Friday, February 12, 2010

Dulu Le, Bukan Sekarang

Kalau dulu, seminggu sebelum ibadah backpacking, gua dah mula kucar kacir packing barang, sampai 2 3 kali packing baru menjadi. Ada sesetengah kes tangkap gambau tunjuk kat travelmate, hensem ke hasil packingngan gua.

Gua Kalu ibadah² backpacking ni memang semangat dia mari lain macam. Dia punya teruja, tu mari, tak ubag macam feeling pak cik "saya menang motor!" Selera makan gua pun mula lari tuning, scene² suit² dekat makwe pun gua dah tak berapa into. Memang kepala gua duduk aim seat google earth dalam kapal terbang tuh.

Tapi itu dulu, sekarang scene² tu dah takda dalam kamus hidup gua. huuu~

Thursday, February 11, 2010

Hari Ahad Dulu²

"Triiiiittttttt! Triiiiiittttt!" bunyi jam loceng gua, jenama coca cola, gua beli dekat pekan Unterseen minggu lepas. Itu jam mata gua rabak² cuba celik cari jam. "Pang!" gua tendang jam tu. Bersepai juga dia menghempas dinding rumah gua. Tapi dalam tendang² jam gua bangun juga. Sebab mak gua kabor orang tak sembahyang subuh ni kena campak dengan tuhan masuk neraka sampai 60 tahun weh! Lu nak? Neraka tu bukan ada makwe!

Malam tadi gua tidur nyenyak dalam "sleeping bag" yang pesen tahan sehingga suhu -5ºC. Sebelum gua tidur malam tadi sempat juga gua jenguk termometer dekat jam tangan gua, -2ºC brader, dia punya sejuk, peh! sampai ke tulang hitam lah orang kabor. Kalu gua tuang air panas dekat luar, itu jam juga dia terus jadi ais. Sejuk ini macam, lu orang buleh bangun? Gua memang berat ke hibernasi saja.

Hibernasi hibernasi juga, sarapan pagi dilupa jangan. Kan kesian pula kat bibik gua dari Philipina tu, penat saja dia masak telur rebus bersama roti canai. Air pula susu perisa kiwi. Gua makan kira tahap² sedap memerut saja.

"Hari ni, "line clear", Mak kamu takde kat rumah, kamu boleh main dekat luar" sound bibik gua kepada gua dalam bahasa inggeris tapi tona tagalog. Huduh bunyi. Itu jam gua auto senyum, terus gua ke dapur secara turbo untuk mengambil kelengkapan bermain.

***

"Cik Ishchenko, hari ni kita nak buat tinggi mana pulak?" tanya gua sambil tangan belah kiri pegang lobak merah, tangan belah kanan pegang mafla jenama "Glasgow Rangers".

"Tinggi sikit dari semalam, ukur lilit pinggang pula 45 inchi, Baru lah Snowman orang kabor" Reply Ishchenko dalam bahasa inggeris, tona russianya tak pernah hilang.

Peh! kehidupan... kehidupan. heh!

Friday, February 5, 2010

Kadang² Tulis Dalam Bahasa Penjajah Ni Maksud Dia Lagi Solid. Tapi Terpulang Juga Kepada Pembacanya.

We see hopes, we hear hopes.
Were they real hopes or just another false hopes?
Either we cling to the false hopes or we just move on with the fact of life.

It's better to live a bitter true life than live a sweet fake one.

Wednesday, February 3, 2010

Remuk

Remuk juga tulang gua bila terpaksa berkerja dari jam 12 tengah hari sampai 2 pagi. Esoknya masuk lagi kerja jam 10 pagi. Macam macam kesan sampingan yang gua dapat. Contohnya :-

- Baju gua tak sempat nak basuh. Dah le gua ada 1 helai baju saja, kolar dah cenderung nak berdaki saja. Nak tegur makwe pun segan. Nanti dituduh pendaki tegar.

- Tidur gua jadi tak berapa nak cukup jam jadinya. Belum campur gua terjaga tengah malam sebab mimpi² yang tak berapa sedap.

- Scene fesbuk gua tak berapa nak in sangat dah. Nak kemaskini status fesbuk pun gua tak sempat. Inikan pula nak jenguk fesbuk makwe² lain. Komen gambau? peh! toksah nak kabor. Nak kena upah orang dah. heh!

- Baju kotor gua dekat rumah dah menimbun lain macam. Cecah juga 2 kaki ketinggian dia. Cilakak! gua kena upah bibik ini macam!

- Duit nak makan, minum, isi minyak motor pun gua tak sempat nak pergi cucuk. Ada sesetengah kes sampai gua lantik teman serumah gua jadi Ah Long. Nasib baik bunga dia tak kembang macam bunga Ah Long yang selalu masuk surat khabar tuh. Kalu tidak kesian juga gua, silap² motor yamaha R1 berkuasa rendah gua kena simbah cat.

- Kucing jiran gua pula makin berani curi² masuk rumah gua sebab dia tahu gua tak ada masa sangat nak halau. Gua syak dia nak tunggu gua belanja terajang tulang rusuk baru dia reti masuk rumah sendiri.

- Bab hanset gua malas nak kabor. Tak sempat gua nak cas. Kadang² dia auto mati sebab kehabisan bateri. Mesej² dari makwe² pun gua tak sempat nak balas. Gua baca pun secara turbo saja, tak sempat nak 'feeling²'. Ada sesetengah kes makwe² nyaris lari. Mesej Niki Gudex dengan Mellanie dari Ostrolia minggu lepas pun gua tak balas lagi. Gua syak hampa dah deme tu dengan gua.

Sekarang ni apa kes gua bangun jam 6.15 pagi sebab nak basuh baju. Gua jemur bawah kipas yang berkelajuan 5 kuasa kuda. Mintak dia kering weh. Gua nak pergi kerja jam 10 pagi ni. Cilakak!

Tuesday, February 2, 2010

Good Nite, Sweet dreams!

Malam tadi, selepas gua pulang dari mencari rezeki untuk sesuap nasi, ( tapi gua dapat gaji tak beli nasi, beli burger saja! ) gua pun terus layan baring atas katil. Peh! lain macam weh dapat baring atas katil bila badan ada sengal² ubi ni. Padahal tilam gua tu dah tak macam tilam Ziana Zain langsung, berat ke macam karpet orang Pakistan saja dia punya empuk. heh!

Punya la tinggi dia punya spirit baring tu mari, sampai gua tertidur tak tanggal sarung kaki. Nasib baik sarung kaki tu gua baru beli petang tu dekat kaki lima. Dia punya bau pun berat ke bau kedai lagi. Bukan macam bau hapak sarung kaki tu. RM 5 dapat tiga pasang. Jenama Adidas lagi brader. Al-Ikhsan pun tak mampu nak bagi diskaun ini macam.

Sedang gua sedap tidur, gua bermimpi gua naik kapal terbang jenama Emirates. Alah, Syarikat penerbangan yang belanja pasukan Arsenal tuh. Takkan lu orang tak tahu? Itu jam gua naik kapal terbang dari model Airbus A380-800 dengan kapasiti 656 tempat duduk. Dia muat 656 orang saja sebab gua amik penerbangan yang kelas bisnes. Kalu kelas ekonomi tu kapasiti dia cecah juga 969 orang. Peh! muat satu kampung! Lupa gua nak kabor, penerbangan ni dari Sydney ke Zurich.

Sedap² kapal terbang tu tengah terbang pada ketinggian google earth, tiba² kapol terbang gua naik ni terjunam, laju juga dia punya speed junam. Gua syak pemandu dia saja nak bergurau, nak kasi penumpang yang tido bangun. Rupanya gua salah! Makwe pramugari kabor kapal terbang nak terbabas! Gua itu jam jadi macam cemas tak tentu hala. Sempat juga gua mengucap 5 6 kali.

Tiba², "tebabo!" kapal terbang gua terhempas. Gua tak pasti pula tibai apa, Tapi macam tibai hutan saja, bukan tibai bangunan² pencakar langit. Semua orang mati, ada yang pecah kepala sampai keluar isi otak, ada yang putus kaki, ada yang keluar usus, ada satu tu gua tengok keluar jantung ikut mulut. Memang lain macam!

Tapi apa kes gua sihat walafiat. Sikit punya gua tak cedera. Kat tangan gua masih lagi pegang capucino yang gua pesan dari makwe pramugari. Mende weh maksud mimpi gua? Gua bangun tadi pagi ada juga gua syak gua dah jadi kuat macam dalam cerita bersiri tahyul tu, Heroes. Takpun bakal jadi gagah perkasa macam superman. Tapi dia punya mimpi memang macam real! Sumpah!

Gua google tengok tak jumpa pula maksud mimpi pesen ni. heh!