni Jali" tegur ustaz Mansur. Pujian itu Jali tanam kemas kemas dalam dada. Buat bekal cerita dekat anak cucu katanya.
Lepas cikgu Juna kasi arahan lebih kurang, Jali pun ambil buku kegemarannya di dalam laci meja. Buku ni memang buku kegemaran Jali. Mari lah mata pelajaran menda, Jali mesti pakai buku ni.
***
"Okay, siapa dah siap hantar buku kat saya" kabor cikgu Juna. lantas hati Jali bergetus "menda lahh cikgu Juna ni, selalu dia yang mari check kat meja kita. Malas betei!" Nak tak nak Jali pun hantar lah buku kesayangan dia dekat cikgu Juna. "kungkang kungkang" cikgu Juna memeriksa buku budak kelas Jali. Ada time dia senyum tak ubah macama baca surat cinta juga. Tapi ada time dia geleng kepala macam baca surat hutang.
Lepas cikgu Juna periksa dia pun panggil nama sorang sorang. Paling mula mula kena panggil, biasa lah. Asrol, panjang juga si Asrol tu kena bebel. memang pesen bukan bengap sedang sedang betul lah Asrol ni. Lepas Asrol, cikgu Juna panggil pula si Mat Ju, lepas tu pula Aida. Lepas tu cikgu Juna pun senyap. Muka cikgu Juna itu jam jadi serius sikit. kemudian cikgu Juna pun berkata " Ni bila pula ada budak cina dalam kelas ni? setahu saya semua melayu. Haa.. Ni anak cina mana ni.. Lim Bun Tat? Cepat mengaku. Tapi saya tahu sangat siapa ni!"
"Cilakak! macam mana aku buleh tak ingat kat buku aku tu aku tulis nama Lim Bun Tat!!" keluh Jali dekat Asrol. Itu jam bukan main sedap lagi Asrol gelak dekat Jali. Bukan selalu dia dapat peluang ini macam. Asrol ni duduk sebelah Jali kalu dalam kelas P tu. Lalu Jali pun berjalan secara tunduk tunduk kedepan untuk menuntut buku dia. Memang itu jam Jali rasa betul betul down. Tak dapat mengorat Maswan Fatihah masa sekolah rendah pun tak down macam ni.
"Saya tahu sangat awak punya ni Jali. Bila pula ada nama cina ni? Ni buku apa ni? sekejap bahasa melayu, selak sebelah kimia, selak lagi jadi Pendidikan Islam. Ni haa kat belakang ni gambar raksasa apa awak lukis ni?" soal cikgu Juna.
Jali itu jam steady tak steady mana dah, tapi dijawabnya. "Cikgu, ni nama samaran saya. Saya ni bukan taknak buat satu buku satu mata pelajaran. Saya cuma nak biar ada sifat muhibah antara mata pelajaran, sebab itu saya buat satu buku saja. Kalau kita buat buku asing asing, nanti ada perkauman antara mata pelajaran cikgu, tak manis kan ada sifat perkauman." tenang.. memang tenang dan tepat jawapan Jalii itu jam.
Lalu cikgu Juna pun mereply " Banyaklah awak punya muhibah la, perkauman lah. dah. Lim Bun Tat, saya nak awak buat lagi 3 rumusan dalam buku tulisan BAHASA MELAYU! bukan buku muhibah awak ni. esok pagi hantar! " Tegas suara cikgu Juna itu jam. Mahu tak mahu kena la juga Jali buat. Tapi dalam kepala Jali memang dah aim nak upah si mat ju buat. Nanti buleh Jali upah ais krim yang Jali curi dari dewan makan. Jali.. Jali.. licik bukan main.
Lepas tu buleh tahan melekat juga lah nama Lim Bun Tat pada diri Jali.