Tuesday, May 22, 2012

196 : Makan Seperti Bangsawan. Bukan Bangsa Yang Mudah Kena Sawan Buih

Sewaktu berada di pekan bernama Wanaka, gua gagal mendapatkan kerja juga. Tapi walau gagal mendapat kerja gua berjaya juga memancing 2 ekor ikan 'rainbow trout'. Ikan ni memang king kalu buat masak steam, 3 rasa dan sweet sour. Tapi tengah situasi genting macam tu, palem champion pun gua goreng saja. Itu pun sebab tak kasi ikan tu berbau untuk bekalan beberapa hari mendatang. Lepas lipat khemah lebih kurang, gua pun berkira kira untuk memandu ke pekan bernama Franz Josef. Lebih kurang 300 kilometer juga dari pekan bernama Wanaka ni. Memang luluh hati juga bila pekan ni tak sudi memberi gua kerja. Masuk hari tu lebih kurang 3 minggu juga gua mengamalkan cara hidup homeless. Kedudukan kewangan pun memang runcit bukan main dah.

Sebelum gerak gua pekena makan tengah hari ditepi tasik bernama tasik Hawea. Memang king punya cantik tasik ni. Airnya biru, angin sepoi sepoi pendidikan jasmani. Pekena nasi dengan ikan rainbow trout goreng pula, peh! menjadi lain macam sedap dia. Perut kenyang, gua pun mula ambil port nak lena sekejap. Nak memandu jauh kononnya. Padahal gua cenderung ke scene 'berbaring lepas makan' ha ha! Pang gua lena, lena tak lena mana masuk 2 jam juga. Terus kucar kacir gua bangun untuk meneruskan perjalanan ke Franz Josef. Kalu di Niu Zilen ni tak berapa nak solid kalu memandu malam. Sebab dia lebih cenderung melanggar arnab dan beberapa jenis binatang lain. Gua kemas barang, basuh muka lebih kurang, terus memecut kereta bukan sukan bernilai nzd150 gua tu.

***

Alhamdulillah, pungpang pungpang gua memandu sambil menyanyi dalam kereta tu. Gua pun sampai ke destinasi. Untuk pengetahuan semua, kereta tak sukan nzd150 tu tiada radio. Apa gila kereta nzd150 pun nak ada radio kan.. Kalu tingkap buleh naik pun kira dah bersyukur. ha ha! Bila sampai tempat macam ni, tempat utama gua tuju ialah, cari port yang buleh pacak khemah. Tidur dalam khemah ni memang sipi sipi perasaan tidur dalam hotel banyak bintang juga kadang kadang. Bila kita banding dengan tidur dalam kereta lah. Tidur dalam kereta ni celaka dia punya sakit belakang. Kerusi tak empuk langsung. Kaki pun bukan buleh lurus yang jenis lurus bila baring atas katil. Tapi kalu suhu malam tu 3 ke 4 darjah celcius. Itu belakang kira.

Seperti juga teknik gua sebelum sebelum ni. Walaupun gua menetap dalam khemah, tapi bila scene scene memasak ni, gua akan licik licik masuk ke backpackers hostel punya dapur. Dekat Franz Josef ni gua memang dah aim hostel YHA. memang king betei dapur dia. Barang pun buleh letak dengan selamat. Ada ruang tamu yang buleh tengok TV. Ada sesetengah kes gua lupa diri pergi tengok tv sampai gua ingat gua menetap dekat hostel tu. 

Siang berlabuh sudah, gua dah sengih tanda stenbai untuk makan malam. Sedang gua geledah kereta cari bekas makanan gua, gua pun menjerit. "Celaka! macam mana buleh tertinggal stok makanan gua 3 hari tu dekat tepi tasik woiiii!!!!" Luluh hati gua itu jam tuhan sahaja yang tahu. Nak beli makanan dekat kedai memang dah malam kedai tutup. Kedai tutup tu bukan isu dia. Isu dia kewangan gua tu ada hanya untuk minyak kereta.

***

Lebih kurang 2 jam lepas itu gua sengih sambil silang kaki dan membaca akhbar tempatan diruang tamu hostel yang gua menyelinap tu. Perut kenyang jenis kenyang ular sawa. Jenis jenis kenyang membawa ke lupa diri. getus gua dalam hati "Berkenan betul aku duduk negara yang jenis ada "waste food bin". Saat saat macam ni memang "waste food bin" sangat king! Dapat makan spaghetti pula tu. Makan persis bangsawan pun ada. ha ha!"

Saturday, May 12, 2012

Did Not Depart


Cop palem mahal gua pernah dapat dalam passport gua. Berlaku di Melbourne Aiport pada tarikh yang lu oram sendiri tengok lah dekat gambau kat atas tu. Dia punya berdebar mari lain macam juga bila mende mende macam ni jadi. Tapi gua bakalan memperbaharui passport gua. gua ingat dapat koyak sikit buat kenangan ni molek juga. heh!

Kadang kadang kita bukan malas menulis, cuma menghormati perasaan malas. kah kah kah

Saturday, March 24, 2012

Kisah Cikgu Bahasa Melayu Berlawan Dengan Pelajar Cina.


Pada satu tahun yang lebih kurang 10 tahun lepas, Jali bersekolah di sebuah sekolah jenis sains asrama penuh. Sekolah Jali ni dia ada tingkatan empat dengan tingkatan lima saja. Pesen tak banyak tingkat. Tapi 1 tingkatan dia cecah sampai 16 kelas. Dalam 16 kelas tu dibahagikan pula kepada dua jurusan. Jurusan biologi dengan jurusan perakaunan. Walaupun Jali ni bengap mengira, tapi dia steady juga masuk jurusan perakaunan. Entah menda lah akal Jali. Mungkin dia tahu biologi tu dia tak buleh pergi langsung. Seperti sedia maklum, Jali duduk di kelas P. Kelas P ni merupakan kelas palem belakang bagi jurusan perakaunan. Dalam hukum ABC, P ni nombor 16, kalu ABC tu mula dengan ZYX sekali pun, P ni bukan juga huruf palem depan. Buleh tahan tak pandai juga lah Jali ni. Bukan jenis tak pandai sedang sedang dah.

Cikgu Juna adalah cikgu bahasa melayu dalam kelas Jali. Nama dia memang Juna, bukan Junaidah, Junainah ataupun Junatun. Dia memang nama Juna. Cikgu Juna ni steady oramnya, tudung labuh tapi bukan tabligh, tinggi tak tinggi mana. Pernah satu kali tu sewaktu cikgu Juna tengah sedap sedap mengajar bahasa melayu, tiba tiba cikgu Fendi melintasi kelas Jali, Lalu setady saja Jali bersuara, "Cikgu fendi! cikgu Juna kirim salam! keh keh keh" Itu jam muka cikgu Juna berubah juga jadinya. Tapi Jali, peh! bukan main steady lagi. Bahasa melayu ni sebenarnya mata pelajaran yang Jali tak berapa berkenan juga sebab dia ada seksyen sastera, sebab itu buat Jali jadi bengap sikit. Tapi setakmenjadi Jali, lagi tak menjadi Asrol. Asrol ni ya allah, bengap tak buleh nak harap. ha ha! tapi bahasa melayu tak berkenan, kimia tak berkenan, fizik tak berkenan, entah menda lah yang jali berkenan, suit suit Siti Nur Iman gamaknya.

Pada suatu hari, Cikgu Juna mengarahkan pelajar kelas P untuk membuat rumusan dari cerpen pendek dari buku 'Anak Laut'. "Cilakak! rumusan lagi kah? gua nak salin sapa punya ni?" getus hati Jali. Jali ni memang pesen tak suka menulis, bukan sebab tulisan dia huduh, tapi Jali memang jenis tak pandai hal hal merumus ni. tulisan Jali memang cantik, sampai Ustaz Mansur pun pernah tegur. "Macam tulisan gadis gadis tulisan hang ni Jali" tegur ustaz Mansur. Pujian itu Jali tanam kemas kemas dalam dada. Buat bekal cerita dekat anak cucu katanya.

Lepas cikgu Juna kasi arahan lebih kurang, Jali pun ambil buku kegemarannya di dalam laci meja. Buku ni memang buku kegemaran Jali. Mari lah mata pelajaran menda, Jali mesti pakai buku ni. 

***

"Okay, siapa dah siap hantar buku kat saya" kabor cikgu Juna. lantas hati Jali bergetus "menda lahh cikgu Juna ni, selalu dia yang mari check kat meja kita. Malas betei!" Nak tak nak Jali pun hantar lah buku kesayangan dia dekat cikgu Juna. "kungkang kungkang" cikgu Juna memeriksa buku budak kelas Jali. Ada time dia senyum tak ubah macama baca surat cinta juga. Tapi ada time dia geleng kepala macam baca surat hutang.

Lepas cikgu Juna periksa dia pun panggil nama sorang sorang. Paling mula mula kena panggil, biasa lah. Asrol, panjang juga si Asrol tu kena bebel. memang pesen bukan bengap sedang sedang betul lah Asrol ni. Lepas Asrol, cikgu Juna panggil pula si Mat Ju, lepas tu pula Aida. Lepas tu cikgu Juna pun senyap. Muka cikgu Juna itu jam jadi serius sikit. kemudian cikgu Juna pun berkata " Ni bila pula ada budak cina dalam kelas ni? setahu saya semua melayu. Haa.. Ni anak cina mana ni.. Lim Bun Tat? Cepat mengaku. Tapi saya tahu sangat siapa ni!"

"Cilakak! macam mana aku buleh tak ingat kat buku aku tu aku tulis nama Lim Bun Tat!!" keluh Jali dekat Asrol. Itu jam bukan main sedap lagi Asrol gelak dekat Jali. Bukan selalu dia dapat peluang ini macam. Asrol ni duduk sebelah Jali kalu dalam kelas P tu. Lalu Jali pun berjalan secara tunduk tunduk kedepan untuk menuntut buku dia. Memang itu jam Jali rasa betul betul down. Tak dapat mengorat Maswan Fatihah masa sekolah rendah pun tak down macam ni.

"Saya tahu sangat awak punya ni Jali. Bila pula ada nama cina ni? Ni buku apa ni? sekejap bahasa melayu, selak sebelah kimia, selak lagi jadi Pendidikan Islam. Ni haa kat belakang ni gambar raksasa apa awak lukis ni?" soal cikgu Juna.

Jali itu jam steady tak steady mana dah, tapi dijawabnya. "Cikgu, ni nama samaran saya. Saya ni bukan taknak buat satu buku satu mata pelajaran. Saya cuma nak biar ada sifat muhibah antara mata pelajaran, sebab itu saya buat satu buku saja. Kalau kita buat buku asing asing, nanti ada perkauman antara mata pelajaran cikgu, tak manis kan ada sifat perkauman." tenang.. memang tenang dan tepat jawapan Jalii itu jam.

Lalu cikgu Juna pun mereply " Banyaklah awak punya muhibah la, perkauman lah. dah. Lim Bun Tat, saya nak awak buat lagi 3 rumusan dalam buku tulisan BAHASA MELAYU! bukan buku muhibah awak ni. esok pagi hantar! " Tegas suara cikgu Juna itu jam. Mahu tak mahu kena la juga Jali buat. Tapi dalam kepala Jali memang dah aim nak upah si  mat ju buat. Nanti buleh Jali upah ais krim yang Jali curi dari dewan makan. Jali.. Jali.. licik bukan main.

Lepas tu buleh tahan melekat juga lah nama Lim Bun Tat pada diri Jali. 

Monday, March 12, 2012

Rambo 5


Pada penghujung musim panas yang nak masuk ke musim luruh yang lepas, saya ada berjumpa dengan pasangan dari negara najip razak yang datang berbulan madu ke kampung saya, iaitu kampung tepi tasik. Entah apa lah yang bermain difikiran pasangan tersebut sehingga mereka teringin datang ke kampung tepi tasik ni. Selalunya kampung tepi tasik ni sering dipandang sepi oleh sekalian rakyat seluruh dunia. Sepengetahuan gua kampung tepi tasik ni runcit runcit saja, ada tasik, tiada pusat membeli belah serta tiada bangunan batang jagung macam dekat kolumpo.

Brader ni bernama abam Hamid dalam kurungan bukan nama sebenar, dan isterinya bernama kak Latipah dalam kurungan bukan nama sebenar juga. Gua berjumpa abam Hamid dengan oram rumahnya ni di pekan kampung tepi tasik. Itu jam gua baru pulang dari ibadah mengayuh basikal. Sedang gua mengayuh sambil menyanyi lagu bila cinta didusta, gua ternampak pasangan melayu ni tengah terhegeh hegeh jenguk peta. "Brader dengan akak tuh melayu kot, muka keruh saja aku tengok" getus gua dalam hati. Lalu gua pun menegur mereka dalam bahasa melayu. Ya, gua betei, mereka melayu, sesat tak jumpa jalan pulang ke tempat penginapan. Lalu gua pun memandu mereka tempat penginapan mereka.

Sambil tunjuk jalan gua pun sembang lah pungpang pungpang dengan abam Hamid. Ditanyanya gua ni mana asal, belajar kah bekerja, bujangkah sudah bekeluarga, berapa lama menetap disini serta berapa ramai populasi melayu di kampung tepi tasik. Dah macam kena soal siasat dengan abam polis pula gua rasa, padahal sepengetahuan gua abam Hamid ni bukan abam polis, dia abam Hamid. Dia ada syarikat sendiri di Kolumpo. Oram rumahnya pula seorang jurutera minyak dan gas. Ada sekali dia tanya gua, belajar bahasa melayu kat mana? lancar lain macam, siap loghat kelantan lagi. Itu jam gua diam. Diam tanda tak berkenan dengan soalan abam Hamid. 

Pungpang pungpang sembang, sampai lah ke tempat penginapan abam Hamid dengan oram rumahnya. Lalu, abam Hamid mempelawa gua untuk makan malam malam esoknya. Katanya oram rumah nak masak sedap sedap sikit. Gua pun secara turbo mereply, "kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan abam hamid" Abam Hamid senyum tanda setuju dengan pepatah gua.

***

Hari makan malam sudah tiba. Memang king oram rumah abam Hamid memasak. Dimasaknya "spaghetti " dengan "lamb steak". Sedap dia bukan runcit runcit. Pesen sedap sedap restoren mahal dekat kolumpo tu. Lepas makan kami bersembang. lalu abam Hamid pun memulakan perbualan sedikit serius dekat gua.

" Jom lah balik Malaysia, jadi kerani dekat syarikat abam. Jangan risau, abam bagi payment ok. RM1800 basic. Ok sangat dah ni untuk kerani." kata abam Hamid kepada gua.

"Eh, takpa lah abam Hamid, saya ni lulusan SPM saja. itu pun tunggang langgang, kan saya jadi kerani dengan syarikat syarikat abam Hamid tunggang langgang. Lagipun saya suka duduk disini" balas gua secara turbo.

 "Memang sini elok duduk, tapi jauh lah nak jumpa oram tua, makan pun susah jugak. Alah, kerani senang saja, bukak air cond, hantar surat, taip itu ini sikit sikit. kerja simple. Kira abam nak tolong kamu ni" tambah abam hamid yang cuba meyakinkan gua untuk pulang ke negara najib razak.

"Abam Hamid ni memang buat saya rasa macam Rambo betul. Datang jauh jauh dari kolumpo nak ajak saya kerja dengan abam Hamid. Rambo macam ni la abam Hamid, Oram pentagon masuk hutan cari Rambo sebab nak suruh "settle"kan misi. Tapi Rambo tu harap badan saja katang, tapi lembut hatinya, sebab tu dia amik offer oram pentagon." Reply gua. entah mana muncul Rambo itu jam gua pun tak tahu. memang gua main petikkk saja.

Abam Hamid tiba tiba senyap tidak reply, mukanya kelihatan serius. suasana menjadi diam diam cengkerik berbunyi.

okeh, nanti rajin kalu gua sambung. ha ha

*yang tulisan senget tu gua kencing saja. kah kah kah

Monday, February 20, 2012

Musim Panas

Sekarang musim panas tengah menaik dekat kampung gua. Jadi musim panas ni banyak aktiviti luar pintu yang buleh gua buat. Dari mandi ditasik, berbasikal, pergi mendaki, berlari lari sekitar kampung sampai lah berjemur di tepi tasik macam oram putih duduk buat. Tapi gua berjemur pakai seluar panjang dengan baju. Macam ni baru kita kata art of berjemur.  Jadi secara auto dia gua dah takdok ruang nak main belog, main upload gambau dekat belog lagi satu. ha ha! Main tuiter pun gua curi curi saja. Itu pun kadang kadang gua suruh saka gua yang handle. ha ha

Thursday, January 5, 2012

Perhimpunan


Isu perhimpunan pada kaca mata gua


Perhimpunan haram ni, sebenarnya kita tak buleh salahkan orang yang berhimpun tu, salahkan sistem persekolahan dan sistem pertadikaan. Dari tadika lagi dah diajar berhimpun. Bila habis sekolah, dah takda perhimpunan. Jadi mula la pelajar dahagakan perhimpunan dan melakukan perhimpunan haram. ye dak? ha ha -status fesbuk 02012012-


Isu adik Amalina pula,


adik Amalina, kalu adik nak tahu, orang kita ni kalu bab sebar mende tak molek memang turbo, jadi adik tak payah la buat perangai tak molek lepas tu kucar kacir suruh orang remove dari belog, tuiter dan kawasan sewaktu dengannya. kulit keruh pun ada hati nak jadi oram putih. haish! -status fesbuk 04012012-




*ada kelapangan kalu gua ulas panjang panjang, banyak juga gua nak pungpang pungpang. cuma tiada masa sikit.

Monday, January 2, 2012

2012

2011

Mende palem king gua pernah buat tahun 2011 adalah pergi ke negara Najip Razak untuk menjenguk mok dengan aboh gua! King, memang king lain macam perasaan dia.

Mende palem kodi pula adalah gua mengalami kecederaan hasil dari ibadah snobod gua. 24 hari juga cuti gua jadinya.

Secara luar sedar gua melakukan 3 bungy jump dan 2 swing. 1 skydiving, 29 hari snowboarding, 13 kali menaiki kapal terbang, 'burn' 3 tiket kapo terbang, pergi memburu arnab dan babi serta beberapa lagi aktiviti yang gua malas nak tulis. Makan mee rojak contohnya.

Gua tidak bercakap bahasa melayu secara 'real' selama 2 bulan lebih sikit sikit. Memang sebak rasa dia bila buleh bercakap secara 'real' ni. ha ha!



2012? Sesungguhnya tiada projek. Projek mega, runcit runcit mahupun ayam ayam. Cuma harapnya radio negara najip tak bubuh banyak sangat lagu koriya dalam radio. kesian gua yang nak dengar lagu melayu.

Gua akhiri entry pertama gua tahun 2012 dengan pantung 4 kerat ; 

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri,
Lebih baik tak payah hujan,
Agar dapat kita berjalan.

Sunday, December 18, 2011

Fungsi padam

Gua tak jumpa mana seksyen tempat nak delete belog! apa cerit ni? Ke belogsepot ni pesen hakiki? Jenis kalu dah ada tak buleh delete? Nak suruh gua menulis juga la tuh!

Lagi 1 hal, Apa pasal pula entry gua yang bawah ada lokasi? misteri betei! Jenis ada lokasi ni lah buat gua jadi spirit menulis menaik. Gua dengan lokasi memang kacip. Permainan foursquare contohnya

Gua nak balas komen dekat sini ok rasanya.

cik hani gua ok. cuma pengetip kuku tertinggal dekat machangster
2 parhana gua memang seorang yang serius. juga pemalu
3 khaleeqa peh! licik lu. pandai betei main internet
4 foxychain foursquare tetap tersemat dalam hati. ha ha`
5 padh ada gua tuh. lu cari molek molek. dalam senarai sahabat abam poyo contohnya


Tiada Tajuk

Facebook, Twitter, Blog. Dari 3 mende ni lah aku kenal dan jumpa macam macam jenis umat manusia. Dari budak sekolah sampai ke pak cik pak cik. Dari orang kebiasaan sampai ke orang berpangkat Tan Sri. Dari 3 medium ni juga aku tahu perihal perihal agama, berita tanah air dan sihat sakit orang tua dekat kampung.

Tapi sedar tak sedar dari sini juga orang kenal aku. Tido bangun aku, sihat sakit aku, mana aku pergi, apa aku buat, apa aku makan. Mana yang selesa tu gelak, mana yang menyampah tu kutuk. Terima kasih dekat semua lu orang yang komen dekat blog, mention kt twitter, tag, komen dan like dekat facebook.

Masa sudah tiba, remember not only to say the right thing in the right place, but far more difficult still, to leave unsaid the wrong thing at the tempting moment.

Assalamualaikum.

Thursday, December 15, 2011

mengembara melihat negara najip razak : kisah bas

pengembaraan gua dimulakan dari machangster menuju ke kolumpo. Sebab gua rasa memang susah nak hitch hike, jadi gua menggunakan teknik bas dengan harga tiket RM 40. Stesen bus malam tu buleh tahan kosong. Industri makwe pun sunyi, gua syak bukan musim IPT nak buka.

Dalam industri bas ni, kalu musim IPT nak buka, dia memang meriah lain macam. Seri stesen bas pun menaik secara turbo. Makwe makwe IPT yang nak naik bas biasanya dia melawa lain macam. Jenis melawa bedak 2 inchi, pewangi badan setengah botol. Gua syak mungkin sebab pakwe dia nak jemput bila tiba nanti. Apa gila setelah berpisah 1 2 bulan, tiba tiba jumpa nak belanja pakwe bau asap bas ataupun bau minyak cap kapak.

Tengah sedap sedap gua menunggu ketibaan bas sambil berangan sikit sikit, tiba tiba gua ternampak 1 jejaka yang gua syak turut sama akan menaiki bas. Tapi brader, tak payah lah pakai jaket pesen bulu dekat kolar, topi gaya musim sejuk serta berkaca mata hitam. Dah pukul 9 malam dah woii! Gua nak syak K -pop pun tak berani sebab gua tengok kulit dia buleh tahan keruh juga. kah kah kah. Sonata musim salju runcit runcit la tu gua syak.