Monday, August 8, 2011

Faktarun <-- macam bunyi arab sikit dok?

Ringkas saja fakta gua nak kabor dekat lu orang hari ni.

Dari tingkap rumah gua ni, lu orang buleh nampak beberapa lokasi pengambaran cerita Lord Of The Ring. Lord Of The Ring yang mana satu gua tak pasti pula. Dan brader team naik kuda dalam cerita tu kerja dekat hotel.

Dekat Niu Zilen, penggunaan istilah seperti ; love, dear, sweetie, honey tidak digunakan untuk makwe lu orang, tapi digunakan secara umum untuk rakan serumah, rakan sekerja serta kanak kanak kecil ataupun bayi. Jadi kalu lu orang datang sini, jangan mudah perasan bila brader drebar bas sembang ada istilah di atas pada hujung ayat. ha ha!

Dekat Niu Zilen juga, kalu ada signboard "terima kasih, sila datang lagi" kat sini dia bukan tulis "thank you, please come again." tapi dia tulis "Thank you, please call again."

Suhu palem panas gua penah rasa semenjak duduk Queenstown adalah 26 darjah sewaktu musim panas, dia punya panas lain macam weh! rumah gua pula pesen tiada kipas mahupun alat penyaman udara. Jadi secara auto gua paham kenapa orang putih pesen suka pakai baju kecik dimusim panas.

Suhu palem sejuk pernah gua rasa pula adalah -14 darjah time winter. Memang lain macam dia punya sejuk. Sejuk macam ni, gua ingat nyamuk pun tak buleh terbang.

Sepanjang gua menetap di Niu Zilen, gua tak pernah lagi jumpa rumah yang mempunyai kipas siling ataupun alat penyaman udara.

mende lagi lu orang nak tahu? meh kabor topik, gua bulih kupas secara ilmiah! keh keh keh!

Season Puasa

Hari ni masuk hari ke 8 gua berpuasa di Niu Zilen dan merupakan season kedua. Juga season kedua puasa secara solo. Tahun lepas gua seorang sahaja kutu berbangsa melayu dan beragama islam yang menetap di pekan tersebut, jadi secara auto, gua puasa memang secara solo yang true. King of solo lah orang kabor. Tahun ni pun sama, cilakak betul! dekat pekan kecil Queenstown ni gua sorang juga kutu melayu yang tercampak dekat sini. Makanya season kedua puasa secara solo.

Puasa secara solo dengan komitmen kerja yang jenis kucar kacir ni menjurus ke arah scene berbukak secara kucar kacir. Secara amnya semalam hari pertama gua berbuka dekat rumah. Keh keh keh! masak asam pedas woiii!!! Kalu tidak, gua berbuka tempat kerja, palem solid sikit pun dekat 'skifield'. Bab makanan toksah kabor la. Kalu tak air tebu, air tuak ke air laicikang. Belum lagi makan. Kadang kadang ayam percik, ayam masak merah, nasi dagang, nasi kerabu serta beberapa menu yang agung punya sedap! Ok, gua kencing saja tu. ha ha! Yang betulnya gua tibai saja mana yang boleh, gua masak saja asal menjadi. fuh! cabaran lain macam kalu berpuasa tempat orang ni.

Terawih dekat masjid? peh! palem kodi gua kena memandu 3 jam baru jumpa masjid. Amcam? solid dok? Haa.. ni gua nak sekolahkan dekat lu orang nih, mana yang duduk rumah buleh dengar orang azan tu bawak bawak ke masjid lah. Dah tercampak macam gua ni baru lu tahu 'art of mesjid' tu mende! Belum lagi scene pekena kerang rebus dengan colek lepas terawih. Ini scene palem gua tak buleh handle dia punya teringat. Mana nak cari kerang dekat sini woii! Takkan gua nak ganti dengan Oyster? Bangsawan sangat bunyi bila nak kabor dekat orang gua moreh Oyster rebus. ha ha!

Cilakak! gua nak cerita pasal ibadah dibulan puasa. Apahal dia jadi terbabas ke arah mende tak ilmiah ni woii?

Friday, July 29, 2011

Serius Part II

Mentang mentang gua tulis gua mula serius memikirkan kehidupan hakiki, terus ramai musibat mula tuduh gua sudah berumur. Cilakak woii! Gua baru berumur 22 pehtu tambah lagi satu dua tahun. Kah kah kah!

Jadi serius gua kali ini ialah gua memikirkan perkara perkara seperti pulang ke negara Najib Razak untuk 3 4 minggu. Sekadar menjenguk orang tua gua dekat kampung. Lama betul tak bersalam salaman dengan mok dan aboh gua. Itu bab mok dengan aboh gua. Dari segi kehidupan pula, lama betul gua tak jumpa nyamuk, semut dapur, kerengga, musang, tenggiling, ular daun, lalat serta beberapa haiwan liar yang lain. Lipan serta ular kapak yang suka masuk rumah gua secara curi curi contohnya. Gua harap kalu gua balik nanti lu orang sudi masuk rumah gua secara curi curi. Sumpah gua tak halau lu orang. Bila dah lama betul tak balik, mende mende macam ni pun gua jadi teringat sikit. ha ha!

Ok. gua cabut dulu, nak balik rumah masak sikit. Dapur gua dia jenis tak automatik. Kalu gua tak masak, memang kebulur lah gua. Haaa... ini serius yang gua bincangkan semalam secara serius tuh. Ada orang rumah kalu, gua balik rumah terus ada tom yam seafood contohnya. Kalu gua menikoh dengan orang melayu lah. Kalu gua menikoh dengan orang jepun, yang munculnya sushi. Tapi kalu gua menikoh dengan orang koriya. ntah apa yang muncul. Harapnya bukan sirip jerung goreng tepung. kah kah kah!

Thursday, July 28, 2011

Serius

Gua mula berkira kira memikirkan masa depan secara serius. mencari sebiji rumah dan seorang orang rumah contohnya. Dah umur umur macam gua ni rasanya hidup tak berapa buleh main main dah. Banyak main kalu, balik kampung nanti ramai jiran yang mengata. Biasalah, melayu dengan mengata ni dia dah macam isi dengan kuku dah. haih!

Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman Saya Bersembang Dengan Mak Cik Dari Negara Najib Razak

Dua tiga minggu lepas gua ada jumpa seorang rakyat dari negara najib razak datang melancong ke Niu Zilen. Dia datang ke tempat gua untuk pekena kopi. Gua tengok gayanya buleh tahan elegen. Dengan glove dan mafla bagai, padahal bukan sejuk pun kat luar. Setakat 3 darjah celcius pun nak bungkus ke mak cik! Ni gua kasi astro balik separuh dari perbualan gua dengan makcik negara najib razak

Makcik : memang datang jauh jauh awak kerja buat kopi je ke?
Gua : aah. Dah rezeki kat sini kan, selagi halal kita buat la.
Makcik : Banyak lagi kerja kat messia tu lagi banyak duit dapat, buat apa datang jauh jauh. Sana pun makanan senang, murah. Dari awak susah susah dekat sini, baik awak balik kerja kilang dekat messia, takpun kerja kat fastfood ke.

Banyak betul makcik tu pungpang pungpang dekat gua. Gayanya bersembang pun nak datin saja. Gua pun mula hangin runcit2 bila mengadap orang macam ni. Lalu gua pun reply.

Gua : It`s not about how much money i earn every single week, but it`s all about our quality life here makcik. Life sini chill, takde trapik jam. Sepanjang saya duduk sini, tak pernah lagi saya dengar kes ragut, rogol atau pecah rumah. Tu rumah saya duduk dah 9 bulan, kitorang tak pernah kunci rumah, takde pula orang nak masuk. Kolumpo macam ni dak?

Gua tengok makcik negara Najib Razak tu dah senyap. Gua sekolahkan dia lagi sekali. Tapi yang ni gua kencing punya. keh keh keh!

Gua : Nanti kalu makcik balik negara Najib Razak, makcik jumpa kerja macam saya boleh bayau RM1400 seminggu, takpun RM5600 sebulan makcik roger saya cepat cepat. Saya balik terus.
Makcik: Ooo.. mahal juga dia bayar. Kalau RM1400 seminggu memang banyak. Macam mana awak dapat kerja kat sini. Ingat nanti nak suruh anak makcik datang kerja sini la.

Itu la cerita dia, mentaliti orang kita. Mudah sangat nak perkecilkan orang lain, mudah sangat memandang orang dengan duit. haish! Padahal gua kencing saja seksyen duit tuh. kah kah kah! Sapa suruh buat perangai sembang berapi dengan gua, kan gua dah belanja sembang salji!

Wednesday, June 8, 2011

Sikit Sikit

Walaupun suhu diluar sana adalah 3 darjah celcius, saya tetap mandi pada jam 5.30 pagi sebelum ke tempat kerja. Berbeda betul dari rakan sekerja dan rakan serumah saya. Mereka mandi dua hari sekali. Ada sesetengah kes, tiga hari sekali. Peh! lain macam juga gaya hidup orang putih, jepun serta brazil ni. Jadi secara tidak langsung, saya adalah "MandiMan" di pekan Queenstown. kah kah kah!

Jadi mende yang sikit sikit dekat tajuk gua tuh? aaahh.. mungkin update sikit sikit gua rasa!

Tuesday, June 7, 2011

Baru Punya

Sebab belog gambau tu gua dah lupa paswek flickr dia, jd gua berkira kira nak buat belog lain, akaun flickr pun lain juga. "fresh start" lah orang putih kabor! keh keh keh! Harapnya komitmen kepada belog gambau gua kali ni setinggi komitmen gua terhadap industri fesbuk! kah kah kah!

Tapi nama palem sedak nak bubuh dekat belog baru gua ni mende? Lu orang ada akal dok?

Monday, June 6, 2011

Art Of Ibu

Selama gua berpijak kt bumi tuhan ni, dah macam2 jenis makwe dah gua jumpa. Dari yang adik adik suka tangkap gambau 'angle' dahi, sampai ke yang makcik makcik jual tudung bawal dekat pejabat. Dari muka cantik cantik sampai le ke muka sipi sipi tayar bas. Begitu juga peel, dari peel molek molek, sampai jenis peel celaka celaka.

Banyak banyak yang gua kenal tu pun ada yang memang terbaik dari ladang, geng time susah senang, geng minam dgn sembang time gua bosan, geng gosip panas time gua ada benda sedap nak mengata. Tapi lu orang jangan tak tahu, yang jenis tahi pun tak kurang juga. Jenis habis madu sepah dibuang, jenis kencing serta jenis time hilang time gua susah. Jenis tinggal kawan sorang sorang waktu susah pun gua dah jumpa.

Tapi apahal pun, ada 1 makwe yang gua jumpa ni memang tip top, terbaik dari ladang serta magandan umaga! Memang sekali pun tak pernah kecikkan hati gua, robek hati gua serta kencing gua secara terus. Ya, beliau adalah mak gua! Mak gua yang tip top! Jadi sempena hari ibu 2 3 minggu lepas, gua nak ucapkan selamat hari ibu kat mak gua. Tahun ni juga masuk kali kedua gua terlepas 'chance' nak kabor slamat hari mak secara depan depan. Masuk ari ni dah genap berapa puluh belas purnama ntah gua tak tengok mak gua. Raya puasa serta raya haji pun gua 'missed' ibadah bersalaman dengan mok gua. Dan mende yang gua kompem lagi satu, sah sah tahun ni gua terlepas acara puasa dan raya dengan mok gua lagi sekali. Cilakak! kecil betul hati gua.

Kepada mok gua, gua ucapkan selamat hari ibu. Semoga puan senantiasa berada dalam suasana terbaik dari ladang. sihat sihat alhamdulillah. Dan solid solid selalu.

*peh! buleh tahan lambat gua punya ucapan! Janji ikhlas! heh!

Saturday, May 7, 2011

Menulis Dan Mimpi

Dalam 3 4 hari ini aku banyak menulis, tapi sayang bukan menulis dekat sini. Aku menulis dalam hati aku sendiri dan berkongsi dengan diri aku sendiri. Aku jadi hilang minat nak berkongsi. Mungkin sebab hati aku makin batu. Ya, mengingatkan mende mende lama buat hati aku makin kental.

Semalam aku mimpi berlari dekat tembok besar China. Cuaca sungguh cantik pada hari itu dan aku berlari sorang sorang. Ya, mimpi hanya mainan tidur. Hanya mainan tidur dan tak lebih dari itu. Kalau aku tak berada di New Zealand pada May tahun lepas, mungkin aku berada di China terkontang kanting sendiri. fuh!

Thursday, May 5, 2011

Obesiti

Gua malas cerita pasal obesiti negara Najib Razak tuh. Ntah mende akal menteri ni gua tak paham sungguh. Cuba lu orang tengok timbalan menteri kesihatan negara Najib Razak tu. Lain macam dia punya obesiti wehh. Ni kita nak salahkan nasi mende ni? Nasi kandar ke nasi beriani ke nasi arab?

Lu tengok mende kat atas tuh? haa.. ini betul punya obesiti. Cilakak! makan tido, makan tido. Ada sesetengah kes sampai berdengkur. Mende woi kucing pun nak berdengkur. Nasib baik lu ni bukan gua yang tanggung, kalu tak memang dah lama lu makan pasir. Tengokkan gaya tidur memang gaya mintak kena simbah asid saja. Gua kerja punya susah sampai tak kenal siang malam untuk sesuap nasi, dia buleh rilek macam ni saja.

Lupa gua nak kabor, mende atas ni ada fesbuk. Amcam? IT dak kucing yang dekat rumah gua ni?