Wednesday, February 25, 2009

Satu Wabak Yang Gua Palem Tak 'In' Telah Mari Ke Pekan Gua Tinggal. Ntah Musibat Mana Yang Bawak. Huru Hara Habis Jadinya.

Suatu hari nan lalu kewangan gua solid sikit. Jadi petang² macam petang tu memang sedap pekena goreng pisang dengan teh o panas. Memang petang tu solid! angin sedap² bertiup, cuaca panas² yang macam panas musim panas dekat eropah nuh. Aaaah. susah gua nak kabor. Lu pergi eropah lu tahu la macam mana dia punya panas. Tapi gua pun tak pernah pergi eropah jugak!

Gerai goreng pisang yang gua nak pergi ni dekat pekan. Gerai Mak Su Naza. Goreng pisang gerai dia memang tiptop. Pergi lambat kalu memang beli habuk je la. Mende dekat pekan, secara auto gua kena pergi dengan motor Honda Ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua. Apa gila petang² gua nak berjalan, nanti gadis kat pekan tengok pun tak selera. heh!

Gua pun gerak, elok saja gua lalu depan masjid dekat rumah gua tu, azan berkumandang. Peh! sentap jugak jadinya gua. Kalu zaman kecik², Abg Mi tak azan lagi gua dah ada kat mesjid tuh. Amcam? bagus dak gua? Tapi gua pergi awal² sebab nak 'chup' 'turn' untuk mengaji saja. Lambat 'chup' kalu, pukul 530 petang dok ngadap mulah Pak Isa lagi weh! Scene bola gua nak mula pukul brapa?

Sentap sentap jugak, gua jalan saja. Sebelum sampai gerai goreng pisang nuh, gua kena lalu satu taman permainan. Nama taman ni Taman Kemahkotaan. Ntah mende akal orang majlis daerah pergi bubuh nama tu. Tak paham gua. Kasi la nama sedap² telinga mendengar sikit. Macam "Redwoods Park" ke "Riverside Park" ke. Eropah sikit bunyinya. Paling huduh pun bubuh nama Taman astokana.

Kat Taman Kemahkotaan tu gua ada nampak budak² berkumpul. Ramai jugak. Tapi tak ramai macam perhimpunan dekat sekolah nuh. Macam² pesen 'dressing' ada. Ada pesen pakai topi jenis sudu kat belakang, jenis jeans koyak kat lutut pun ada, yang pakai seluar bola pun ada, paling gua tak buleh 'in' yang pakai baju melayu dengan songkok pun ada itu jam. Cilakak! akal gua dah lain macam. Gua dah mula syak kanak² kat pekan gua buat perhimpunan aman untuk memboikot israel. Tapi takdak pulak scene² bakau bendera. Perasaan ingin tahu gua mari lain macam. Tak pernah gua tengok budak kat pekan gua berkumpul kemain lagi dia punya "gath" tuh.

Gua pun 'park' honda ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua elok², gua pergi jenguk.

Cilakak! Budak² pekan gua dah mula terjebak dengan mainan menari pesen nak haus tapak kasut. Ntah sapa bawak masuk gejala "shuffle" ni kat pekan gua. Hangin jugak gua jadinya. Gua tahu sangat, yang pakai seluar bola tinggal scene membola sebab nak "shuffle", yang pakai baju melayu pula ponteng fadhu ain. "Shuffle" punya pasal. Habis rosak generasi muda pekan gua.

Itu jam gua pergi tarik telinga sorang². Gua sound keras², sekali lagi gua nampak deme tuh 'menyaffle' gua ong bak sorang². Kasut gua bakau! Yang nak membola gua suruh pergi membola, yang nak memfardhu ain gua suruh masuk kelas. Hah! yang mak pesan suruh beli gula dengan sabun basuh tu gua balik cepat². Jahanam abis budak² yang masih hijau ni. Gua ni memang tak 'in' dengan "shuffle'

*
perenggan tulisan senget tu semua gua chong! haha~

Tuesday, February 24, 2009

Diam Bukan Gua Malu, Diam Bukan Jugak Gua Tadak Mende Nak Tulis. Diam Sebab Kompiter Gua Layak Ke Tong Sampah. Dan Diam Sebab Member Gua Sorang Ni.

Sedar tak sedar, tapi gua sedar la. Gua tak koma. Hari ni dah 9 hari rakan gua telah hilang di hutan nan tebal berdekatan Cameron Highland. Beliau telah mendaki secara berjemaah, tapi dia hilang secara persendirian.

Dengan ini gua berharap rakan² unit membelog tak kira dari seksyen mana. Islam, Kristian, Budha, Intifada, Tabligh, Sunnah mahupun kurdis dapat sama² berdoa semoga member gua ditemui secepat mungkin dalam keadaan paling tip top dan solid.

Bagi yang beragama Islam, akan diadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yaasin di masjid berdekatan rumah member gua tuh. Ada juga acara makan sikit² gua syak. Kalu berkelapangan buleh la pergi. Jangan lupa angkut bersama kawan², makwe, isteri no 1,2,3 dan 4. Nak bawak adik angkat pon buleh jugak.

hah! keterangan lanjut dia:

Tempat: Masjid Al Ehsan (SS4A/4), Kelana Jaya
Tarikh: Rabu 25 February 2009
Masa: Selepas waktu maghrib (solat maghrib bersama)


Asan... Asan.. mana la lu sekarang. Kalu gua mampu gua dah join rescue team pegi cari lu.


Peta nak ke tempat kejadian Rabu ni


Friday, February 13, 2009

Punca Dan Tindakan. Ong Bak 2 Memang Terbaik Dari Ladang Weh!

Lu free kalu baik lu pergi tengok crita Ong Bak 2. Terbaik dari ladang weh crita ni. Gua dah pekena minggu lepas bersama teman² gua. Teman gua semua dari sekolah kebangsaan batang. Takda gadis pun. Cilakak! Tapi sedap juga menonton sebab gua tengok dekat panggung wayang baru. Menangkap panggung ni. Kerusi dia empuk lain macam. Macam empuk kerusi jenama Ogawa pun ada jugak. Skrin dia pon besau, tapi bila crita 'start' jadi kecik sikit. Mende weh camni? Buat gua panas saja. Nasib baik penyaman udara dia 'settin' rendah. heh!

Crita ni memang gua kasi 10 bintang untuk seksyen aksi Ong Bak menOng bak. Ong bak 2 ni 'true' sikit gua tengok. Ni gua ingat nak panggil Ong Bak Tradisional. Mende crita zaman up sikit dari zaman parameswara. Mahu tak tradisional. Ada jugak Ong Bak kategori Ong Bak mabuk. Peh! lain macam benar gua tengok. Satu jari saja dah buleh kopak halkum. Apa crita. Nasib baik gua tak into air setan ni. Kalu tidak nak jugak gua menuntut Ong Bak mabuk ni. Tapi apa kes seksyen pukul kejam sikit dah kena potong? Cilakak punya unit penapis. Tak setuju benar gua. Crita omputih duduk bercium bagai tak nak pulak potong. Saja nak ajaar

******

Gua cukup respek dengan industri perfileman negara jiran kita ni. Walaupun lenggok politik negara deme tuh tak pernah nak stabil, Tapi masih mampu menghasilkan crita yang terbaik dari ladang. Dari seksyen aksi yang 'true' sampai le ke seksyen cinematografi. Tuh belum lagi seksyen 'computer graphic'. Betul² asli gua tengok. Terkesima juga gua itu jam. Tapi cinematografi tu mende weh? gua main petik je ni.

Gua selaku rakyat messia terkadang berasa malu sikit² sebab negara gua ni dengar crita maju. Ada menara tinggi, ada litar formula 1. Ada jentera, ada kereta proton saga. Sawah padi menguning! hah! gua siap bagi lagu. Pakej ni. Tapi negara gua ni dok buat crita Sembilu, Anak Mami. Ntah mende lagi crita. Malas gua nak tulis, bikin sirap saja. Modus operandi cerita dia sama. Bercinta bagai, Mak pun tak kasi kawin sbb pakwe dia anak orang miskin.

hah! Ni terbaru punya Sifu & Tongga. Apa crita weh? Gua dengar musnah saja crita ni. Gua ingat pengarah pilem messia perlu keluar dari satu kotak yang mereka diami selama ini. Menjajah ke satu idea yang solid. Kena berani meng'invest' idea dan modal. Baru la dapat crita solid molid. Ini tidak, Tak Mami Jarum, Anak Mami. Mende nak buat crita seram pun dah jadi cerita lucu.

Cilakak! Gua jadi macam pengkritik pulak. Nak kata gua hisap rokok kretek tidak jugak!

Riduan Jadi Kacip Dengan Proses Kitar Semula Bila Beliau Pulang Ke Kampung Halaman

"kringgggg!!!!" bunyi jam loceng Riduan. Bunyi jam loceng Riduan agak kasar sebab dia pakai jam loceng yang pesen lama tu. Alah, yang pesen tak pakai bateri tu. Jam pesen ni memang kasar bunyi dia. Malam tadi Riduan 'set alarm' pukul 6.30 pagi. Awal benar. Ada projek mega katanya. Mega tak mega sangat, kalu menteri dengan buat kena gelak saja.

Hari ni Riduan 'settin dressing' indie kotemperori buruh asing. 'Dressing' ni memang kena dengan projek mega Riduan. Dah siap 'dressin', Riduan pun memulakan projek mega beliau. Dia mula dengan seksyen 'indoor' dulu. Bukan apa, senang katanya, nanti kalu 'settle'kan outdoor dulu, badan dah berpeluh. Memang tak kena nak buat seksyen 'indoor'.

Kungkang Kungkang, siap. Ya, banyak jugak hasil Riduan. Beliau dapat dekat² 6Kg surat khabar dari jenama Sinar Harian, Utusan Malaysia dan beberapa naskah dari jenama The News Strait Times. Riduan ada jumpa surat kabor yang tahun 2003 jenama Utusan. Peh! itu jam akal Riduan jadi tak tentu hala. Dia nak jual kat 'Ebay' sebagai barang 'rare'. Cilakak! licik jugak akal Riduan ni. Kategori majalah pula buleh tahan banyak hasil kutipan Riduan ni. Dia kutip majalah lama adik beliau. Jenama Arena Bola Sepak. Adik Riduan ni memang 'true' peminat bola sepak tempatan. Apa barang 'EPL', penjajah! kata adik beliau. Majalah ni pesen kertas molek² jugak. Itu jam Riduan jadi auto senyum. Mende 5 naskah dah nak cecah 1kg. Memang auto senyum!

Seksyen 'indoor' selesai. Riduan meneruskan dengan seksyen 'outdoor'. Mari juga hasil 'outdoor' Riduan kali ni. Dari botol² yang kat belakang rumah tu membawa ke besi buruk yang Riduan kutip kat bengkel kereta Gemuk. Tapi Riduan tak curi pulak besi penutup longkang kat depan sekolah agama tu. Tak pasal kena panah kilat pula. Lagipun apa gila lu nak cari wang dengan modus operandi mencuri besi. Memang gaya penagih tu.

Kedua dua seksyen selesai, Riduan pun dengan auto senyum bawak hasil kutipan dia pergi jual kat kedai Jaki besi buruk. Nama saja Jaki besi buruk, tapi botol dengan kertas dia beli jugak. Ada sesetengah kes dia beli bateri kereta yang lama. RM 5 jugak la sebiji dia angkat. Kali ni Riduan bawak hasil dengan motor saja. Kena la 2 'trip'. Memang tak kena kalu nak buat 1 'trip' kan beresepai botol jatuh. Hah! tak ke hangin jugak jadinya nanti.

Cilakak! harga besi buruk turun! Apa kes sekilo tak sampai RM1. Marah Riduan itu jam. Tapi nasib baik hasil kertas dan botol membanggakan. Bangga tak bangga sangat, tapi lepas jugak la kalu nk buat modal minum kt mamak sambil usha gadis nanti. heh!

*****

Petang itu hati Riduan jadi senang. Duit berekepuk dalam wallet buruk dia. Memang riang la. Tengah sedap² dia pekena goreng pisang bersama air teh panas! peh! memang kena ramuan ni petang². Adik Riduan menyapa "Ko ada nampak tak majalah Arena Bola Sepak yang aku beli pagi semalam?. Ntah mana aku letak, cari tak jumpa" Erk! Itu jam muka Riduan jadi pucat. Kalu toreh pipi tu memang tak keluar darah. Dia berat ke keluar hingus gua syak. Air yang Riduan sedap² minam tadi jadi masin. Tapi Riduan sempat lagi jawab dengan gaya maintain'. "Tadi aku nampak atas meja, Abah baca." Lepas tu Riduan pun cepat² buat² nak pegi beli goreng pisang lagi. Tak cukup helahnya.
*Peh! ceria gua jadi. Buleh juga gua kemaskini.

Wednesday, February 4, 2009

Orang Kerajaan Yang Dah Pencen Lagi Sibuk Dari Gua Sekarang Nih. Kalu Ada Yang Nak Belanja Gua Pakej Wayang Dengan pokkon, Molek Juga.

Sekarang ni gua memang tak sibuk. Betul punya tak sibuk. Orang kerajaan yang pencen pun tak sibuk macam gua tak sibuk ni. Gua memang berencana nak pekena scene menulis. Dapat 3 'entry' 1 jam sedap jugak. Banyak benar mende gua nak tulis. Nasib baik tulis kat kompiter, kalu tulis dekat buku garis banyak tuh, gua syak kena 6 buah buku jugak. Hah! macam iqra` pun ada. 1 sampai 6.

Tapi kenapa cekera keras kompiter gua perlu rosak di saat gua tengah tenang macam air di kali ni? Cilakak! Ni pon gua menulis curi² kat kompiter riba teman sebilik gua.Dia pergi makan. Memang ada ajak gua, tapi gua tolak mentah² sebab gua nak pakai kompiter riba dia. Canggih jugak, jenama HP. RAM dia, peh! Sampai 4GB brader!


*komentar dan lawatan mengejut akan gua lakukan selepas kompiter gua yang RAM 256 MB tu pulih. Ntah pulih ke tidak gua tak berapa nak pasti. Tapi macam berat ke arah tak pulih.