Tuesday, December 30, 2008

Gua Cukup Tak Setuju Cikgu Sekolah Yang Pakai Modus Operandi Macam Ni. Gua Syak Buleh Masuk Kategori Kes Dera Dah

"Hari ni cikgu tak nak mengajar kamu. Cikgu nak kamu datang ke depan cerita tentang cita² kamu." Kata cikgu Kamariah kepada murid² kelas 3B. Hari ni cikgu Kamariah ganti cikgu Roslina selaku cikgu bahasa Melayu kelas gua. Katanya cikgu Roslina pergi klinik, demam.

Gua memang tak berkenan benar cikgu yang pesen pakai modus operandi macam ni. Malas nak mengajar la tu. Debor gua dah mari lain macam dah. Bukan sedap weh kena cakap kat depan² dalam kelas nuh. Silap cakap memang kena bahan. Tapi bab bahan memang gua into. haha! Itu jam gua jeling kat Budin yang merangkap ketua darjah kemain lagi auto senyum. Suka benar dia dapat pergi pungpang pungpang kat depan. Kena pula ketua darjah sekolah gua kena pakai tali leher kaler merah. Peh! memang hensem habis la. Nurul Najwa, gadis paling hit kat sekolah gua buleh cair.

Giliran Budin sudah selesai. Kemas benar ucapan dia. Dia kabor dia nak jadi juruterbang. Katanya nanti buleh pergi mana² secara percuma. Aaah.. gua dengar tak dengar saja, sambil² mata jenguk padang tengok kelas 3C tengah sedap layan Pendidikan Jasmani. Menangkap jugak PJ budak kelas 3C hari ni. Main bola. Yang perempuan main bola jaring. Semalam kelas gua punya PJ cikgu Yusof suruh kemas bilik sukan. Apa cerit weh? Budak perempuan kemain lagi sedap layan hoki. Cilakak!

Giliran gua pula. " Saya ingin menjadi seorang gabenor bank negara suatu hari nanti."

"Kenapa kamu nak jadi gabenor?" tanya cikgu Kamariah.

"Gabenor ni kalau sign kertas kosong pun boleh laku kertas tuh." gua jawab dengan tenang. Tapi debor pon tengah in.

"Hehehe... siapa cakap kat awak macam tuh?" Cikgu Kamariah tanya gua sambil² gelak sikit²

"Budin" Gua dah malu lain macam dah. cilakak! Itu jam jugak budak kelas 3B gelak kat gua.

"Budin tipu awak tu. Mana ada gabenor sign kertas kosong pun boleh laku." Terang cikgu Kamariah.

Gua tengok budin itu jam kemain lagi gelak kat gua. Panas sungguh gua.

**************

Tengah hari tu ada sampai berita kat telinga gua Budin balik sekolah tolak saja basikal sebab tayar basikal dia kena buang angin. Depan belakang pulak tuh. Kena tulah agaknya! HA HA~

Friday, December 26, 2008

Semangat Kejiranan Yang Jitu Membentuk Perpaduan Yang Istiqamah

"brader! makan tengah hari jom! gua dah lapo!" gua memesej member gua menggunakan sistem pesanan ringkas. Gua pilih "text message" saja. Bukan pilih yang "Multimedia message" . Apa gila nak ajak member makan pun gua nak main multimedia weh! Tak senonoh benar rupa dia.


"trittt.. triit" hah! cepat benar member gua balas.

"Pe brg mkn kdi, jrn wa ajk mkn kenduri umah dia smpena ank dia kerat kote! moh le skali"

"Tbaik, b4 zohor wa smpi!" balas gua ringkas. Auto senyum gua ari ni. Makan tengah hari percuma. Buleh topap lagi!


*************

petang nan redup tadi.

"triittt...triittt" hansep gua bunyik. mesej masuk ni. kalu panggilan dia bunyi lain sikit.

gua bukak tengok. Gua syak ada gadis ke nak mesej. Skali baca

"ready mlm ni. Pak cik Jesus ajk g umh dia. Ada mkn2. Halalun toyyiba!" Skali lagi gua auto senyum. 1 hari gua makan percuma.

Ni le yang orang dok kabor semangat kejiranan yang jitu membentuk perpaduan yang istiqamah! heh!

Wednesday, December 24, 2008

King... King.. Entah Mende La Lu Ni King. Gua Pon Tak Berapa Nak Paham Lu King

Gua ada sorang member, nama dia King. Entah mana dapat nama king gua pon tak berapa tahu. King juga merangkap teman serumah gua. Dah la teman serumah, kami sebilik pulak! Gua dengan King duduk master bedroom. Master tak master sangat la, dia master sikit² saja. Mende dah king, kena la duduk master bedroom. Bilik gua dengan King takda katil, pesen tido tilam tak berkatil saja. Kat dalam bilik ni tilam King sampai 3 keping. Dia lapik 3 keping tuh tinggi benar jadinya. Memang king! Gua pulak 1 keping saja tilam. Peh! memang kodi weh kalu nak banding dengan king tuh. Tapi kalu King balik kampung memang gua curi² tido kat tilam king. Menangkap jugak tido tinggi². Dapat pulak tilam jenama "Kingkoil". Patut la king selalu bangun lambat! haha!

King ni gua nak kabor, beliau seorang yang serius. Muka nak tarik saja. Gua melawak pun dia tak berapa nak amik port sengih. cilakak king! King jugak seorang yang pendiam. Pendiam sikit² la. Bukan pesen pendiam tahap orang tanya pun tak jawab tuh. Alahh.. macam lu nak ngorat gadis yang bajet cun. Tanya nama baru, diam mengalahkan Paksu bisu pulak! Tapi apa² hal, King ni dada bidang, perut petak enam. Tapi itu dulu la. heh! Sekarang perut dah petak satu. Senang hati katanya.

Satu malam nan sunyi, tengah sedap² gua baca artikel kat internet, masa ni King pun depan kompiter jugak. Ntah mende yang dia buat gua pun tak tahu. Tiba.. tiba..

"Tang!!" Bunyi tangan king mengetuk meja kompiter. Kasar bunyinya "Babi! Anjing! Celaka punya orang!" King tiba² marah. Marah benar King itu jam. Itu jam jugak gua jadi debor. Takut la gua buat salah. Mana tahu king dapat tahu gua selalu curi ubat gigi "Colgate Advanced Whitening" dia dalam bilik mandi. "@#$$#@%@#^^$^#^#@" King sambung lagi dia punya carut. Tapi gua tak berapa nak dengar. Dia carut slow sangat.


******************

Beberapa jam selepas tu gua dengan rakan serumah gua termasuk King pegi makan malam. Kami makan Kedai K9. Depan masjid open. Tengah sedap² gua pung pang pung pang sembang, King mencelah. "Celaka betul la tadi" kata King sambil tangan belah kanan genggam kemas, tangan kiri dia pegang hanset jenama Sony Ericson pesen lipat tuh sambil melakukan ketukan ketukan kecil di meja makan. "Sayang Lagi gamaknya King kat hanset dia" getus hati gua.

Gua buat² berani tanya " King lu pesal ni, marah benor nih?"

"Star Player aku tadi la bodoh sangat. Penalti pon tak masuk. Kalah dah team aku. Kalu seri dapat jugak satu point" Jelas King.


Cilakak lu king. Mende "Football Manager Live" pun lu marah sampai gua gegar!

Monday, December 22, 2008

'Chill' Belah Mana Gua Pun Tak Tahu, Tapi Dia Agak 'Chill' Jugak La

Hujung minggu ni memang 'timing' musibat² kat muka bumi ni 'chill'. Dari budak² sekolah membawa ke orang tua pencen. Yang kutu pula memang malas nak cerit gua, tuh dari ahad sampai le ke ahad semula, tiap² hari 'chill'. Mende yang 'chill' gua pon tak tahu. Yang lelaki² urban pula sibuk menge'chill' di kedai² kopi. Bukan kedai kopi Pak Akob weh! ni kedai kopi kategori Starbucks. Alah, kedai kopi yang sampai belas² ringgit segelas tuh. Yang ni takda kat kampung gua, kat Kolumpo banyak juga gua tengok. Kampung gua ada kedai kopi Pak Akob saja. Paling up pon cendol Mael. Gadis² pula sibuk nak 'chill' kat pasaraya, shopping sakan. Hujung tahun banyak sale katanya. Ada sesetengah kes yang gua dengar tuh sampai beli kasut seminggu sepasang. Nak buka Bundle kasut agaknya. Hok duduk mabuk bercinta pulak 'chill' kategori cinta kotemperori maksiat. Kemain lagi amik port paling redup kat taman. Selamat sikit nak ringan². Cilakak! menda yang ringan, menda yang berat gua pon tak berapa nak pasti.

Yang paling gua tak boleh pergi warga asing punya 'chill' . Pekena lepak depan KLCC pulak tu . Pesen dressing pakai jeans ketat. Baju pula pekena kameja, bubuh pulak dalam seluar jeans ketat tu. Peh tuh pekena dengan jaket. Yang dah lama kat messia pekena jaket kulit, yang baru sampai pula jaket jeans saja. Peh! huduh weh! punya panas kt kolumpo tuh buleh pulak dia dressing macam kat London. Dah dressing macam tu, kemain lagi nak "phewiit.. phewiitt" gadis² dan makwe² messia. gampang betul! Ini memang gua tak boleh pergi. Tengok saja rasa nak paranawei sorang².

Tapi kenapa hujung minggu gua pergi cari penyakit masuk acara lari² sampai 44.7 KM? Ini bukan lari runcit², ini lari dari terbit fajar membawa ke terbenam matahari! Dari tepi pantai membawa ke puncak gunung! Dia punya penat, tak buleh nak kabor gua. Memang champion! Gua dah mula rasa sengal² otot, tulang paha pun semacam nak tertanggal dari lengukungan pelviks. Nih gua syak, tanggal tulang paha buat sup gear box pun dah tak berapa nak laku dah. Amcam gua punya 'chill'? menangkap dak?


tera kalu, cari mana gua. gua sendiri pun tak jumpa

Friday, December 19, 2008

Makanan Laju Kampung Gua Dia Tak Laju Macam Makanan Laju Kat Kolumpo Nuh

Pekan gua tinggal ni nak kata tak maju tak juga. Tapi dia takda la tak maju macam Pos Dipang yang orang asli duduk nuh. Nak kata maju sangat macam kolumpo nuh memang bohong la. Dia ada kemajuan, tapi kemajuan yang runcit². Pekan gua ni pasaraya memang tak ada. Pasaraya paling kodi dalam 'line' kepasarayaan macam Aneka tuh pun tak wujud. Heran benar gua. Pasal apa le pak menteri tak into mensupermarket kan sebijik kat pekan gua.

Tapi pekan gua ada sebuah pasarmini. Nama dia Syarikat Perniagaan Mesra ( SPM ). SPM ni tok sah nak kabor la, memang hit kat pekan gua. Memang menjadi pujaan, dari budak² yang masih hijau tuh sampai la pakcik² yang dah separuh abad. Kalu makcik² keluar pekan, memang aim la pasar mini ni. Deme tuh tak lain tak bukan, aim barang dapur la. Macam minyak masak, sos tomato. Kadang tuh, membawa ke 'biking powder'. Takkan makcik² nak aim komik dewata raya pulak! Aaahh.. Budak asrama tok sah cerit la. Asal hari sabtu saja berbondong bondong dok bertenggek depan SPM ni. Dengan baju batik macam² kaler. Kalu lu tengok yang kaler merah tuh baju batik sekolah sains. Nih konon generasi pandai la. Tapi gua tengok sama saja, tak hisap rokok depan SPM, deme tuh berdating. Kodi betul! dating pun depan SPM. Kalu yang pesen skima, dok layan cornetto saja depan SPM ni.

Cilakak! Buleh terbabas pulak, gua nak cerit pasal makanan laju kat pekan gua ni, bukan pasal pasar mini. Pekan gua ni memang takda McDonalds, KFC, Pizza Hut dan macam² lagi yang selevel dengan deme tuh. Kenny Rogers? peh! lu tok sah mimpi la. Bau pon tak dak. Bau lori sampah majlis daerah ada le. Carl`s Junior? hoh! ini kalu ada memang tip top la pekan gua. heh!

Tapi kampung gua ada ni...


Amcam? kampung lu ada Burger MacDE? ada Pizza Hir? heh! Jangan tak tahu, siap ada penghantaran ke depan pintu rumah weh!

Wednesday, December 17, 2008

Diciptanya Matahari Terbit Dari Ufuk Timur Dan Terbenam Di Ufuk Barat

Gua baru keluar dari hutan saja. Betis dengan lengan gua habis jadi huduh dek serangan pelbagai haiwan² hutan. Dari pacat membawa ke agas². Bukan main lagi deme tuh kenduri isap darah gua. Liar² benar haiwan di hutan.

************************

Tangan dengan kaki gua tengah gatal. Ni bukan gatal² macam kebiasaan gatal tu. Ni gatal yang lu sampai tak cukup tangan nak garu. Gua pakai tangan kiri garu kaki kiri, tangan kanan gua guna untuk garu kaki kanan gua. Dah tu apa medium gua nak pakai buat garu tangan kiri dan kanan gua? Tuh belum lagi medium untuk gua menaip. Ini pun gua curi² menaip.

Tuesday, December 9, 2008

Kalu Hujan Tengah Hit, Scene Nak sembelih Jadi Tak Berapa Nak Romantis. Gua Sendiri Tak Pasti Kenapa

"Pegang kaki tuh cepat!" Ketua unit penyembilahan peringkat kampung bersuara.

Dengan transmisi manual 5 kelajuan, Pak Da Seman lantas cuba memegang kaki lembu yang kami nak tumbangkan, tiba² "DUKKKK" Dia punya bunyi ni memang padu! Sampai gua pun tak reti nak terjemah dalam bentuk perkataan kepaduan bunyi tadi.

Pak Da Seman kena ong bak dengan lembu Pak Jali. Ong Bakan dia tepat kena bahu Pak Da Seman. Tersungkur jugak Pak Da Seman gua tengok. Lembu Pak Jali tuh ong bak pakai kaki belakang belah kiri. " Kidal rasanya lembu ni." Getus hati gua.

Gua awal² dah licik! gua ambik port pegang bahagian belakang lembu tuh. Bukan yang depan sekali sebelah tukang sembelih tu, Kalu duduk paling depan pun gua tak berapa berkenan. Kan sembelih buleh terpecik darah. Memang macho ada darah kat baju, Macam rambo pun ada. Tapi sikit² la. Tak rambo sangat. Dia berat ke Sivaji The Boss lagi rasanya. Rambo tu rambo jugak, baju gua yang berdarah nanti sapa nak basuh?

Ambik port belakang sekali lagi gua tak berkenan. Lembu ni pesen huduh jugak perangai dia. Bila kena pegang tu mula la dia nak berak tak tentu hala. Silap parking kaki kalu, buleh kena semburan najis! Gua tak bohong, gua dah kena 2 tahun lepas. Jadi tahun ni gua selamat dari bab² ngeri dalam scene sembelih.

Tapi kenapa tahun ni gua jugak kena amik kontrak cuci perut lembu ni? cilakak! Ni dah masuk 3 tahun berturut dah! Lu pernah telibat dengan scene sembelih lu tahu macam mana dia punya tragis kena kontrak cuci perut lembu ni. Peh! Memang lain macam.


*Selamat Hari Raya Aidil Adha dari gua <-- gua tulis eklas ni weh!

Monday, December 8, 2008

Mende Tengah Sibuk Ni, Baik Jangan Dok Bercanda. Kan Ada Yang Kena Panah.

"Apek! kasi ketupat yang macam gua dok beli tuh 2 bungkus. Cargas sikit! Gua nak cepat ni" kata gua yang memang nak cepat.

1 2 minit lepas tuh apek datang. " Ini barang. lagi?" tanya apek kat gua. Sempat lagi tanya, bajet gua nak beli menda lain lagi la tuh.

"HOI! gua nak ketupat jenama adabi yang lepas rebus jadi besau! Potong dadu, makan cecah kuah sate tuh! Bukannya "Contton Bud". Sergah gua dengan volume 7/10.

"Tadi lu cakap nak Contton Bud." Sangkal apek tadi. Kenyataan nak kaver malu la tuh! Gua tahu sangat.

"Gua sebut ketupat! Bukan "Contton Bud". Lu amik ini contton bud, gua belanja. Sebungkus telinga kanan, lagi sebungkus telinga kiri. Lu korek telinga lu tuh kasi solid! Nanti gua jerit dari rumah lu buleh dengar!" Memang gua menyangkal balik kenyataan apek tadi. Sesedap rasa saja nak tuduh gua yang tersilap!

Nasib baik busur dan anak panah gua kena pinjam dengan rambo. Ada anak panah dan busur kalu, gua setting anak panah yang pesen buleh meletup tu pada busur kemas², gua tarik busur dengan daya tegang sehingga 37.5kg. "zaapp!" Bunyi gua melepaskan tali busur. "Kaabomm!" anak panah yang gua lepaskan tadi lepak tepat di dada apek. Kasar bunyi letupan tu.

Lain kali jangan bercanda dikala gua sibuk. heh!

Saturday, December 6, 2008

Orang Pesen Ni, Sedap Paranawei Ke Sedap Ong Bak? Muskel Pulak Gua Rasa

Di suatu Maghrib yang gua syak bilal masjid tengah sedap² setting pembesar suara siap sedia nak azan, tapi gua dengan seorang musibat tengah layan sembang. Sembang kat depan rumah sambil layan tengok gadis dia memang jadi ralit. Kalu kat kampung gua buat macam ni memang sah kena sekolah dengan puan Murni.


Gua : Lu tengok koordinasi penerbangan burung tu. Semat jugak. Gua syak kalu masuk pertandingan buleh champion ni.

Peneka : Semat jugak la sikit². Haa. Gua ada teka teki season mahgrib special untuk lu. Kalu 1 ekor burung kita sebut seekor burung. Kalu banyak² burung macam tadi kita panggil apa?

Gua : Sekawan burung!

Peneka : Burung tuh burung la. apahal lu nak kawan² pulak.

Gua : haa.. Gua rasa sekumpulan burung, Nak sedap lagi burung burungan.

Peneka : Akal pendek lu. Zaman sekolah mesti banyak sembang masa cikgu bahasa melayu tengah njagau ni.

Gua : Aaahh lu. Gua zaman skolah selalu kena duduk depan. Dia punya depan, hujan air liur cikgu tuh gua buleh kena tau. Mende jawapan dia?

Peneka : jawapan senang saja. kalu banyak burung kita panggil "burung yang banyak" le!

Lu rasa orang macam ni sedap paranawei ke sedap ong bak? Dah lama gua tak belanja orang dengan 2 mende ni.

Wednesday, December 3, 2008

Raya Lagi 7 Hari. Tapi Kenapa Petang Ni Gua Dah Kena Balik Kampung?

"Sampai pukul brapa pg esok?" tanya en. Bakeri kepada gua menerusi perbualan yahoo messenger.

"Macam biasa, kalu drebar bus keturunan pelesit pukul 4.30pg dah sampai." jawab gua.

"Molek dah tuh. Lepas subuh boleh dah start mesin rumput depan rumah. Tengok petang tadi rumput dah macam padang ragut." lantas en. Bakeri reply

gua senyap. tak reply.

"BUZZ!!!" En. Bakeri buzz gua.

"tap!" gua off monitor, turun tengok ASTRO. haha!

Hoh! gua nampak jelas, banyak kontrak gua kena sign balik kampung petang nanti. Tuh belum masuk kontrak memasak, mengemop lantai, beli santan kat kedai Hamid kat market lagi. Nih belum lagi kontrak gua kena tangkap lembu nak buat korban. Peh! memang sibuk lain macam .Apa cerit ni? Gua ingat Pak Lah pon tak sibuk macam gua.

Monday, December 1, 2008

Tag Pesen Senaman Aerobik Pulak, Buleh Berpeluh Gua Nak Settle

Scene mengetag gua yang dah berzaman tertangguh. Gua tengok musibat yang tag gua tuh dah mula merusuh lain macam dah. Debor jugak gua. Dibuat dia pergi bom LCCT nuh. Naya weh! Tak merasa naik kapo terbang dah gua. Tapi gua sebenarnya ada jugak sedikit sebanyak syak beliau mula menghantar santau angin. 2 3 hari ni taman gua ni berangin lain macam saja. heh!


01. what is the most important thing in your life ?
Banyak weh! Dari kedua orang tua gua kat kampung nuh, sampai la ke sabun breeze gua kat tepi mesin basuh ni. tak dak sabun kalu, gua tak sanggup basuh baju pakai Sunlite. Tidak lupa juga ASTRO di rumah sewa gua ni.

02. what is the last thing you bought with your own money ?
Minyak Shell> Gua beli 3 liter. Tapi dh berkurun gua beli minyak, haram sekali pon gua tak pernah guna. Asyik kena paw dengan motor yamaha R1 berkuasa rendah gua saja. Apa kes ni?

05. are you in love ?
Aaahh.. cilakak punya soalan. Dah macam Huzz dalam surat kabor tuh dah.

06. where was the last restaurant you had dinner at ?
Kedai mamak nama apa ntah, gua lupa. Tapi milo panas dia manis kaw punya. Itu gua dah roger kurang manis. Kalu tak roger, gua syak satu tin jugak dia bubuh susu pekat manis tuh. Memang saja nak kasi gua kena potong kaki di usia muda la ni! Cilakak!

07. name the latest book you bought ?
F1 Racing, Ferrari issue. Itu pon gua ingat dah beberapa purnama nan lalu.

08. what is your full name ?
Weh! Polis dalam gerak khas buat soal siasat pun tak tanya nama betul pelakon yang jadi penjahat tuh!

09. do you prefer mother or father?
Mother and Father Ultraman!

10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time
Gua nak jumpa Bear Grylls! Gua nak suruh dia minum air dari tahi lembu macam dia buat dalam tv551 tuh. Lu tengok Man vs Wild lu kenal brader ni! terbaik dari ladang gua nak kabor brader ni!


12. do you do your own laundry?
mesin basuh gua yang buat. Kalu buleh kasut gua pun gua nak sumbat dalam mesin basuh.

13. the most exciting place you want to go ?
tempat gua nak pegi tak gegar mana pun. KL -> Tawau -> Kota Kinabalu -> Manila -> KL
Sape nak hulur gua duit poket?

14. hugs or kisses ?
2 2 le. baru pakej orang kabor. Gua tengok cerit omputih semua ambil pakej. Tapi dia ada tambah lagi satu pakej. aaahh.. malas gua nak kabor, lu sendiri pikir la.

15. point out five things about the person who tagged you
-Nama dia ini.bukan.dia.
-blog musibat ini ada lagu.
-Gua syak beliau sudah mula menghantar santau angin sebab gua mendelaykan tag beliau ni.
-Gua yakin beliau makan pakai tangan kanan
-Mandi pakai sabun!

16. eight things i’m passionate about
Apsal semua pertanyaan nak 8 jawaban ni? semalam punya 7. Macam² pesen sunggoh!

17. eight books i have read recently
Tak ingat gua. Tapi ada la gua membaca runcit².


18. eight songs i’ve been listening over and over again
Gua siang malam dok hot.fm saja. Lu nak tahu lu roger toke hot.fm nuh.

19. eight things i learned this year
Gua sudah belajar macam mana bergerak secara solo di negara asing. Mencabar buleh tahan.
enam, tujuh, lapan, lapan lagi. Dah semacam senaman aerobik pulak gua rasa.

20. eight people you tag
hoh! nak 8 lagi! malas gua! haha~

*Gua licik weh! haha~