Saturday, October 30, 2010

Bertambahnya Jumlah Sanak Saudara Gua Dekat Fesbuk Menyebabkan Ibadah Fesbuk Gua Terpaksa Di 'Slowdown'kan

fesbuk.


Cilakak! Gua macam tertukar pula isi kandungan dengan tajuk. Keh keh keh~

Saturday, October 23, 2010

Malas Tu Malas Juga, Tapi Gua Macam Pergi Gatal Pergi Buka Lagi Satu Belog. Heh!

http://kotakgambau.blogspot.com tak buleh kelik?
lu orang try kelik sini,
cilakak! tak buleh juga ke?
haa.. terai sini pulok, siniii,
aaahh.. lu orang kencing la kalu tak buleh jugok,
bak terai yang ni. Gua syak buleh. siiinii..
tak buleh jugak kalu, bawak bawak la pergi bayau lu orang punya bil internet jalur lebar tu weh. keh keh keh!

Padah internet percuma. Gua harap gua rajin. keh keh keh!

Thursday, October 21, 2010

Sedap Di Mata Belum Tentu Sedap Di Hati

Memang solid habis bila celik mata saja lihat permandangan macam ni. Balik kerja tengok permandangan ni juga, main fesbuk pun berlatar belakangkan permandangan ni juga. Sungguh mari lah orang kabor. Tapi permandangan permandangan juga, gua tetap rindukan nasi dagang, nasi kerabu, sate berkuahkan kacang,nasi lemak yang nasi dia ada aroma pandan. Peh! macam macam lagi sampi gua tak buleh nak pikir. Tiap tiap hari spageti mana buleh handle. heh!

Monday, October 18, 2010

Gua Syak Mimpi Mimpi Macam Ni Tak Buleh Nak Buat Main Sangat

Cilakak! Baru sekejap tadi gua mimpi gua mati. Susah juga mati rupanya. Gua ingat mimpi mimpi macam ni tak buleh bawak main. Tapi sebab mata gua lebih cenderung untuk tido, gua jadi tak berapa nak ambik port sangat."mimpi ni mainan tido saja" getus hati gua.

Tapi apahal pun sebelum gua tutup mata terus, indah juga kalu gua dapat tengok orang tua gua dulu. Dapat menjalankan ibadah bekpeking ke Perth, Bali serta China. Kenapa 3 tempat ni jadi pilihan gua? Sebab dulu ada makwe bekpeking janji dengan gua nak pergi ini tempat, tapi rupanya dia kencing gua. Cilakak betul. Tak rock langsung kena kencing dengan makwe.

Peh, dah 6.01 pagi waktu tempatan rupanya. Gua memang kena pegi tabligh pak cik John, Alex, Andrew, mak cik Helen serta beberapa jiran tetangga ni. Liat benar deme nih nak subuh. Keh keh keh!


*tak sedap rupanya tulis belog pakai talifon mudah alih ni. Gua syak sedap.

Saturday, September 25, 2010

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya aidillfitri yang ke 17 gua ucapkan kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia tidak kira di negara berkod telefon berapa anda berada. Gua dengan ini menyusun sepuluh jari secara online memohon maaf kalu gua ada kasau bahasa, tersalah paranawei atau ong bak, silap lepuk kepala, terkebas makanan, minuman, minyak motor, pen dakwat basah yang kaler emas serta apa apa saja kesalahan yang gua lakukan secara manual, automatik ataupun secara turbo.

Tahun ni gua handle scene puasa dan raya dari jarak lebih kurang 12000 kilometer dari orang tua gua. Perasaan dia memang champion pilu. Rock rock juga brader, bila mari scene beraya mesti tak buleh handle punya. Peh! lain macam perasaan dia mari.

Dah, gua nak pergi beraya rumah Uncle John Abdullah dan aunty Helen, dengar cerita dia ada buat lemang tahun ni. Buluh pula uncle John beli secara online dari negara Fiji. heh!

Selamat hari raya ke 17 woiiii!

Dengan ingatan tulus eklas dari gua dan isteri di perantauan. keh keh keh!

Sunday, August 29, 2010

Param

Ada musibat bertanya gua apa maknanya PARAM. Sebab gua guna frasa param ni dalam entry kat bawah. Jadi disini gua nak terangkan sikit makna param dan penggunaan frasa param dalam kehidupan seharian.

Param - Pasar Ramadahan

Memaram - pergi ke pasar ramadhan
contoh ayat : Chen Bin memaram dekat Kampung baru pada petang semalam

Diparam - diajak ke pasar ramadhan
contoh ayat : Muthu diparam oleh makwe IPT yang solid pada petang tadi

Terparam - pergi ke pasar ramadhan secara tidak sengaja.
contoh ayat : Zubir terparam dekat Kampung baru pada jam 3 petang.

Lu orang ada paham? Param tu kata akar dia. Nanti pandai² la lu orang nak tambah apa imbuhan. Janji sedap. Frasa param ni dah makan tahun juga gua dah pakai, gua syak dia sudah global. rupanya tidak.

Saturday, August 28, 2010

Puasa

Hari ni masuk 17 hari gua menunaikan ibadah puasa. Kalendar islam pun dia tunjuk 17 Ramadhan juga, secara automatik menunjukkan puasa gua masih lagi solid molid dan tak ada lubang. Setakat ibadah puasa mula ni, gua dok perati macam² ibadah lain berjalan. Bukan ibadat macam terawih, tadarus, qiamullai serta main selak² tirai mesjid usha makwe tu. Yang gua perati ibadah macam konsep kemas kini belog, scene makcik² opis, scene budak² fesbuk, brader² opis gaji 5 riban seminggu serat budak² MLM.

Gua perati, pak cik penyimpan mohon besar tak stanby gosok baju lagi, tapi makcik² dengan akak² opis sudah kucar kacir dengan ibadah biskut raya ni. Meriah lain macam pejabat. Ada sesetengah kes dia main celen siapa order palem banyak dia lah champion. Biskut raya era millenium ni bukan runcit² pula jenama dia. Ada Almond London, ada Coklat Truffel serta macam² lagi. Harga dia? peh! Tak RM 50 untuk 50 bijik tak almond london le. "Barang LONDON mesti la mahal! tak mahal tak LONDON le" kata Kak jah Yang gua tahu 2 jenama ni palem kencang dalam pasal Aidilfitri. Memang jauh benar beza dengan waktu gua mumayiz dulu, Itu zaman, palem champion dapat dekat tart nenas. tapi kadang tahun dapat dekat batang buruk. Lu orang kenal dok mende batang buruk ni?

Orang² politaik dengan orang gaji 5 riban 2 minggu mula kucar kacir cari hotel palem sedak buat berbuka. Dia punya terkinja kinja nak berbuka, pukul 4.30 petang dah keluar. Maklum lah, Kolumpo ni dia punya trafik memang lain macam. Lagi² musim puasa. Jam bersungguh sungguh. Tapi apahal pun gua dengar berbuka dekat hotel ni memang sedap dia memang lain macam. Silap² dia punya kenyang mari sampai tak payah berbuka 3 hari. Dengan intro air jus buah buahan segar tempatan dan import. Jus epal ada, blekkaren, nenas, betik dan tembikai contohnya. Masuk pula menu utama, peh! makanan dari timur membawa ke barat. Dari nasi pesen beras palem mahal dalam pasaran, siakap 6 rasa, kambing pesen panggang sekor tak buang tanduk membawa ke 'beef steak', 'lamb chop', suhsi. Makan pula berlatar belakangkan lagu² tema berbuka. Cilakak! memang sedap sungguh ini macam. Solid sampai lupa kena sembahayang maghrib dengan terawih.

Bagi kutu² kelas bawahan seperti pelajar universiti, abang ofis boy, brader baca meter elektrik serta meter air, makcik cleaner serta brader bancuh simen gua tengok pesen aim param. Konsep 1 param 1 hari diterapkan. Di Melaka contohnya, hari ni dekat param Peringgit, esok Taman Cempaka, lusa Batu Berendam, tulat Jasin. Tapi silap hari bulan minyak motor lebih, boleh terbabas sampai param Seremban juga. heh! Mende menu memang tak lari jauh punya. Dia dok main pusing sama saja. Pegi la param sampai Ostrolia pun. Minum, kalu tak tebu, soya, sedak sikit Laici kang. Menu tepi tau fu fa. Menu utama pula nasi ayam, nasi kerabu, nasi dagang dan segala jenis nasi yang kadang² gua macam muskel pula dengan nama dia. Lauk pula, pari bakau, ikan bakau, daging bakau, semua dia nak bakau serta ayam percik bangsar. Yang palem gua tak buleh handle, waktu membeli memang fleksible sungguh. Apa keas pukul 3.30 petang time orang nak buka meja dah pergi beli nasi tomato? keh keh keh!

Seksyen TV pula macam² pesen dan peel. 3 hari sebelum puasa dia dah start rancangan buat kuih raya. Musim sekarang gua tengok TV makin licik, pesen ajak artis² jadi chef. Memang lari konsep sungguh. Tengah memasak tu la kucar kacir dia duduk promosi album. Sambil masak sambil menyanyi. Habis tersembul air liur. Gua syak perasa tambahan tuh. Itu kuih jadi sedap semacam rasa dia. heh!

Tapi apa hal pun gua tengok budak² MLM palem 'steady'. Tak kira musim. Lu orang sebut saja, musim puasa, raya, hujan, panas, buah, salju, bunga, gugur serta musim tsunami. Downline tetap downline. Apa kes tengah salam lepas pekena terawih pun sempat promosi downline weh? cilakak benar peel!

Banyak lagi kategori gua nak kabor, tapi gua malas sebab gua memang malas. kah kah kah! Contohnya kategori makwe pejabat, budak² fesbuk dan orang dadah.

Kes gua pula, Ramadhan gua tahun ni palem berbeda dengan tahun² sudah Beza dari sudut koordinat, cuaca, suhu, persekitaran,kekeluargaan, kasih sayang, makwe param, makwe tak param, terawih dan banyak lagi yang beza. Tahun ni gua takda scene memaram sambil perati makwe misi hospital Melaka, makwe KYM. takda juga scene terawih dekat masjid yang imam dia berkelajuan tinggi, scene pekena kerang bakau lepas terawih, serta scene bermain mercun bersama keluarga. Gua berpuasa secara solo sudah 17 hari. Toksah kata pergi param, nak jumpa manusia yang menunaikan ibadah puasa macam gua ni pun kena memandu sejauh 80 KM baru jumpa. Itu pun 4 orang sekeluarga. Cilakak! tiba² mata gua cenderung untuk berkaca sebab teringat orang tua nun jauh di kampung halaman.

Pesan Kawan

Kata seorang sahabat dekat gua petang semalam.

"Ingat abang pesan, tinggi mana kita naik, jauh mana kita pergi, cekal mana usaha kita,. Balik² Allah S.W.T juga yang tentukan. Jangan lupa kat Dia. Sama² kita doa. Dalam quran pun ada kata "apabila kamu telah berazam bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berserah diri kepadaNya"

***

Gua hangguk tanda setuju. Bukan hangguk yang "kepala hangguk lu!" tuh.

Tuesday, August 3, 2010

Gua Yang True Punya Tersungkur Dalam Scene Menulis Belog. Skali Tengok Belogsepot Ada Template Baru. Spirit Menulis Terus Menaik. Heh!


Cilakak! tampak ceria pula dengan 'template' baru ni. Gua punya spirit menulis pun macam kembali. Kembali tak banyak, runcit runcit saja. heh! Sempena penukaran 'template' ni gua ingat konsep belog gua nak bertukar juga lah, taruk konsep cerita bergambar macam buku - buku tadika menarik juga dok?

Kembali ke landasan konsep baru gua, gambar ni gua tangkap dekat sebuah tasik yang jauh tak jauh mana dari rumah gua, tapi kalu berjalan kaki buleh kena lemah jantung juga dia punya penat. Itu hari gua pergi berkelah, gua tengok semua menatang terapung di atas air. Sekali tengok gua tak ambil port sangat, Tapi bila gua tengok kali kedua, peh! menatang buleh berdiri di atas air, gua syak gua tengah bermimpi. Rupanya betul. Terus gua jadi kucar kacir tangkap gambar. Bukan senang nak jumpa scene-scene macam ni dekat kampung gua lagi satu nuh. Tapi gua tengok makwe sebelah gua lagi kucar kacir, sipi-sipi nak sembah kolam ni. Gua syak dia ingat menatang-menatang tu turun dari surga. heh!

soalan cepu gangsa dari gua, runcit runcit dalam bahasa omputih mende weh?

Saturday, May 15, 2010

Cerita Tak Nak Banyak. Gua Kasi Sekeping Dulu. InsyaAllah Dengan Izin Tuhan Gua Buleh Berkecimpung Dalam Kancah Membelog

Setelah gua bekerja keras berlapikkan semangat Ong Bak dan Paranawei selama beberapa minggu besertakan izin Yang Maha Esa, gua berjaya memiliki sebuah kompiter riba paling murah dalam pasaran, seketul mende kecik brokben jenama yang taja salah satu pasukan formula satu dan seketul kamera yang pesen ada pen tapi takdak dakwat.

Cilakak, bukan runcit² juga gua. Kerja dari 7.30 malam sampai 8.00 pagi keesokan harinya. Ada 1 musibat kabor dekat gua pergi kerja nampak bulan, balik kerja pun nampak bulan. Gua tak paham sangat maksud dia. Macam puitis pun ada bunyinya. Hal² dunia seperti scene² makan, tido, suit² makwe depan rumah dan main fesbuk dekat pusat kompiter berinternet gua sapu habis letak tepi.

Sedap juga berada atas talian di mana saja kita berada. Lain macam 'feeling' tuh mari. Tak buleh handle gua kadang. keh keh keh!