Wednesday, February 25, 2009

Satu Wabak Yang Gua Palem Tak 'In' Telah Mari Ke Pekan Gua Tinggal. Ntah Musibat Mana Yang Bawak. Huru Hara Habis Jadinya.

Suatu hari nan lalu kewangan gua solid sikit. Jadi petang² macam petang tu memang sedap pekena goreng pisang dengan teh o panas. Memang petang tu solid! angin sedap² bertiup, cuaca panas² yang macam panas musim panas dekat eropah nuh. Aaaah. susah gua nak kabor. Lu pergi eropah lu tahu la macam mana dia punya panas. Tapi gua pun tak pernah pergi eropah jugak!

Gerai goreng pisang yang gua nak pergi ni dekat pekan. Gerai Mak Su Naza. Goreng pisang gerai dia memang tiptop. Pergi lambat kalu memang beli habuk je la. Mende dekat pekan, secara auto gua kena pergi dengan motor Honda Ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua. Apa gila petang² gua nak berjalan, nanti gadis kat pekan tengok pun tak selera. heh!

Gua pun gerak, elok saja gua lalu depan masjid dekat rumah gua tu, azan berkumandang. Peh! sentap jugak jadinya gua. Kalu zaman kecik², Abg Mi tak azan lagi gua dah ada kat mesjid tuh. Amcam? bagus dak gua? Tapi gua pergi awal² sebab nak 'chup' 'turn' untuk mengaji saja. Lambat 'chup' kalu, pukul 530 petang dok ngadap mulah Pak Isa lagi weh! Scene bola gua nak mula pukul brapa?

Sentap sentap jugak, gua jalan saja. Sebelum sampai gerai goreng pisang nuh, gua kena lalu satu taman permainan. Nama taman ni Taman Kemahkotaan. Ntah mende akal orang majlis daerah pergi bubuh nama tu. Tak paham gua. Kasi la nama sedap² telinga mendengar sikit. Macam "Redwoods Park" ke "Riverside Park" ke. Eropah sikit bunyinya. Paling huduh pun bubuh nama Taman astokana.

Kat Taman Kemahkotaan tu gua ada nampak budak² berkumpul. Ramai jugak. Tapi tak ramai macam perhimpunan dekat sekolah nuh. Macam² pesen 'dressing' ada. Ada pesen pakai topi jenis sudu kat belakang, jenis jeans koyak kat lutut pun ada, yang pakai seluar bola pun ada, paling gua tak buleh 'in' yang pakai baju melayu dengan songkok pun ada itu jam. Cilakak! akal gua dah lain macam. Gua dah mula syak kanak² kat pekan gua buat perhimpunan aman untuk memboikot israel. Tapi takdak pulak scene² bakau bendera. Perasaan ingin tahu gua mari lain macam. Tak pernah gua tengok budak kat pekan gua berkumpul kemain lagi dia punya "gath" tuh.

Gua pun 'park' honda ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua elok², gua pergi jenguk.

Cilakak! Budak² pekan gua dah mula terjebak dengan mainan menari pesen nak haus tapak kasut. Ntah sapa bawak masuk gejala "shuffle" ni kat pekan gua. Hangin jugak gua jadinya. Gua tahu sangat, yang pakai seluar bola tinggal scene membola sebab nak "shuffle", yang pakai baju melayu pula ponteng fadhu ain. "Shuffle" punya pasal. Habis rosak generasi muda pekan gua.

Itu jam gua pergi tarik telinga sorang². Gua sound keras², sekali lagi gua nampak deme tuh 'menyaffle' gua ong bak sorang². Kasut gua bakau! Yang nak membola gua suruh pergi membola, yang nak memfardhu ain gua suruh masuk kelas. Hah! yang mak pesan suruh beli gula dengan sabun basuh tu gua balik cepat². Jahanam abis budak² yang masih hijau ni. Gua ni memang tak 'in' dengan "shuffle'

*
perenggan tulisan senget tu semua gua chong! haha~

Tuesday, February 24, 2009

Diam Bukan Gua Malu, Diam Bukan Jugak Gua Tadak Mende Nak Tulis. Diam Sebab Kompiter Gua Layak Ke Tong Sampah. Dan Diam Sebab Member Gua Sorang Ni.

Sedar tak sedar, tapi gua sedar la. Gua tak koma. Hari ni dah 9 hari rakan gua telah hilang di hutan nan tebal berdekatan Cameron Highland. Beliau telah mendaki secara berjemaah, tapi dia hilang secara persendirian.

Dengan ini gua berharap rakan² unit membelog tak kira dari seksyen mana. Islam, Kristian, Budha, Intifada, Tabligh, Sunnah mahupun kurdis dapat sama² berdoa semoga member gua ditemui secepat mungkin dalam keadaan paling tip top dan solid.

Bagi yang beragama Islam, akan diadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yaasin di masjid berdekatan rumah member gua tuh. Ada juga acara makan sikit² gua syak. Kalu berkelapangan buleh la pergi. Jangan lupa angkut bersama kawan², makwe, isteri no 1,2,3 dan 4. Nak bawak adik angkat pon buleh jugak.

hah! keterangan lanjut dia:

Tempat: Masjid Al Ehsan (SS4A/4), Kelana Jaya
Tarikh: Rabu 25 February 2009
Masa: Selepas waktu maghrib (solat maghrib bersama)


Asan... Asan.. mana la lu sekarang. Kalu gua mampu gua dah join rescue team pegi cari lu.


Peta nak ke tempat kejadian Rabu ni


Friday, February 13, 2009

Punca Dan Tindakan. Ong Bak 2 Memang Terbaik Dari Ladang Weh!

Lu free kalu baik lu pergi tengok crita Ong Bak 2. Terbaik dari ladang weh crita ni. Gua dah pekena minggu lepas bersama teman² gua. Teman gua semua dari sekolah kebangsaan batang. Takda gadis pun. Cilakak! Tapi sedap juga menonton sebab gua tengok dekat panggung wayang baru. Menangkap panggung ni. Kerusi dia empuk lain macam. Macam empuk kerusi jenama Ogawa pun ada jugak. Skrin dia pon besau, tapi bila crita 'start' jadi kecik sikit. Mende weh camni? Buat gua panas saja. Nasib baik penyaman udara dia 'settin' rendah. heh!

Crita ni memang gua kasi 10 bintang untuk seksyen aksi Ong Bak menOng bak. Ong bak 2 ni 'true' sikit gua tengok. Ni gua ingat nak panggil Ong Bak Tradisional. Mende crita zaman up sikit dari zaman parameswara. Mahu tak tradisional. Ada jugak Ong Bak kategori Ong Bak mabuk. Peh! lain macam benar gua tengok. Satu jari saja dah buleh kopak halkum. Apa crita. Nasib baik gua tak into air setan ni. Kalu tidak nak jugak gua menuntut Ong Bak mabuk ni. Tapi apa kes seksyen pukul kejam sikit dah kena potong? Cilakak punya unit penapis. Tak setuju benar gua. Crita omputih duduk bercium bagai tak nak pulak potong. Saja nak ajaar

******

Gua cukup respek dengan industri perfileman negara jiran kita ni. Walaupun lenggok politik negara deme tuh tak pernah nak stabil, Tapi masih mampu menghasilkan crita yang terbaik dari ladang. Dari seksyen aksi yang 'true' sampai le ke seksyen cinematografi. Tuh belum lagi seksyen 'computer graphic'. Betul² asli gua tengok. Terkesima juga gua itu jam. Tapi cinematografi tu mende weh? gua main petik je ni.

Gua selaku rakyat messia terkadang berasa malu sikit² sebab negara gua ni dengar crita maju. Ada menara tinggi, ada litar formula 1. Ada jentera, ada kereta proton saga. Sawah padi menguning! hah! gua siap bagi lagu. Pakej ni. Tapi negara gua ni dok buat crita Sembilu, Anak Mami. Ntah mende lagi crita. Malas gua nak tulis, bikin sirap saja. Modus operandi cerita dia sama. Bercinta bagai, Mak pun tak kasi kawin sbb pakwe dia anak orang miskin.

hah! Ni terbaru punya Sifu & Tongga. Apa crita weh? Gua dengar musnah saja crita ni. Gua ingat pengarah pilem messia perlu keluar dari satu kotak yang mereka diami selama ini. Menjajah ke satu idea yang solid. Kena berani meng'invest' idea dan modal. Baru la dapat crita solid molid. Ini tidak, Tak Mami Jarum, Anak Mami. Mende nak buat crita seram pun dah jadi cerita lucu.

Cilakak! Gua jadi macam pengkritik pulak. Nak kata gua hisap rokok kretek tidak jugak!

Riduan Jadi Kacip Dengan Proses Kitar Semula Bila Beliau Pulang Ke Kampung Halaman

"kringgggg!!!!" bunyi jam loceng Riduan. Bunyi jam loceng Riduan agak kasar sebab dia pakai jam loceng yang pesen lama tu. Alah, yang pesen tak pakai bateri tu. Jam pesen ni memang kasar bunyi dia. Malam tadi Riduan 'set alarm' pukul 6.30 pagi. Awal benar. Ada projek mega katanya. Mega tak mega sangat, kalu menteri dengan buat kena gelak saja.

Hari ni Riduan 'settin dressing' indie kotemperori buruh asing. 'Dressing' ni memang kena dengan projek mega Riduan. Dah siap 'dressin', Riduan pun memulakan projek mega beliau. Dia mula dengan seksyen 'indoor' dulu. Bukan apa, senang katanya, nanti kalu 'settle'kan outdoor dulu, badan dah berpeluh. Memang tak kena nak buat seksyen 'indoor'.

Kungkang Kungkang, siap. Ya, banyak jugak hasil Riduan. Beliau dapat dekat² 6Kg surat khabar dari jenama Sinar Harian, Utusan Malaysia dan beberapa naskah dari jenama The News Strait Times. Riduan ada jumpa surat kabor yang tahun 2003 jenama Utusan. Peh! itu jam akal Riduan jadi tak tentu hala. Dia nak jual kat 'Ebay' sebagai barang 'rare'. Cilakak! licik jugak akal Riduan ni. Kategori majalah pula buleh tahan banyak hasil kutipan Riduan ni. Dia kutip majalah lama adik beliau. Jenama Arena Bola Sepak. Adik Riduan ni memang 'true' peminat bola sepak tempatan. Apa barang 'EPL', penjajah! kata adik beliau. Majalah ni pesen kertas molek² jugak. Itu jam Riduan jadi auto senyum. Mende 5 naskah dah nak cecah 1kg. Memang auto senyum!

Seksyen 'indoor' selesai. Riduan meneruskan dengan seksyen 'outdoor'. Mari juga hasil 'outdoor' Riduan kali ni. Dari botol² yang kat belakang rumah tu membawa ke besi buruk yang Riduan kutip kat bengkel kereta Gemuk. Tapi Riduan tak curi pulak besi penutup longkang kat depan sekolah agama tu. Tak pasal kena panah kilat pula. Lagipun apa gila lu nak cari wang dengan modus operandi mencuri besi. Memang gaya penagih tu.

Kedua dua seksyen selesai, Riduan pun dengan auto senyum bawak hasil kutipan dia pergi jual kat kedai Jaki besi buruk. Nama saja Jaki besi buruk, tapi botol dengan kertas dia beli jugak. Ada sesetengah kes dia beli bateri kereta yang lama. RM 5 jugak la sebiji dia angkat. Kali ni Riduan bawak hasil dengan motor saja. Kena la 2 'trip'. Memang tak kena kalu nak buat 1 'trip' kan beresepai botol jatuh. Hah! tak ke hangin jugak jadinya nanti.

Cilakak! harga besi buruk turun! Apa kes sekilo tak sampai RM1. Marah Riduan itu jam. Tapi nasib baik hasil kertas dan botol membanggakan. Bangga tak bangga sangat, tapi lepas jugak la kalu nk buat modal minum kt mamak sambil usha gadis nanti. heh!

*****

Petang itu hati Riduan jadi senang. Duit berekepuk dalam wallet buruk dia. Memang riang la. Tengah sedap² dia pekena goreng pisang bersama air teh panas! peh! memang kena ramuan ni petang². Adik Riduan menyapa "Ko ada nampak tak majalah Arena Bola Sepak yang aku beli pagi semalam?. Ntah mana aku letak, cari tak jumpa" Erk! Itu jam muka Riduan jadi pucat. Kalu toreh pipi tu memang tak keluar darah. Dia berat ke keluar hingus gua syak. Air yang Riduan sedap² minam tadi jadi masin. Tapi Riduan sempat lagi jawab dengan gaya maintain'. "Tadi aku nampak atas meja, Abah baca." Lepas tu Riduan pun cepat² buat² nak pegi beli goreng pisang lagi. Tak cukup helahnya.
*Peh! ceria gua jadi. Buleh juga gua kemaskini.

Wednesday, February 4, 2009

Orang Kerajaan Yang Dah Pencen Lagi Sibuk Dari Gua Sekarang Nih. Kalu Ada Yang Nak Belanja Gua Pakej Wayang Dengan pokkon, Molek Juga.

Sekarang ni gua memang tak sibuk. Betul punya tak sibuk. Orang kerajaan yang pencen pun tak sibuk macam gua tak sibuk ni. Gua memang berencana nak pekena scene menulis. Dapat 3 'entry' 1 jam sedap jugak. Banyak benar mende gua nak tulis. Nasib baik tulis kat kompiter, kalu tulis dekat buku garis banyak tuh, gua syak kena 6 buah buku jugak. Hah! macam iqra` pun ada. 1 sampai 6.

Tapi kenapa cekera keras kompiter gua perlu rosak di saat gua tengah tenang macam air di kali ni? Cilakak! Ni pon gua menulis curi² kat kompiter riba teman sebilik gua.Dia pergi makan. Memang ada ajak gua, tapi gua tolak mentah² sebab gua nak pakai kompiter riba dia. Canggih jugak, jenama HP. RAM dia, peh! Sampai 4GB brader!


*komentar dan lawatan mengejut akan gua lakukan selepas kompiter gua yang RAM 256 MB tu pulih. Ntah pulih ke tidak gua tak berapa nak pasti. Tapi macam berat ke arah tak pulih.

Thursday, January 29, 2009

Ini Memang True Punya Kongsi Fa Chai. Ah Tar Mekanik Motor Kat Simpang 3 Nuh Pun Tak Raya Macam Gua.

hoh! gua jadi sibuk macam gua yang raya pulak 3 4 hari ni. Dari kontrak makan rumah terbuka masyarakat cina membawa ke kontrak mengacau bubur asyura. Gua kena pulak seksyen mengacau pukul 3 petang. Peh! dia punya berpeluh macam gua main bola pukul 12 tengah hari kat Dubai. Menitik nitik! Tapi ada jugak Mak Su Ani kabor bubur asyura gua kacau sedap. Manis kena, masin dia pon kena. Tengok la Mak Su, siapa yang mengacau ni. heh!

Sunday, January 25, 2009

Cuaca Sedap, Angin Pun Terbaik Dari Ladang, Tapi Kenapa Gua Kena Layan Juga Scene Menyirap? Tak ke Cacat Tuh.

Hari ni cuaca agak cantik. Cuaca mendung. Bukan mendung yang berat ke hujan tu. Dia mendung yang berat ke sedap² berjalan. Datang pula dengan pakej angin yang sempoi² bahasa. Memang sedap angin ni. Kalah angin 'air cond' dekat bank CIMB cawangan tempat gua.

Dah cuaca pun cantik, angin pun sedap, gua pun merancang nak menjelajah 'bundle²' kat daerah gua. Gua dengan 'bundle' ni memang kacip. Dari gua sekolah rendah lagi abah gua pekena baju 'bundle' kat gua. Itu yang sampai sekarang gua jadi berat ke 'bundle saja. Betul juga pepatah kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tapi masa tu nama dia tak 'bundle' lagi. Abah gua duk panggil 'baju second hand' saja. Buleh tahan kodi juga nama dia.

Scene bundle ni lu jangan main², macam² jenama buleh jumpa kat 'bundle' nuh. Dari jenama runcit² macam 'uniqlo' membawa ke jenama 'Paul Smith'. Ada sesetengah kes tu, jenama yang takda kat Malaysia pun buleh jumpa kat 'bundle'. Gua kalu pergi 'bundle' tu, kadang² aim jugak baju kolar jenama 'lacoste' ni. Hensem baju jenama ni. Orang kat Kolumpo nuh ramai juga yang pakai. Itu yang gua jadi into jenama buaya nganga mulut. Baru rasa macam Kolumpo sikit. heh!

Tengah sedap² gua belek baju yang dekat bundle tu, memang gua ada terbayang jugak gua pakai baju kolar jenama buaya nganga mulut tu. Peh, sengih sorang² gua. Tapi gua sengih sikit² saja. Bukan macam kerang busuk weh! huduh benar gamaknya kalu macam tu. Nanti mula la gua kena tuduh orang gila dengan tauke 'bundle' tu.

Belek punya belek, tiba² gua jadi hangin. Memang gua hangin. Rasa macam nak paranawei level 5 saja tauke 'bundle'. Rasa nak bakau itu kedai pun mari juga itu jam. Mahu gua tak menyirap, punya sedap gua aim 'lacoste' tiba² muncul baju "maxis". Cilakak! Belakang baju "maxis", ada pula baju "Hari Keluarga Kumpulan Utusan", pastu "Hotlink aktifkan dirimu". Itu jam jugak gua cabut. Cilakak punya kedai. Dah lebih 15 tahun gua bergelumang dengan scene 'bundle' ni. Tak pernah gua jumpa seksyen baju ini macam kat 'bundle'. Ini dah menyalahi kod etika 'bundle' weh!.



Lu hangin dak bila baju macam ni ada kat 'bundle'?
Sumpah! gua hangin! cilakak!

Friday, January 23, 2009

Gua Dengan Pos Opis Jadi Kacip. Kacip Tu Kacip Juga, Tapi Semangat Auto Down Pun Jadi Mari Juga. Apa Kes?

Minggu ni gua dengan Pos Malaysia Berhad jadi kacip lain macam. Bukan kacip biasa² macam gua kacip dengan chicken chop tu. Gua punya kacip sampai satu hari sampai tiga kali gua pegi. Amcam dia punya kacip?

Tapi hari ni gua jadi hangin bila pos opis tempat gua tidak beroperasi pada hari jumaat. Ini betul punya gua banyak urusan. Bukan urusan runcit² yang buleh gua tangguh². Ni dia dah masuk 'seksyen' tangguh kalu buleh senteng gua.

Nasib baik sistem perbankan di Malaysia ni buleh 'settle' secara dalam talian. Gua pulak nak kata celik IT tak celik mana, tapi buleh lagi la gua ejas kalu nak guna sistem atas talian ni. Ini gua tengah pikir, buleh dak kalu nak pos barang dengan pos laju pakai sistem atas talian? Takda la susah² gua nak pergi pos opis. Bukan sedap mana pun pergi situ. Air cond ada, tapi haram tak 'ON'. Dok layan feel kipas cap 'KDK' saja. Peh! kodi weh!

Satu hal lagi. Pos opis tempat gua ada empat kaunter. Tiga kaunter di'handle' oleh makcik. Bakinya oleh pakcik. Mana kaunter yang kelas² akak yang jaga? Memang semangat pos opis gua pun jadi auto down ini macam. Apa gila gua nak pegi mengurat makcik kan? heh!

Tuesday, January 20, 2009

Ada Yang kabor Gua Duduk Kat Negara Islam Hadhari. Indie Dengan Hadhari Ni kacip Dak?

Semalam gua tengok tv3. Semalam ni maksud dia semalam yang belah malam. Bukan semalam yang siang tu. Ada orang kabor 'semalam' tuh untuk siang saja. Kalu Malam dia jadi 'malam tadi'. Ada anugerah paling berprestij kat Malaysia katanya. Gua tengok tak tengok sangat, jeling sikit² sambil layan kompiter.

Ada satu band 'indie' menang. Gua tak tengok dia menyanyi. Gua curi² dengar pengacara dok sebut band tu menang saja. Kekdahnya, pagi tadi ntah berapa kali gua dok dengan lagu band tuh kat salah satu radio yang buleh tahan hit. Peh! tak buleh pergi gua. Juara juara jugak, lagu kumpulan lain jangan dilupa!

Tapi kenapa anugerah ni buat acara 'red carpet' maghrib² ni weh! tak kena gua rasa. Pak menteri kabor gua ni menetap kat negara islam hadhari. Belah mana yang hadhari gua pon tak tahu. heh!

Monday, January 19, 2009

Sepetang Bersama Encik Rashid bin Ismail. Dia Ada Kancil Kaler Merah Dengan Transmisi Automatik 3 Kelajuan.

"hoii!!! taukey! amcam bisnes?" Jerit gua dari atas motor honda ducati berkuasa rendah yang gua tunggang kepada Rashid bin Ismail ( nama sebenar ). Rashid ni peniaga roti goreng dan cha kueh di sebuah gerai depan klinik kesihatan kat kampung gua. Tapi kalu bulan puasa Rashid pegi meniaga murtabak kat bazar ramadhan. Berbakat benar anak bongsu pak Mail ni. Macam² dia buleh buat. Sampai ke tikam nombor pon 'terrer', ari tuh gua dengar dia kena dekat 6 riban jugak! Kemain lagi tukau sport rim baru kat kereta kancil dia, ekzos pon tiba² jadi besau. Dia punya jam? Peh! jenama Rado brader!

6 tahun lepas gua pernah menjadi kuli kepada Rashid. Lama tak lama sangat, dia tak sampai satu musim, tapi 2 purnama jugak. Selaku kuli, tugas gua memang tak buleh lari dari skop membuka gerai. Tapi kadang² gua rasa semacam gua tauke pulak bila gua dapat sms Rashid macam ni "Ari ni lmbt sket, bos bukak la dulu gerai tu". heh! Tapi hari ni gua pergi gerai Rashid, tade menda yang berubah sangat, dari kuali pakai untuk menggoreng membawa ke kerusi tempat gua curi tulang. Tapi tong gas dia dah bertukar la. Apa gila 6 tahun pon tak tukau tong gas. Lu ingat nak hidup dapur pakai air ke?

Rashid ni pemurah orangnya. Hari kedua gua jadi kuli dia dah bagi pesanan kat gua. Ini macam "kalu orang beli RM2 tuh nnt kasi la lebih, 1 biji ke 2 biji. TAPI, orang tuh merujuk kat awek saja. Laki ke pakcik makcik ke tak payah." Amcam? pemurah dak tauke gua?

Ada satu pesanan Rashid yang memang gua tak lupa haram sepatah pun sampai ari ni. Dia kabor kat gua "kita meniaga ni tak boleh jual mahal², jual mahal² pun bukan buleh pegi haji pagi esok. Kena beratur depan Tabung Haji jugak. Kita meniaga ni bukan nak untung, meniaga nak pahala saja." Peh, tikam nombor tikam nombor jugak, pesanan Rashid memang tak pernah lekang dari kata ilmiah.

Pungpang pungpang, gua sembang dengan Rashid. Macam² topik kami sembang, dari gadis lepas SPM yang kerja 'part time' kat Petronas nuh membawa ke topik politik yang tengah hit kat Kole Terengganu. Tapi ada jugak sikit² Rashid petik topik nombor ekor dia. Penat jugak gua sembang dengan si Rashid ni, asyik kena memekak saja. Bukan apa, 'sound' dia tak berapa in sikit. Pekena pulak sembang gerai tepi jalan yang segala mak nenek kenderaan lalu. Peh! ada jugak gua rasa macam gua sembang dengan orang jarak 35 meter.

Pekena sembang, pekena roti goreng yang gua paw sebijik, gua pon nak blah. Tapi sempat lagi gua petik, "boss, tapau roti goreng 4 5 biji." "Okeh, beres" kata Rashid dengan tangkas. Gua pon tanya "Berapa?" Dia kabor "RM1 sudah le." Lantas gua balas "Alaa.. 4 5 biji je, kita meniaga bukan nak untung, nak pahala saja." "hahaha.. bolehh laa" jawab Rashid sambil tersenyum.

Amcam? licik dak modus operandi gua? Dapat pekena roti goreng free! bukan sebiji. 5 biji weh!


Rashid sedang gigih mengerah tulang empat kerat