Tuesday, December 30, 2008

Gua Cukup Tak Setuju Cikgu Sekolah Yang Pakai Modus Operandi Macam Ni. Gua Syak Buleh Masuk Kategori Kes Dera Dah

"Hari ni cikgu tak nak mengajar kamu. Cikgu nak kamu datang ke depan cerita tentang cita² kamu." Kata cikgu Kamariah kepada murid² kelas 3B. Hari ni cikgu Kamariah ganti cikgu Roslina selaku cikgu bahasa Melayu kelas gua. Katanya cikgu Roslina pergi klinik, demam.

Gua memang tak berkenan benar cikgu yang pesen pakai modus operandi macam ni. Malas nak mengajar la tu. Debor gua dah mari lain macam dah. Bukan sedap weh kena cakap kat depan² dalam kelas nuh. Silap cakap memang kena bahan. Tapi bab bahan memang gua into. haha! Itu jam gua jeling kat Budin yang merangkap ketua darjah kemain lagi auto senyum. Suka benar dia dapat pergi pungpang pungpang kat depan. Kena pula ketua darjah sekolah gua kena pakai tali leher kaler merah. Peh! memang hensem habis la. Nurul Najwa, gadis paling hit kat sekolah gua buleh cair.

Giliran Budin sudah selesai. Kemas benar ucapan dia. Dia kabor dia nak jadi juruterbang. Katanya nanti buleh pergi mana² secara percuma. Aaah.. gua dengar tak dengar saja, sambil² mata jenguk padang tengok kelas 3C tengah sedap layan Pendidikan Jasmani. Menangkap jugak PJ budak kelas 3C hari ni. Main bola. Yang perempuan main bola jaring. Semalam kelas gua punya PJ cikgu Yusof suruh kemas bilik sukan. Apa cerit weh? Budak perempuan kemain lagi sedap layan hoki. Cilakak!

Giliran gua pula. " Saya ingin menjadi seorang gabenor bank negara suatu hari nanti."

"Kenapa kamu nak jadi gabenor?" tanya cikgu Kamariah.

"Gabenor ni kalau sign kertas kosong pun boleh laku kertas tuh." gua jawab dengan tenang. Tapi debor pon tengah in.

"Hehehe... siapa cakap kat awak macam tuh?" Cikgu Kamariah tanya gua sambil² gelak sikit²

"Budin" Gua dah malu lain macam dah. cilakak! Itu jam jugak budak kelas 3B gelak kat gua.

"Budin tipu awak tu. Mana ada gabenor sign kertas kosong pun boleh laku." Terang cikgu Kamariah.

Gua tengok budin itu jam kemain lagi gelak kat gua. Panas sungguh gua.

**************

Tengah hari tu ada sampai berita kat telinga gua Budin balik sekolah tolak saja basikal sebab tayar basikal dia kena buang angin. Depan belakang pulak tuh. Kena tulah agaknya! HA HA~

Friday, December 26, 2008

Semangat Kejiranan Yang Jitu Membentuk Perpaduan Yang Istiqamah

"brader! makan tengah hari jom! gua dah lapo!" gua memesej member gua menggunakan sistem pesanan ringkas. Gua pilih "text message" saja. Bukan pilih yang "Multimedia message" . Apa gila nak ajak member makan pun gua nak main multimedia weh! Tak senonoh benar rupa dia.


"trittt.. triit" hah! cepat benar member gua balas.

"Pe brg mkn kdi, jrn wa ajk mkn kenduri umah dia smpena ank dia kerat kote! moh le skali"

"Tbaik, b4 zohor wa smpi!" balas gua ringkas. Auto senyum gua ari ni. Makan tengah hari percuma. Buleh topap lagi!


*************

petang nan redup tadi.

"triittt...triittt" hansep gua bunyik. mesej masuk ni. kalu panggilan dia bunyi lain sikit.

gua bukak tengok. Gua syak ada gadis ke nak mesej. Skali baca

"ready mlm ni. Pak cik Jesus ajk g umh dia. Ada mkn2. Halalun toyyiba!" Skali lagi gua auto senyum. 1 hari gua makan percuma.

Ni le yang orang dok kabor semangat kejiranan yang jitu membentuk perpaduan yang istiqamah! heh!

Wednesday, December 24, 2008

King... King.. Entah Mende La Lu Ni King. Gua Pon Tak Berapa Nak Paham Lu King

Gua ada sorang member, nama dia King. Entah mana dapat nama king gua pon tak berapa tahu. King juga merangkap teman serumah gua. Dah la teman serumah, kami sebilik pulak! Gua dengan King duduk master bedroom. Master tak master sangat la, dia master sikit² saja. Mende dah king, kena la duduk master bedroom. Bilik gua dengan King takda katil, pesen tido tilam tak berkatil saja. Kat dalam bilik ni tilam King sampai 3 keping. Dia lapik 3 keping tuh tinggi benar jadinya. Memang king! Gua pulak 1 keping saja tilam. Peh! memang kodi weh kalu nak banding dengan king tuh. Tapi kalu King balik kampung memang gua curi² tido kat tilam king. Menangkap jugak tido tinggi². Dapat pulak tilam jenama "Kingkoil". Patut la king selalu bangun lambat! haha!

King ni gua nak kabor, beliau seorang yang serius. Muka nak tarik saja. Gua melawak pun dia tak berapa nak amik port sengih. cilakak king! King jugak seorang yang pendiam. Pendiam sikit² la. Bukan pesen pendiam tahap orang tanya pun tak jawab tuh. Alahh.. macam lu nak ngorat gadis yang bajet cun. Tanya nama baru, diam mengalahkan Paksu bisu pulak! Tapi apa² hal, King ni dada bidang, perut petak enam. Tapi itu dulu la. heh! Sekarang perut dah petak satu. Senang hati katanya.

Satu malam nan sunyi, tengah sedap² gua baca artikel kat internet, masa ni King pun depan kompiter jugak. Ntah mende yang dia buat gua pun tak tahu. Tiba.. tiba..

"Tang!!" Bunyi tangan king mengetuk meja kompiter. Kasar bunyinya "Babi! Anjing! Celaka punya orang!" King tiba² marah. Marah benar King itu jam. Itu jam jugak gua jadi debor. Takut la gua buat salah. Mana tahu king dapat tahu gua selalu curi ubat gigi "Colgate Advanced Whitening" dia dalam bilik mandi. "@#$$#@%@#^^$^#^#@" King sambung lagi dia punya carut. Tapi gua tak berapa nak dengar. Dia carut slow sangat.


******************

Beberapa jam selepas tu gua dengan rakan serumah gua termasuk King pegi makan malam. Kami makan Kedai K9. Depan masjid open. Tengah sedap² gua pung pang pung pang sembang, King mencelah. "Celaka betul la tadi" kata King sambil tangan belah kanan genggam kemas, tangan kiri dia pegang hanset jenama Sony Ericson pesen lipat tuh sambil melakukan ketukan ketukan kecil di meja makan. "Sayang Lagi gamaknya King kat hanset dia" getus hati gua.

Gua buat² berani tanya " King lu pesal ni, marah benor nih?"

"Star Player aku tadi la bodoh sangat. Penalti pon tak masuk. Kalah dah team aku. Kalu seri dapat jugak satu point" Jelas King.


Cilakak lu king. Mende "Football Manager Live" pun lu marah sampai gua gegar!

Monday, December 22, 2008

'Chill' Belah Mana Gua Pun Tak Tahu, Tapi Dia Agak 'Chill' Jugak La

Hujung minggu ni memang 'timing' musibat² kat muka bumi ni 'chill'. Dari budak² sekolah membawa ke orang tua pencen. Yang kutu pula memang malas nak cerit gua, tuh dari ahad sampai le ke ahad semula, tiap² hari 'chill'. Mende yang 'chill' gua pon tak tahu. Yang lelaki² urban pula sibuk menge'chill' di kedai² kopi. Bukan kedai kopi Pak Akob weh! ni kedai kopi kategori Starbucks. Alah, kedai kopi yang sampai belas² ringgit segelas tuh. Yang ni takda kat kampung gua, kat Kolumpo banyak juga gua tengok. Kampung gua ada kedai kopi Pak Akob saja. Paling up pon cendol Mael. Gadis² pula sibuk nak 'chill' kat pasaraya, shopping sakan. Hujung tahun banyak sale katanya. Ada sesetengah kes yang gua dengar tuh sampai beli kasut seminggu sepasang. Nak buka Bundle kasut agaknya. Hok duduk mabuk bercinta pulak 'chill' kategori cinta kotemperori maksiat. Kemain lagi amik port paling redup kat taman. Selamat sikit nak ringan². Cilakak! menda yang ringan, menda yang berat gua pon tak berapa nak pasti.

Yang paling gua tak boleh pergi warga asing punya 'chill' . Pekena lepak depan KLCC pulak tu . Pesen dressing pakai jeans ketat. Baju pula pekena kameja, bubuh pulak dalam seluar jeans ketat tu. Peh tuh pekena dengan jaket. Yang dah lama kat messia pekena jaket kulit, yang baru sampai pula jaket jeans saja. Peh! huduh weh! punya panas kt kolumpo tuh buleh pulak dia dressing macam kat London. Dah dressing macam tu, kemain lagi nak "phewiit.. phewiitt" gadis² dan makwe² messia. gampang betul! Ini memang gua tak boleh pergi. Tengok saja rasa nak paranawei sorang².

Tapi kenapa hujung minggu gua pergi cari penyakit masuk acara lari² sampai 44.7 KM? Ini bukan lari runcit², ini lari dari terbit fajar membawa ke terbenam matahari! Dari tepi pantai membawa ke puncak gunung! Dia punya penat, tak buleh nak kabor gua. Memang champion! Gua dah mula rasa sengal² otot, tulang paha pun semacam nak tertanggal dari lengukungan pelviks. Nih gua syak, tanggal tulang paha buat sup gear box pun dah tak berapa nak laku dah. Amcam gua punya 'chill'? menangkap dak?


tera kalu, cari mana gua. gua sendiri pun tak jumpa

Friday, December 19, 2008

Makanan Laju Kampung Gua Dia Tak Laju Macam Makanan Laju Kat Kolumpo Nuh

Pekan gua tinggal ni nak kata tak maju tak juga. Tapi dia takda la tak maju macam Pos Dipang yang orang asli duduk nuh. Nak kata maju sangat macam kolumpo nuh memang bohong la. Dia ada kemajuan, tapi kemajuan yang runcit². Pekan gua ni pasaraya memang tak ada. Pasaraya paling kodi dalam 'line' kepasarayaan macam Aneka tuh pun tak wujud. Heran benar gua. Pasal apa le pak menteri tak into mensupermarket kan sebijik kat pekan gua.

Tapi pekan gua ada sebuah pasarmini. Nama dia Syarikat Perniagaan Mesra ( SPM ). SPM ni tok sah nak kabor la, memang hit kat pekan gua. Memang menjadi pujaan, dari budak² yang masih hijau tuh sampai la pakcik² yang dah separuh abad. Kalu makcik² keluar pekan, memang aim la pasar mini ni. Deme tuh tak lain tak bukan, aim barang dapur la. Macam minyak masak, sos tomato. Kadang tuh, membawa ke 'biking powder'. Takkan makcik² nak aim komik dewata raya pulak! Aaahh.. Budak asrama tok sah cerit la. Asal hari sabtu saja berbondong bondong dok bertenggek depan SPM ni. Dengan baju batik macam² kaler. Kalu lu tengok yang kaler merah tuh baju batik sekolah sains. Nih konon generasi pandai la. Tapi gua tengok sama saja, tak hisap rokok depan SPM, deme tuh berdating. Kodi betul! dating pun depan SPM. Kalu yang pesen skima, dok layan cornetto saja depan SPM ni.

Cilakak! Buleh terbabas pulak, gua nak cerit pasal makanan laju kat pekan gua ni, bukan pasal pasar mini. Pekan gua ni memang takda McDonalds, KFC, Pizza Hut dan macam² lagi yang selevel dengan deme tuh. Kenny Rogers? peh! lu tok sah mimpi la. Bau pon tak dak. Bau lori sampah majlis daerah ada le. Carl`s Junior? hoh! ini kalu ada memang tip top la pekan gua. heh!

Tapi kampung gua ada ni...


Amcam? kampung lu ada Burger MacDE? ada Pizza Hir? heh! Jangan tak tahu, siap ada penghantaran ke depan pintu rumah weh!

Wednesday, December 17, 2008

Diciptanya Matahari Terbit Dari Ufuk Timur Dan Terbenam Di Ufuk Barat

Gua baru keluar dari hutan saja. Betis dengan lengan gua habis jadi huduh dek serangan pelbagai haiwan² hutan. Dari pacat membawa ke agas². Bukan main lagi deme tuh kenduri isap darah gua. Liar² benar haiwan di hutan.

************************

Tangan dengan kaki gua tengah gatal. Ni bukan gatal² macam kebiasaan gatal tu. Ni gatal yang lu sampai tak cukup tangan nak garu. Gua pakai tangan kiri garu kaki kiri, tangan kanan gua guna untuk garu kaki kanan gua. Dah tu apa medium gua nak pakai buat garu tangan kiri dan kanan gua? Tuh belum lagi medium untuk gua menaip. Ini pun gua curi² menaip.

Tuesday, December 9, 2008

Kalu Hujan Tengah Hit, Scene Nak sembelih Jadi Tak Berapa Nak Romantis. Gua Sendiri Tak Pasti Kenapa

"Pegang kaki tuh cepat!" Ketua unit penyembilahan peringkat kampung bersuara.

Dengan transmisi manual 5 kelajuan, Pak Da Seman lantas cuba memegang kaki lembu yang kami nak tumbangkan, tiba² "DUKKKK" Dia punya bunyi ni memang padu! Sampai gua pun tak reti nak terjemah dalam bentuk perkataan kepaduan bunyi tadi.

Pak Da Seman kena ong bak dengan lembu Pak Jali. Ong Bakan dia tepat kena bahu Pak Da Seman. Tersungkur jugak Pak Da Seman gua tengok. Lembu Pak Jali tuh ong bak pakai kaki belakang belah kiri. " Kidal rasanya lembu ni." Getus hati gua.

Gua awal² dah licik! gua ambik port pegang bahagian belakang lembu tuh. Bukan yang depan sekali sebelah tukang sembelih tu, Kalu duduk paling depan pun gua tak berapa berkenan. Kan sembelih buleh terpecik darah. Memang macho ada darah kat baju, Macam rambo pun ada. Tapi sikit² la. Tak rambo sangat. Dia berat ke Sivaji The Boss lagi rasanya. Rambo tu rambo jugak, baju gua yang berdarah nanti sapa nak basuh?

Ambik port belakang sekali lagi gua tak berkenan. Lembu ni pesen huduh jugak perangai dia. Bila kena pegang tu mula la dia nak berak tak tentu hala. Silap parking kaki kalu, buleh kena semburan najis! Gua tak bohong, gua dah kena 2 tahun lepas. Jadi tahun ni gua selamat dari bab² ngeri dalam scene sembelih.

Tapi kenapa tahun ni gua jugak kena amik kontrak cuci perut lembu ni? cilakak! Ni dah masuk 3 tahun berturut dah! Lu pernah telibat dengan scene sembelih lu tahu macam mana dia punya tragis kena kontrak cuci perut lembu ni. Peh! Memang lain macam.


*Selamat Hari Raya Aidil Adha dari gua <-- gua tulis eklas ni weh!

Monday, December 8, 2008

Mende Tengah Sibuk Ni, Baik Jangan Dok Bercanda. Kan Ada Yang Kena Panah.

"Apek! kasi ketupat yang macam gua dok beli tuh 2 bungkus. Cargas sikit! Gua nak cepat ni" kata gua yang memang nak cepat.

1 2 minit lepas tuh apek datang. " Ini barang. lagi?" tanya apek kat gua. Sempat lagi tanya, bajet gua nak beli menda lain lagi la tuh.

"HOI! gua nak ketupat jenama adabi yang lepas rebus jadi besau! Potong dadu, makan cecah kuah sate tuh! Bukannya "Contton Bud". Sergah gua dengan volume 7/10.

"Tadi lu cakap nak Contton Bud." Sangkal apek tadi. Kenyataan nak kaver malu la tuh! Gua tahu sangat.

"Gua sebut ketupat! Bukan "Contton Bud". Lu amik ini contton bud, gua belanja. Sebungkus telinga kanan, lagi sebungkus telinga kiri. Lu korek telinga lu tuh kasi solid! Nanti gua jerit dari rumah lu buleh dengar!" Memang gua menyangkal balik kenyataan apek tadi. Sesedap rasa saja nak tuduh gua yang tersilap!

Nasib baik busur dan anak panah gua kena pinjam dengan rambo. Ada anak panah dan busur kalu, gua setting anak panah yang pesen buleh meletup tu pada busur kemas², gua tarik busur dengan daya tegang sehingga 37.5kg. "zaapp!" Bunyi gua melepaskan tali busur. "Kaabomm!" anak panah yang gua lepaskan tadi lepak tepat di dada apek. Kasar bunyi letupan tu.

Lain kali jangan bercanda dikala gua sibuk. heh!

Saturday, December 6, 2008

Orang Pesen Ni, Sedap Paranawei Ke Sedap Ong Bak? Muskel Pulak Gua Rasa

Di suatu Maghrib yang gua syak bilal masjid tengah sedap² setting pembesar suara siap sedia nak azan, tapi gua dengan seorang musibat tengah layan sembang. Sembang kat depan rumah sambil layan tengok gadis dia memang jadi ralit. Kalu kat kampung gua buat macam ni memang sah kena sekolah dengan puan Murni.


Gua : Lu tengok koordinasi penerbangan burung tu. Semat jugak. Gua syak kalu masuk pertandingan buleh champion ni.

Peneka : Semat jugak la sikit². Haa. Gua ada teka teki season mahgrib special untuk lu. Kalu 1 ekor burung kita sebut seekor burung. Kalu banyak² burung macam tadi kita panggil apa?

Gua : Sekawan burung!

Peneka : Burung tuh burung la. apahal lu nak kawan² pulak.

Gua : haa.. Gua rasa sekumpulan burung, Nak sedap lagi burung burungan.

Peneka : Akal pendek lu. Zaman sekolah mesti banyak sembang masa cikgu bahasa melayu tengah njagau ni.

Gua : Aaahh lu. Gua zaman skolah selalu kena duduk depan. Dia punya depan, hujan air liur cikgu tuh gua buleh kena tau. Mende jawapan dia?

Peneka : jawapan senang saja. kalu banyak burung kita panggil "burung yang banyak" le!

Lu rasa orang macam ni sedap paranawei ke sedap ong bak? Dah lama gua tak belanja orang dengan 2 mende ni.

Wednesday, December 3, 2008

Raya Lagi 7 Hari. Tapi Kenapa Petang Ni Gua Dah Kena Balik Kampung?

"Sampai pukul brapa pg esok?" tanya en. Bakeri kepada gua menerusi perbualan yahoo messenger.

"Macam biasa, kalu drebar bus keturunan pelesit pukul 4.30pg dah sampai." jawab gua.

"Molek dah tuh. Lepas subuh boleh dah start mesin rumput depan rumah. Tengok petang tadi rumput dah macam padang ragut." lantas en. Bakeri reply

gua senyap. tak reply.

"BUZZ!!!" En. Bakeri buzz gua.

"tap!" gua off monitor, turun tengok ASTRO. haha!

Hoh! gua nampak jelas, banyak kontrak gua kena sign balik kampung petang nanti. Tuh belum masuk kontrak memasak, mengemop lantai, beli santan kat kedai Hamid kat market lagi. Nih belum lagi kontrak gua kena tangkap lembu nak buat korban. Peh! memang sibuk lain macam .Apa cerit ni? Gua ingat Pak Lah pon tak sibuk macam gua.

Monday, December 1, 2008

Tag Pesen Senaman Aerobik Pulak, Buleh Berpeluh Gua Nak Settle

Scene mengetag gua yang dah berzaman tertangguh. Gua tengok musibat yang tag gua tuh dah mula merusuh lain macam dah. Debor jugak gua. Dibuat dia pergi bom LCCT nuh. Naya weh! Tak merasa naik kapo terbang dah gua. Tapi gua sebenarnya ada jugak sedikit sebanyak syak beliau mula menghantar santau angin. 2 3 hari ni taman gua ni berangin lain macam saja. heh!


01. what is the most important thing in your life ?
Banyak weh! Dari kedua orang tua gua kat kampung nuh, sampai la ke sabun breeze gua kat tepi mesin basuh ni. tak dak sabun kalu, gua tak sanggup basuh baju pakai Sunlite. Tidak lupa juga ASTRO di rumah sewa gua ni.

02. what is the last thing you bought with your own money ?
Minyak Shell> Gua beli 3 liter. Tapi dh berkurun gua beli minyak, haram sekali pon gua tak pernah guna. Asyik kena paw dengan motor yamaha R1 berkuasa rendah gua saja. Apa kes ni?

05. are you in love ?
Aaahh.. cilakak punya soalan. Dah macam Huzz dalam surat kabor tuh dah.

06. where was the last restaurant you had dinner at ?
Kedai mamak nama apa ntah, gua lupa. Tapi milo panas dia manis kaw punya. Itu gua dah roger kurang manis. Kalu tak roger, gua syak satu tin jugak dia bubuh susu pekat manis tuh. Memang saja nak kasi gua kena potong kaki di usia muda la ni! Cilakak!

07. name the latest book you bought ?
F1 Racing, Ferrari issue. Itu pon gua ingat dah beberapa purnama nan lalu.

08. what is your full name ?
Weh! Polis dalam gerak khas buat soal siasat pun tak tanya nama betul pelakon yang jadi penjahat tuh!

09. do you prefer mother or father?
Mother and Father Ultraman!

10. name a person that you really wish to meet in your real life for the first time
Gua nak jumpa Bear Grylls! Gua nak suruh dia minum air dari tahi lembu macam dia buat dalam tv551 tuh. Lu tengok Man vs Wild lu kenal brader ni! terbaik dari ladang gua nak kabor brader ni!


12. do you do your own laundry?
mesin basuh gua yang buat. Kalu buleh kasut gua pun gua nak sumbat dalam mesin basuh.

13. the most exciting place you want to go ?
tempat gua nak pegi tak gegar mana pun. KL -> Tawau -> Kota Kinabalu -> Manila -> KL
Sape nak hulur gua duit poket?

14. hugs or kisses ?
2 2 le. baru pakej orang kabor. Gua tengok cerit omputih semua ambil pakej. Tapi dia ada tambah lagi satu pakej. aaahh.. malas gua nak kabor, lu sendiri pikir la.

15. point out five things about the person who tagged you
-Nama dia ini.bukan.dia.
-blog musibat ini ada lagu.
-Gua syak beliau sudah mula menghantar santau angin sebab gua mendelaykan tag beliau ni.
-Gua yakin beliau makan pakai tangan kanan
-Mandi pakai sabun!

16. eight things i’m passionate about
Apsal semua pertanyaan nak 8 jawaban ni? semalam punya 7. Macam² pesen sunggoh!

17. eight books i have read recently
Tak ingat gua. Tapi ada la gua membaca runcit².


18. eight songs i’ve been listening over and over again
Gua siang malam dok hot.fm saja. Lu nak tahu lu roger toke hot.fm nuh.

19. eight things i learned this year
Gua sudah belajar macam mana bergerak secara solo di negara asing. Mencabar buleh tahan.
enam, tujuh, lapan, lapan lagi. Dah semacam senaman aerobik pulak gua rasa.

20. eight people you tag
hoh! nak 8 lagi! malas gua! haha~

*Gua licik weh! haha~

Friday, November 28, 2008

Gua Dah Rasa Semacam Ada Beberapa Pihak Mula Merusuh

Malam tadi gua bukak TV3 layan Buletin Utama. Gua dengan buletin utama ni memang kacip. Tiap² malam wajib pekena buletin utama. Layan berita baru la informatif komtemperori orang kabor! Jangan tak tahu kalu gua sedap² melayan buletin utama ni pastu ada musibat tukar TV711 nak layan komedi omputih yang haram tak informatif tuh, memang gua ong bak la. Sampai ada sesetengah kes tuh gua kena sorok alat kawalan jauh astro dalam kain pelikat. ape cerit?

Berbalik ke berita malam tadi, gua tengok ada berlaku rusuhan bersenjata di Mumbai. Peh! dia punya pengganas memang ganas! pegang rifle menembak secara rambang. Dah macam rambo pon ada. Gua syak nak jadi rambo tuh kecik² dulu, tapi dada tak cukup bidang, perut tak cukup petak. Ada satu lagi kes rusuhan di lapangan Terbang Bangkok tuh. Deme tuh dah berjaya menawan lapangan terbang tu dengan jayanya. Abis orang terkandas tak boleh balik kampung raya krismas, takpun raya haji. Gua ada dengar ura² berkata deme tuh nak bakau kapal terbang yang parking situ. Gilak ganas!

Itu jam jugak gua jadi teringat ada musibat yang pernah mengugut gua untuk merusuh kalu gua tak jawab tag. aaah.. cilakak! Ntah² rusuhan tuh memang dia punya kerja. haha~ Apa lagi, gua terus la settle hutang, kan tak settle gua punya blog kena godam pulak. Mana gua nak menconteng weh!

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
-solid
-padu
-terbaik dari ladang
-kacip
-milo panas mesti ngam macam lori milo kasi free tuh.
-Bangun pagi gosok gigi
-makan baca bismillah

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
Aahh.. ramai sangat. Kan gua tulis kan, rosak keyboard pon tak abis lg.

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
Gua kalu keluar dengan orang pesen nih debor mula la datang tak tentu hala. Tindakan gua pon jadi tak berapa nak keruan, dok berat ke debor je. Tapi takda la sampai tahap gua jalan pon dengan tangan. itu dah bukan level tak keruan. itu gilak namanya. haha~

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
gua nak kasi, milo, susu pekat manis, air panas,gelas besar. Apa lagi, gua suh buat milo panas paling solid la. Tak solid kalu gua rejek dengan ibu kaki weh!

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
Gua nak bacakan tafsir² quran! biar cerah sikit hati tuh! amcam? islamik dak? heh!

7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
Gua tak into mengetag lagi nih. kan gua start layan scene mengetag, siap la. gua tag lu orang 3 kali sehari selepas makan! haha~

Thursday, November 27, 2008

Tag Zaman Millenium Nih Memang Banyak Pesen Sunggoh

Gua kena tag dengan brader Afred Dunhill beberapa minggu nan lepas jugak la. Tapi nak buat macam mana, gua kena layan scene sibuk 2 3 menjak ni. Gua nak berjinggo ke blog orang lain pon tak berapa nak sempat.

[1] Do you think you're hot?
Gua bukan pesen panas weh! Tapi kalu tala api kat muka gua memang gua jadi auto panas tak tentu hala la

[2]Upload your favourite picture of you!



[3]Why do you like that picture.
Ini kesukaan gua kategori kelautan. Time ni gua terjun menyelamatkan gadis² hampir kelemasan di lautan Andaman. heh! Gua banyak gambau kesukaan sebenaunya, kategori pergunungan, perayaan, kepulauan, aaah.. banyak la senang cerit! Gua nak up semua buleh dak?

[4] When is your last time you ate pizza.
Tak ingat gua bila. Tapi memang beberapa purnama nan lalu jugak. Itu pon gua paw member gua.

[5] The last song you listened to?
Hot.fm ni dok pasang lagu laskar pelangi siang malam apa kes? tapi sedap jugak!

[6] What are you doing right now beside this?
Gua sambil² kira duit nih, cukup ke idak nak beli tiket balik kampung raya haji ni. Pn. Murni memang dah bagi hint kat gua suh balik dari ari tuh lagi.

[7]What name would you prefer beside yours.
Sempena musim haji ni, gua jadi auto prefer nama gua "haji". senang dak? tak sempat nak pegi haji orang dh panggil gua haji. heh!

People I tag.
Gua tak nak tag sapa² weh! kan kalu gua tag orang, dia jadi auto kena jawab lagi 5 soklan. licik dak gua? lu orang pon selamat!

Gua ada lagi 3 tag tengah tunggu gua nuh. Bahaya benar scene mengetag ni. Boleh bawak ke"tag"ihan weh!


Tuesday, November 25, 2008

Kadang² Secebis Kata Bisa Membelah 2 Jiwa Yang Mungkin Telah Lama Bersatu

"pheewiit" Bunyi hansep gua. Itu bunyi baru tanda sistem pesanan ringkas diterima. Gua baru saja bubuh 2 3 hari lepas. Tapi musibat mana pagi² dah nak cari pasal dengan gua ni? Gua dah mula syak meksis dah. Meksis tu memang selalu cari hal dengan gua pagi² tak berapa nak buta ni. Kalu hantar pesanan kata kredit gua nak bertambah memang auto senyum gua, ini dok sibuk nak kabor kredit gua dah nk luput. Apacer? Ganggu mimpi indah gua saja! Pesen hansep nokia ni, kalu dia terkunci dia kena tekan tengah tuh, kemudian baru tekan kekunci "*". Tekan pulak kekunci bawah tulisan "papar", baru boleh baca.

"Syg nmpk abg b1st dgn sorg girl kt mamak td. Siap tlg suapkn lg." mesej dari no yang memang haram tak pernah ada dalam buku telepon gua. Sejak bila gua jadi abang ni? Sejak bila pulak gua ada sayang ni? Macam² persoalan timbul dalam jiwa gua.

Gua pon balas la itu pesanan. Kan tak balas dikata sombong pula" yup, abg ovrnite umah die mlm td. Bgn kitorg trus b1st."

Gua ingat dah settle kat situ dah. Tapi ada sampai lagi mesej. "PUTUS!" Garang sunggoh mesej dia kali ni.

Dah alang² mesej percuma yang meksis bagi kat gua raya hari tu tak abis² lagi, gua balas lagi "indah"

Amcam? Gua kategori kejam ke mesra alam? Itu la, lain kali nombor balak lu simpan elok² dalam hansep tu. Kan dh silap nombor. heh!

Friday, November 21, 2008

Gua Dengan Batuk Ni Dah Semacam Buluh Dengan Lemang Dia Punya Kacip

Hari ni dah masuk 10 ari dah gua mengerjakan kontrak batuk secara terbahak bahak. Tak lengkap benar hidup gua jadinya. Nak makan pun dia jadi tak berapa nak feel. Skali suap dia jadi auto batuk. Dah semacam nak keluar balik menda alah yang gua makan pun ada. Tido gua pon dah jadi tak berapa nak solid, dia jadi berat ke tidur runcit². Sembang gua? peh! huduh benar jadinya. Sembang dua patah gua dah putus. Itu yang 10 hari ni gua tak into scene mengayat gadis secara terus. Apa gila gua terbahak bahak lagi mahu sembang dengan gadis. Nanti mula gua kena tuduh secara melulu kena batuk selesema burung! Tapi mengayat secara maya gua tetap teruskan. heh!

3 hari lepas gua dengan penuh semangat ong bak pergi ke farmasi Guardian beli ubat batuk Habis pecah tadisi gua, pertama kali beli ubat batuk dalam hidup. Cilakak! susah jugak nak cari seksyen ubat batuk kat situ. Dah jengah 4 5 minit tu gua jumpa. Dari rumah lagi gua dok aim ubat batuk jenama Breacol. Gua tengok iklan dia boleh tahan. Semacam mujarab. Gua sebenarnya into jenama Wood`s tuh, tapi gua tengok ending iklan yang budak dok curi mangga tu kasi ubat kat pakcik batuk haram tak tunjuk mujarab ke tak. Paling kodi pun tunjuk le orang tua tuh dah bebas dari serangan batuk, konpiden sikit gua nak beli. Ini tidak, dok tunjuk budak mencuri tu dapat upah mangga 4 bijik apa hal? Iklan mencuri mangga ke iklan ubat batuk brader?

Gua tengok rak tu banyak jenama, Wood`s la, Cap Ibu Dan Anak la, Cap Kelapa Laut afrika la. Aaaah.. gua dah mula keliru dah. Tadi memang sedap² gua aim Breacol. Tapi gua tengok² kotak Breacol ni kodi sikit. Kaler biru saja. Lemah betul designer packaging diorang. Makan gaji buta la tuh! Gua ingat lama jugak gua dok seksyen tuh. Dah pertama kali gua nak makan ubat batuk, gua baca satu persatu cara nak menelannya. Gua baca jugak la isi kandungan, kan ada pesen bubuh ketamin dengan melamin. Hoh! tak ke haru gua.

Penyudah dia gua ambil jenama Cap Ibu Dan Anak, baru tradisi orang kabor. Jangan pandang rendah bai. Jenama ni pernah sponsor crita bola tampar yang gua dok tengok zaman gua masih hijau dulu. Nama apa ntah cerit tuh, dia pesen buleh spike sampai bola bulat jadi bujur! heh! Dah ambil tuh gua nak bayau, cilakak! ramai pulak orang nak bayau, tadi gua baru sampai bukan nak bayau diorang nih. Pesen dengki dengan gua tak tentu hala la nih gua syak. Tengah beratur tu gua muhasabah balik, tadi gua aim lain tapi belinya yang lain. Tak boleh jadi ni. Akhirnya gua beli itu jenama Breacol. Huh! susah jugak nak beli ubat batuk ni. Boleh jadi dilema la gua ingat.

Itu 3 hari lepas, tapi pagi ni kenapa gua tengok ubat batuk tu elok lagi dalam plastik Guardian.? "Nanti sampai seru gua minum la" getus hati gua.

Thursday, November 20, 2008

Apa Cerit Lu Malam Malam Layan Negaraku?

"Aku nak ko kilas semacam abang askar naikkan bendera masa hari merdeka. Tak laju tak pelan. Ngam dengan lagu." Kata Mat Li kepada gua. Gua itu jam memang cuak gila dah. Apa gila gua tak patuh perintah Mat Li. Seantero asrama tahu Mat Li ni perangai up sikit dari setan. Minggu lepas gua dah kena ong bak sebab ingkar weh!

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


Gua mendendangkan lagu ini dengan penuh penghayatan sambil tangan gua mengilas kain pelikat sehingga menampakkan seluar pendek bola gua. Cilakak! Palat aa lu Mat Li. Malu gua malam tu depan kakak² tingkatan 3. Itu satu hal dah, tambah pula gua kena menyanyi atas kerusi pulak! Kan penyiasat persendirian upahan gua kasi tahu anak lu masuk skolah jenis asrama ni, gua cari la. Gua nak suruh merangkak secara mengundur pakai gigi! hah! padan muka! Baru tahu macam mana scene ragging asrama! Tak setuju benar gua pesen senior junior! Tak muhibah langsung

notadarabdua: semalam gua beratur nak cucuk duit kat ATM, tiba² gilang datang beratur belakang gua weh! Apa lagi, gua jadi debor secara automatik transmisi 5 kelajuan la. Cilakak! itu jam memang gua jadi tak keruan! Terpaksa gua buat² gaya nak transfer duit, kan kantoi le itu hari gua nak cucuk RM10 saja!

Tuesday, November 18, 2008

Orang Berpengalaman Kabor Kat Gua, Hidup Ini Harus Ada Kepelbagaian

En. Bakeri pernah kabor kat gua, hidup ini harus ada kepelbagaian. Dia kabor kat gua kepelbagaian dalam semua aspek. Aaahh.. cilakak! Kepelbagaian la, aspek la. Gua dah jadi kabur dah itu jam. Dia kabor lagi. Tak kira la aspek mana yang gua terjah, aspek pemakanan, permainan, pembelajaran, pemakaian, sehingga la aspek pengoratan gadis. Tapi satu saja lu jangan dok pelbagai. Aspek beragama. Dia kabor, kalu gua pelbagai itu aspek, bukan setakat paranawei dengan ong bak dia nak bagi kat gua. Silap² scene tembak menembak macam mission imposibble tu boleh berlaku.

Sekarang gua baru paham, kepelbagaian aspek pemakanan tu begini, lu siang malam makan, kalu pegi kedai jangan dok order air teh tarik dengan nasi goreng ayam saja. Cuba la lu order chicken chop dengan fresh oren ka skali skala. Gua tahu, ada sesetengah kes tuh asal lepak mamak saja nasi goreng ayam dengan teh tarik, asal teh tarik saja kedai mamak! gila tak kepelbagaian.

Kalu dari kecik sampai besau lu dok main bola saja. Haram tak pernah cuba main menda alah lain. Ini dia nama tak reti langsung nak cuba kepelbagaian dalam bersukan. Lu kena cuba main takraw ke, baru tradisional melayu orang tua kabor. Kalu lu dari kecik nak jadi askar tapi tak layak sebab dada tak cukup bidang, lu boleh cuba paintball. Game ni boleh ketagih ni! Paling kodi pon cuba la main berebut tiang dengan osmate. Tak ke kepelbagaian yang mengundang makian jiran tetangga tuh!

Jadi bagi menyeru seruan kepelbagaian yang en. Bakeri kabor kat gua dulu, gua cuba sukan golf beberapa ketika nan lalu. Ada sorang osmate gua kabor ini macam " aaahh.. lu duit baki dalam CIMB gua tengok rm21.90 pon ada hati nak main golf ke? Golf ni untuk orang kaya raya weh! Tak kaya kalu main, kena ketulah!" cilakak! gila tak bagi sokongan moral langsung kat gua. Golf ni pesen kalu nak main kena pakai baju cantik sikit. Paling kodi pon pesen berkolar, seluar lu tak boleh sedap² jean. Kena pakai slack pesen side tajam tuh. Kena silap² boleh luka.

Hari yang dinantikan gua telah tiba, gua pakai kemas ini hari. Lepas saja member gua tuh skolahkan gua macam mana nk pukul, gua pon cuba lah untuk kali pertama dalam hidup gua. Gua hayun. Peh! itu jam gua dapat rasa gaya gua memang macam Tiger woods brader! Hayunan gua dah kemas, "Tang!" bunyi pukulan gua tepat kena pada bola yang gua aim tuh. Tapi beberapa milisaat lepas bunyi "tang" tuh ada bunyi susulan. "prak!" bunyi semacam kita patah² kan jari tuh. Itu jam gua hanya mampu "erkkkk.. cilakak! sakit wehh!!!" Memang palat weh! gua tak tahu silap gua kat mana, rasa nak tertanggal bahu gua. Dia semacam terkehel saja. Gua dah mula debor dah. Risau true punya, kan tulang clavical gua patah kan. Naya gua. Member gua tuh semua memang tak guna. Ada patut bantai gelak. Tak persahabatan langsung. Aaahh.. itu le pukulan solo satu satunya yang gua kerjakan. Tak nak dah gua pukul. Memang betul la yang member gua tadi kabor. Baki CIMB lu RM21.90 kalu, jangan dok gatal nak main GOLF weh! Kena tulah lu tanggung!


Gua syak gaya gua dah 10/10 dah! HA HA!



Monday, November 17, 2008

Pengalaman Kali Pertama Gua Masuk Itu GSC Midvalley Mega Mall Secara Jemaah

Cuaca kota metropolitan Kuala Lumpur hari ini memang solid! Dia sedap sedap untuk berjalan. Tidak panas macam kebiasaan tuh, tidak jugak hujan yang mengundang scene banjir kilat tuh jugak. Dia memang sedap² lah orang kabor! Gua syak cuaca pesen nih memang menjadi sasaran pendatang asing nak melepak taman depan KLCC nuh. Tapi itu kat luar, gua itu jam sudah berada dalam Midvalley Mega Mall. Hujan ke, ribut ke, panas level sahara ke., gua bukan tahu. Kalu MRR2 runtuh? Lagi la gua tak tahu.

"trekk..trekk.." bunyi hanset kodi gua, tanda sistem pesanan ringkas diterima la tuh. " U ol kat mana tuh? Aminah ( sah! bukan nama sebenar ) dah kat depan GSC ni" begitu lah kandungan mesej aminah. "U ol? u ol jadahnya, gua solo nih. Tengah khusyuk layan berangan beli baju mahal kat RSH ni." getus hati kecil gua. Itu jam jugak gua balas "tunggu situ! aku sampai sepantas kilat!" Sampai saja depan GSC tuh gua dah nampak 3 musibat. Yang 2 orang ni memang gua kenal. Aminah dan teman lelaki dia Ramli ( bukan nama sebenau jugak ) merangkap teman baik gua. Sampai sana gua dikenalkan dengan musibat yang gua tak kenal tuh. Nama dia apa ntah, gua lupa. Tapi gua taruk sini sebagai Kadijah lah.

Pung pang pung pang sembang, kenal runcit², Aminah lantas mencelah "Jom masuk! muvi dah nak start ni. u ol tak nak beli pop corn ke?" huh! Aminah ni gua syak memang pesen u ol la. "Tak into pop corn la hari ni." jawab gua, padahal gua terkinja kinja nak, tapi sen gua tak berapa nak ada. Itu sebab gua berlakon tak nak. "Kita nak tgk muvi apa ni?" gua bertanya. " Kan tadi dah bagitau" sound Aminah kat gua. Ntah bila dia bagitau gua pon tak perasan.

Gua tengok ni crita omputih. Baru saja tayangan bermula. Tiba² gua jadi cenderung nak mencarut. Jadahnya crita omputih tapi itu sari kata tulis bahasa cina? Gua kat messia ni! bukan Shanghai brader! Gua dah la bahasa omputih paham 2 3 kerat saja. Bahasa cina tuh lagi la, gua tahu "lancau" saja. Itu pun gua tak tahu apa maksud. Gua tumpu segala perhatian nak paham ini crita. Crita ni berlaku di zaman yang gadis omputih pakai baju gaun besau kat bawah tuh. Pembesar ke raja sorang tuh gua tak tahu pesen mana, dia berkenan kat sorang gadis nih, padahal dia dah ada permaisuri. Pehtu dia mintak dengan bini dia nak berpoligami. Bini dia tuh on saja. Kasi lampu hijau. Apa lagi, deme 2 tuh kawen lah. Dah adat orang kawen, mesti la ada buat projek bukan? Lepas tuh bini baru dia tuh bunting. Dalam masa bini dia bunting tuh dia tak boleh buat projek la. Apa gila kan bunting² lu nak buat projek. Jadi raja tuh pon berkenan dekat adik bini dia tuh. Gua syak raja ni gersang benar. Hoh! menangis la si kakak tuh. Raja tuh pon buat projek dengan adik bini dia tanpa pengetahuan sesiapa.

"Pap!" tiba² gelap... gelap... gelap.. terus gelap. Bila terang balik gua tengok ada sorang budak perempuan kecil yang orang besar tuh panggil elizebirth. Pastu bunyi musik latar, keluar pulak yang tulis² nama pelakon. Crita nih dah abis gamaknya. Sumpah crita tuh gua tak paham. Tambah pula takdak sari kata bahasa ibunda. Lagi la gua jadi auto tidur. gua syak ada la dalam 40 minit saja gua menonton. Selain tuh wayang yang tengok gua. heh!

"Best la crita ni, girl tuh sangat twisted. I suke muvi nih." kata Aminah. "Tue la, girl tu sangat twisted kan? Kesian dia kena hukum bunuh." Tambah Kadijah yang menyokong kenyataan Aminah tadi. Gua senyum saja sambil berkata "Ok la crita ni. Tapi sari kata cina. Sangat tak bersetuju nih!" Padahal dalam hati gua " Jadahnya crita nih. gua haram tak paham. dalam banyak² bintang gua petik setengah saja. nih pon tak eklas."

Tadi pagi gua bangun tiba² gua teringat crita ni. Jadi gua berencana nak jugak donlot. Tengok lagi skali. Tengok dalam kompiter ni pesen buleh rewind². Kalu tak paham gua rewind, tak paham lagi gua rewind. Tapi rewind part yang gua tak paham saja! Bukan nak rewind part dia buat projek weh! Masalah sekarang bukan gua tak boleh nak donlot, gua punya kelajuan jalur lebau 1.5MBps. Setakat nak donlot 1 crita tuh selamba saja. Tapi masalahnya gua sampai sekarang nih haram tak tahu apa tajuk crita yang gua tengok 3 bulan lalu tuh!

Friday, November 14, 2008

Gua Jadi Cenderung Memaranawei Orang Bila Suhu Badan Gua Melebihi 37 Darjah Celcius

Sedang gua menyetting bag galas gua dah berat 6 Kg ni. Tiba² gua melihat 2 orang kanak² yang gua syak dosa yang jelas ditanggung oleh orang tua menarik narik bag galas "travel buddy" gua seolah olah meminta belas kasihan. Tanpa sempat pun "travel buddy" gua tuh merespon terhadap tindakan anak kecil tuh, seorang polis datang menghalau anak kecil tersebut dengan gaya meyepak saja tanpa ada sekelumit rasa belas kasihan. Dia punya gaya sepakan, peh! gua syak ini polis ada tuntut ilmu silat sampai level 7 jugak. Kalau lu orang berada di situasi "travel buddy" gua tu, lu rasa kesian dekat kanak² yang masih hijau atau lu rasa gembira sebab encik polis itu menghalau kanak² terbiar dari menggangu lu?

Cilakak! itu jam mata gua jadi cenderung nak berkaca. Jadi untuk mengelakkan dari dikesan oleh "travel buddy" gua, gua buat² tengok map kota jakarta. Kantoi kalu, memang gua kena gelak brader!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah 4 hari suhu badan gua ni melebihi 37 darjah celcius. Menurut sejarah kesihatan gua, gua memang dah lama tak mengerjakan ibadah demam ni. Yang gua ingat, true demam gua tahun 2001. Sampai level gua kena jumpa itu doktor kat klinik. Gila tak Mark Dacascos demam pun pegi klinik. Sumpah gua cakap memang gua tak selesa sekarang ni. Scene makan gua tak into. Klu offer Pizza Hut pesen cheese 3 inchi tuh pon selamba saja gua kuis pakai jari kaki tanda menolak. Scene mandi pon gua layan runcit² saja. Apa gila gua tak mandi 4 hari kan? Gua ni kat Malaysia, bukan Switzerland. Scene jalan²? Toksah mimpi la. Klu gua keluar, suhu badan gua dah 39 darjah celcius, suhu bandar melaka nih pulak mau 38 darjah celcius, klu tambah dua dua tuh. hah! tak ke demam tahap 7 gua nanti. Scene berinternet pon gua layan² ayam saja. macam nih!



Wednesday, November 12, 2008

Backpacking Tuh Backpacking Jugak, Tapi Jangan Sampai Lu Makan Gulai Kulit Lembu Brader!

Ni pertama kali dalam hidup gua mengerjakan kontrak berbackpacking ke negara asing. Gua ni pesen gatal nak berjalan tapi poket gua haram tak tebal pon. Oleh yang demikian gua pon memilih cara backpacking saja. Backpacking ni pesen daif sikit weh! Apa crita gua naik kereta api 11 jam dari Jakarta ke Yogjakarta haram tadak kipas, air cond tuh lu jangan mimpi lah brader. Kira layan angin yang dok masuk ikut tingkap saja. Tuh belum kira kerusi haram tak empuk. Boleh kematu bontot gua. Tapi gua tengok ekskutif punya class, peh! memang solid! air cond sejuk! Yang paling gua cemburu nih, siap ada pramugari. Level cantik pramugari tuh toksah nak kabor la. Memang true punya level sinetron.


ni tempat gua brekfast kt bandung. Gila sinetron!

Antara Jakarta, Yogjakarta dan Bandung ni, masing² ada kelebihan tersendiri. Lu pergi nanti lu tahu la macam mana.


sampai juga gua ke Candi Borobodour akhirnya.

Selepas gua mencedok kuah tersebut gua pon bertanya pada ibu yang berniaga " buk, emangnya ini kuah apa ya?" Ibu tuh menjawab dengan nada lembu. "Owh.. Ini yang namanya kulit sapi. Harus coba. Enak bangat ni!" Peh! itu jam juga gua jadi tergamam. Tiba tiba saja gua jadi auto nak muntah. Tapi gua cekalkan semangat. Kuah gua dh cedok, apa crita ni? Nak tak nak itu hari gua menelan kuah kulit lembu. Ini pengalaman gua yang palem ngeri kat sana nuh.


ni le kedai yang ada kulit lembu tuh. uih! ngeri gua!

Setelah lame gua memasang azam nak pegi tengok itu kawah gunung berapi, akhirnya berjaya jugak gua sampai kat Tangkuban Perahu. Tempat ni memang solid. Sejuk semacam dekat Cameron Highland tuh. Tapi dia up lagi sikit la. Kat sini kena tahan hidung bau sulfur. Gua sampai sana tuh risau jugak, dibuat menda alah tuh meletup, tak ke haru gua. Memang tak cukup kelajuan la nak lari.


lu brani lu trn bawah tuh weh!


gua ada jugak pasang angan nak duduk sini.
sini memang damai solid!

hah! Bagi mengelakkan tembakan rambang berlaku kat gua, ini gua tapau khas buat en. Rahimin dengan brader Poyotito`s. Lu orang kongsi² sudah. Jangan dok kelahi. heh!


nama dia apantah gua lupa.
panjang sgt, tapi panggil saja
Rara.

Monday, November 10, 2008

Lu Ingat Naik Kapal Terbang Tuh Semacam Naik Bus Balik Kampung Ke?

Lepas saja gua tahu tiket kapal terbang gua telah dibeli oleh member gua yang masa tuh gua tak kenal pon, gua mula jadi auto senyum. Perasaan teruja tuh dia mari semacam saja. Bila dah teruja tak tentu pasal ni gua mula la terkinja kinja. Gembira gua nak kabor. Baru pertama kali nak naik mende alah terbang ni. Dah tengah auto senyum tuh gua terus turun bawah nak kabor berita gembira gua kat osmate² gua yang tengah syok layan Animal Planet kat TV556. Sebelum gua kabor sempat lagi gua dengar orang Animal Planet tuh cakap singa laki ni pesen pemalas cari makan. Tapi dia champion bab buat projek, singa laki afrika buat projek sehingga 50 kali sehari. hoh! satu rumah gelak! haha~ Minum tongkat ali 5 jag sehari gua syak ni.

"Nanti 1.11 ni lu boleh anta gua kt LCCT dak? gua nak pegi indo. kapo terbang pukul 630 petang." Kata gua dengan muka penuh auto senyum. Member gua muka tak berapa nak ikhlas menjawab "Boleh saja. Kul 3 gerak cun la tuh." "Lancau lu nak gerak pukol 3. Semangat benar nak hantar gua. Kita tengok wayang ke apa lu kat Midvalley nuh. agak² kul 5 kita gerak. Sampai pukul 6.30 ke gua terus naik. Tak ke cantik timing gua setting tuh." Tiba² gua reply dengan nada tak setuju. "Kepala jubo lu. Lu ingat naik kapal terbang tuh semacam naik bas Transnasional yang lu naik nak balik kampung ke? Kapal terbang nih pesen kena check bag bagai. pungpangpungpang" Bebel dia kat gua.

Cilakak! malu gua. 1 rumah gelak kat gua macam deme tuh gelak kat singa laki tadi!

Tuesday, November 4, 2008

hoh! Gua Tak Pasti Kenapa Gua Tiba Tiba Muncul

Salam ya teman² blog di Malaysia. Gw lagi di Yogjakarta ni. Gw di sini baik² ajda. Emangnya kamu di Malaysia gi mana? Pasti baik² kan? Yang pastinya capek bangat liburan gaya backpackers ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Cilakak! gua gigil bai tak pegang ini kibod 3 ari. Nih jumpa tenet kat yogja gua rasa nak menangis terharu. Pikir² balik nak gigit kibod pon ada. Kan nanti ada yang gua kena pukul dengan orang pusat kompiter berinternet ni. heh! Tapi gua sebenarnya nak check email saja. Tengok gimana bisnes gua di wilayah berkod +60 nuh. Nih anggap saja gua tersasar. Lari dari konsep idup malam nih. Dah², gua nak pergi liburan ama Dian Sastro wordoyo nih. haha~

Friday, October 31, 2008

Rumah Gua Bukan Pesen Letak Pinggan kat Atas Bumbung Tak Tentu Hala

"Li, clear dah?" tanya gua kat adik gua. "Tak lagi, kanan sikit.. haa.. atas pulak, sikit lagi ni. benti²! cantek! terang benar ni." Balas adik gua. Boleh jugak gua tengok sinetron Sitti Nurbaya dengan clear akhirnya. haha!

Aerial TV rumah gua ni pesen cucuk dengan dawai saja kat blakang tuh. Pastu tepek kat dinding dengan soletape lepas jumpa line clear. Tuh nak tengok TV3, kalu gua gatal nak tukau TV1, kena ejas lagi. Kalu tak ejas kan penuh la semut kat TV1 gua tuh. Kadang tuh berlaku jugak kes hilang sabar bila sedap² gua layan movie kat TV2, soletape yang gua buat tepek dawai kat dinding tuh gatal nak buat hal tertanggal. Memang hangin bai. Gua tak bohong. NTV7? TV8? TV9? hoh! lu jangan mimpi. Penuh semut kat TV² tuh. Tambah pulak dengan bunyi "sssssstt". Gua syak sambung dawai 10 meter pon haram tak dapat.

Tapi Gua tengok aerial rumah Mak Tengah tuh cantek jugak. Dia bukan kategori pinggan ASTRO tuh. Nih pesen yang tinggi nun kat atas bumbung, lepas tu kat atas tuh ada menda alah yang cabang² macam tulang ikan. Peh! memang clear gaban jugak gua syak. Silap² TV philipina pon dapat, tiap² hari la tuh boleh layan drama Pangako Sayo. Dapat TV indonesia pon kira ok sangat dah. Boleh melayan sinetron siang malam. Ini macam kalu, gua potong dawai pastu sambung masuk rumah gua cantik jugak. haha!

NotaDarabDua: Bermula malam nanti gua tidak mampu mengerjakan kontrak memblog selama 10 hari, gua nak membawa diri ke wilayah berkod +62 secara menggalas beg. Kat sana jangan harap gua nak bertenet. Apa gila gua pegi jauh² pehtu dok lepak pusat kompiter berinternet siang malam layan blog. Tak ke huduh perangai tuh?

p/s: Ari tuh gua jadi teruja tak tentu pasal. Tapi sehari dua ni dia jadi dok berat ke cuak. Debor pon datang lain macam saja. cilakak!

Thursday, October 30, 2008

Gua Terjebak Dengan Industri Tag Mengetag Pulak

Tadi gua baru dressing nak pegi kedai gunting rambut. Tapi sebelum keluar sempat lagi gua menyinggah depan kompiter. Memang betul bahaya punya penyakit blog ni. Asal nak pegi mana² mesti kena singgah depan kompiter. Gua tahu, ada sesetengah kes tuh, tengah cirit tahan berak pon nyempat singgah blog. heh! Ini gua syak dah masuk kes parah benar. Ini lagi satu hal, gua bukak tengok laman titikfarahtitik, tiba² gua nampak nama gua tertera dilaman itu. Gua kena Tag bai! Ini gua dengan rela hati mengerjakan kontrak tag yang beliau serah kat gua tanpa ada memorandum persefahaman. Kan tangguh nanti ade yang mula tak puas hati hantar santau angin, tak pn merusuh tak tentu hala. Paling ringan pon mengata ikut komen nanti. haha!

Ni syarat je. kalau nak licik boleh saja. heh! :

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


Nih gambau gua. Sebelum keluar beberapa bulan lalu.

Sembang banyak tak guna. Turn gua pulak, Gua nak tag semua yang dekat Slot "Gua Tengok". Yang tepi belah kanan lu orang nih. Nampak ke idak? hah! Tamak tak gua?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cilakak! Dah ramai yang merusuh rupanya. Gua baru balik nih! Nah! amik nih. Gua kasi yang terbaru punya. Beberapa minit yang lalu. Titikfarahtitik tuh pekena dari tepi gua nak dari atas le camnih!




Wednesday, October 29, 2008

Proton Saga Tuh Kereta Buatan Malaysia Yang Pertama

"Pit!!! Pit!!!" bunyi hon yang gua keluarkan sendiri dari mulut gua. "Cik ma nak tumpang ke, saya nak pergi pasar ni." Gua menegur mak sedara gua yang kebetulan ada di tepi jalan. "Takpe la. Ada keje nak dibuat ni." Sahut mak sedara gua. "vroomm...vroomm.." gua meneruskan perjalanan. Tudung tupperware paling besau gua jadikan stereng. Kusyen dari kerusi rotan tuh gua amik 5 keping. Susun 2 depan. Satu seat pemandu yang gua duduk. Lagi satu seat penumpang. Lagi tiga tuh gua susun kat belakang untuk penumpang. Kereta jenis proton saga ni muat 3 orang kat blakang. Macam celaka! permainan zaman pra matang. True punya gua pra matang.

Tuesday, October 28, 2008

Baru Gua Tahu, Rumah Terbuka Kategori Apa Tak Penting. Janji Menu Solid Padu

Memang tak lari dari syak wasangka gua, rumah terbuka deepavali yang gua terjah semalam memang menyediakan makanan melayu asli. Nasib bukan makanan dari kategori eksotik. Kalau tak, dapat merasa sup tangan beruang lah gua semalam. Apa hal pun, dia punya makanan, PEH! solid dewa bai. gua haram tak menipu nih. Sampai² gua dah pekena sirap bandung. Tuan rumah dah mula langkah suruh gua tibai roti jala. Memang lazat, pekena pulak dengan kuah ayam tuh. Gua tap 3 keping saja, ikut hati memang gua nak tap 5 skali. Tapi kan kenyang, strategi makan banyak kena follow brader.

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal orang cakap, abis saja roti jala tuh, gua dengan gaya malu² tibai mee goreng. Tengah syok gua menuba gaya sipu², ada dua gadis datang."Comel² jugok ore klate ni" getus hati gua. Gua syak teman tuan rumah ni. Tapi sekarang gua tengah tuba mee goreng ni! Ini yang buat kosentrasi makan gua jadi tak berapa balance. Gua kalau pesen ada gadis tak berapa kenal join gua menuba nih, gua jadi auto malu. Selera tuh terus susut lain macam. Dia jadi nafsu tuh berat ke makan lagi, tapi mata dok berat mengusha. Tak ke menyelam sambil minum air kata peribahasa. Orang kompiter cakap multitasking. Susah bai nak handle.

Apa gila gua nak melantak gaya 2 hari tak makan depan gadis. Nanti mula menjadi buah mulut kat belakang, paling canggih pon pakai mende facebook buat mengata. Tak pon ini macam "Mamat ni aku tgk melantak macam 2 hari tak makan kat umah member aku ari tuh" kata org itu kepada orang lain ketika ternampak gua di mana2. Tak ke jatuh reputasi tuh?

Mee goreng gua settle macam tuh saja. Lepas tuh gua pekena pulak apa nama ntah, menda alah yang ada jelly petak2 yang semacam nata de coco tuh. Solid bai mende alah ni. Rasa dia jauh lagi sedap dari pizzahut jenis cheese lebih. Memang kena makan lepas tuba makanan berat. Gua syak ni makanan kategori pencuci mulut jugak. Sambil² makan tuh gua sembang pung pang pung pang dengan gadis² tadi. Saja gua buat² mesra alam, sedikit sebanyak boleh tutup scene melantak gua tuh. haha! amcam? licik tak?

Tengah gua syok sembang sambil makan tadi tuh, tiba² tuan rumah keluarkan satu hidangan ni. Ini dah masuk level orang tido di selimutkan selimut aussino. Bukak saja tupperware tuh, PEh! tengok pon gua dah tau ini sah solid dewa punya. Mulut gua pungpang pung pang sembang, tapi hati dengan mata gua memang dok aim mende tuh dari tadi lagi. "ish, takkan gua nak wat starting ni, malu gua macam ni" bisik gua sambil tangan gengam sudu tak sabau nak tuba. Lama jugak gua tunggu, tiba² salah sorang gadis tuh tap mende tuh. hah! auto senyum la gua, terus gua tap jugak. Memang betul la, ini menu padu punya. Dia punya isi kandungan ada buah yang solid², semacam puding ye jugak, tapi gua syak bukan puding. Paling mengiurkannya ada eskrem kat atas. Gua tanya 2 kali tuan rumah nama apa mende tuh, dia ada sebut, tapi gua lupa tambah pulak tak reti nak sebut tapi semacam ada bunyi.."fel" kat blakang sket. Aaahh.. nama tak penting, janji gua dapat tuba. Banyak tak banyak la gua tuba, tapi penuh jugak satu gelas tuh. heh!

Makan tuh makan jugak, tapi pungpang pungpang gua tak letak tepi. Kan gua senyap nanti ada yang tuduh gua makan tak ingat dunia. Settle tuh, gua nampak pulak mende lagi satu. Yang ni gua ingat nama. Sebab nama betul punya melayu. "Puding diraja melayu asli". hah! sapa pernah makan? Boleh tahan solid mende ni. Ini first time gua jumpa mende ni. Kandungan dia ada pisang, dan beberapa lagi ramuan lain, pastu menda semacam bihun, gua pon tak tahu apa ni. Janji solid, makan tak cirit or die.

pung pang pung pang, siap makan siap sembang. Gua buat closing dengan air sirap badung lagi segelas. Memang tak silap gua tak makan pagi tadi. Tapi gua betul punya berlakon mesra tadi sampai nama gadis² tersebut pon gua tak tahu. haha!

Tapi mana maruku? vadai? kari kepala ikan? tosei? Ntah² gua silap rumah ni?

Tuan rumah tuh, menu memang padu, dapat buat lagi raya aji, raya krismas, taun baru, memang terbaik!

Monday, October 27, 2008

Rumah Terbuka Deepavali Yang Gua Syak Makanan Dari Kategori Melayu

Hari nih gua ada rumah terbuka deepavali weh! Nih pertama kali jemputan rumah terbuka kategori deepavali sampai kat cuping telinga gua! Selalu aidilfitri dengan gong xi fa cai saja. Dari pagi tadi memang gua plan tak melantak pagi² sebab kat scene rumah terbukak nanti gua nak tibai betul punya level rumah terbuka. licik tak? Gua ingat pekena makan sampai kenyang 2 hari cantik juga tuh. Gua syak kalau tuan rumah baca entry gua ni mau tutup pintu pagar ptg nanti. Silap² taruk nota kecil tertulis " kami bercuti ke eropah 2 minggu ".

hoi Santhanam! bila lu nak buat rumah terbuka ni?

Saturday, October 25, 2008

Slot Samarinda Tuh Selasa Sampai Khamis Saja

Neraka pada jiwa yang sia sia.
Neraka pada sabda yang tiada pernah dikota.

aaah.. kepala gua dah start terhangguk hanguk macam ahli kumpulan tabligh dok berzikir. Mata gua mula sepet semacam orang negara matahari terbit. Kan bagus kalau gua ada bilik macam dalam slot samarinda tuh. Sambil menaip sambil baring atas katil. Bila mengantuk, gua tarik saja selimut tebal jenama aussino bertilamkan vono. Tangan kanan menekan alat kawalan jauh. "tett.. tett.." gua setkan penghawa dingin pada suhu 15 darjah celcius. Tangan kiri pula mencapai suis lampu tidur. "tap!" Bilik tidur gua makin lama makin gelap. Lampu jenis canggih ni dia tak terus gelap gelita. Owh.. gua lupa setkan jam di atas meja sebelah lampu tidur tadi.. "tiit..titt..titt" jam digital itu gua set. Peh! memang solid kalau macam ni. Tapi sekarang, nak tidur gua kena bangun tutup lampu, pulas suis kipas jadi nombor 5, gua kena bangun shutdown kompiter, gua kena carik nset nak set alarm. Tak ke kacau selera tido gua. Kalau lah gua samarinda..

Thursday, October 23, 2008

Gua memang anti aktiviti melangsir

Tengah syok gua baca NST online kt depan pc ni, tiba² perut gua memulas lain macam. Dia semacam telan julat o` ais tiga gelas jugak la. Gua syak kak midah taruk julat la dalam nasi berlauk pagi tadi. Ni yang buat gua hangin nih! Lantas gua berlari ke bilik sebab nak pekena uniform ke jamban. Tengah tiptop gua bukak langkah pecutan cabaran pulau perhentian ari tuh, tiba²..

"PANG!!!" suasana senyap 2 3 saat. "erk!... sakit duhhh.." Otak gua tetiba jadi tak produktif nak mencarut. Dia punya pening tuh gua ingat macam pekena tuak masam tapi berat ke telan panadol activefast lagi rasanya. Ini yang gua tak berapa nak setuju dengan aktiviti melangsir di wilayah pintu bilik atau mana² wilayah pintu yang gua guna untuk lalu lalang. Mana lah gua tahu status pintu tuh terbuka ke terutup. Gua main lalu saja, setahu gua memang pintu bilik gua haram tak pernah berstatus tertutup.

Sekarang habis pecah selera gua nak ke jamban. Perasaan sakit perut ntah ke mana pegi. Kepala gua pon dah mula benjol macam kartun tom and jerry bilamana jerry kena tibai dengan kayu besbol. Nih kejap lagi sape nak tolong gua masak sup tulang? kain bertimbun tuh sape nak pegi jemur? Mood gua nak pergi pasar malam petang nanti dah mula kabur. Apa gila gua nak pegi jenguk awek UITM kat pasar malam dengan kepala benjol macam ni. Nanti mula la kena tuduh gua bergaduh dengan isteri kat rumah. Tak ke menambah keharu biru tuh.

cilakak! sakit juga langgar pintu kayu nih dengan kelajuan atlit triathlon!

Wednesday, October 22, 2008

Cabaran Pulau Perhentian 2008

ku lari ke pantai kemudian kepenatan
ku lari ke laut kemudian kelemasan
ku lari ke hutan kemudian kepancitan
atau aku harus ke khemah lantas ketiduran?

Tuh le story trek cabaran pulau perhentian 2008 beberapa hari nan sudah. Dia punya penat memang champion! Berombak ombak dada gua bernapas, nasib jantung melekat lagi dalam dada. Gua ingat kalau lari lagi 2 jam boleh muntah jantung. Minum Gaviscon tuh pon tak boleh hilang dia punya penat. Gua sendiri pon tak tahu macam mana gua terlibat dalam scene berlari kategori tegar nih. Gua nih bukan la atlit mahupun ahli sukan. Futsal pun gua tak main, bola sepak yang kt tengah padang tuh jauh skali la. Gua ni sekadar peminat sukan runcit2 saja. Tapi yang gua terhegeh hegeh terlibat dengan scene berlari ni pasal apa?

Tapi gua tengok orang atlit jenis ni boleh tahan dia punya pelik. Ada yang makan cokelat power bar tuh macam makan nasi. Peh! memang selera lain macam gua tengok dia melantak. Sampai menjilat plastik pembalut. Tapi malam tuh takde pulak gua nampak dia naik pentas ambik hadiah. apehal? tak mujarab ke power bar lu brader? heh! Tapi jangan terkejut, ada sesetengah kes tuh gua tengok kencing pon sambil berlari, tangan pulak galak tunggang air RedBull. Gua syak ni kes takut kena potong dengan atlit yang lain. Tegar benar brader kejar hadiah.

Kesan sampingan daripada scene cabaran pulau perhentian, ibu jari kaki belah kanan gua cedera tak berapa nak parah, kaki kiri gua melecet. Gua ingat kaki gua gagah level Rambo. Itu yang berani lari tak pakai stokin. Gua tak berapa nak story pengalaman sepanjang perlumbaan. Bukan gua pemalas, tapi semua pengalaman yang gua harungi haram tak manis langsung, semua dok berat ke tragis saja. Memang betul punya tragedi oktober.

Jangan tanya gua dapat nombor berapa. Tapi tanya gua, "Lu abis tak perlumbaan gampang ni?"

notadarabdua: kepada mamat ghana yang menang tuh, taun depan lu masuk lagi gua nak pukul curik dari blakang. tak nak kasi lu menang! haha!

Thursday, October 16, 2008

Kompleks membeli belah di wilayah gua

6 tahun yang sudah

"ko rasa boleh makan tak buah ni?" mulut gua bertanya kepada tuan guru sambil tangan menjamah buah epal di tanah perkuburan cina pada malam itu.

Nanti ada kelapangan gua story la kisah duka ni.

Selepas upacara hujan lebat di tempat gua berhenti, gua terus start jentera yamaha R1 berkuasa rendah ni untuk ke salah sebuah pusat membeli belah di wilayah gua. Niat gua ari ni nak beli selai baju cantik! untuk pakai 1 november nanti. Raya itu hari kewangan gua tak berapa nak membenarkan gua nak beli baju cantik. Sampai saja gua terus parking di tanah halal. itu hari gua kena saman dek polis diraja malaysia sebab parking ikut suka macam abah gua punya tanah. Cilakak! punya polis, motor pon nak saman parking kah?


Mula² gua masuk kedai bernama World of sport. Tgk menarik gua pon cuba. Memang cantik! menarik lagi menawan. Skali gua tengok harga. Peh! luar dari wilayah mampu. Gua masuk pula ke kedai bernama adidas. Memang ada berkenan selai tuh. cantik. harga pon gua ingat boleh la, duit peruntukan tambah pulak potong makan malam gua 4 hari. Gua cuba, tapi tak padan. Gua mintak saiz M. "Saiz M dah habis la dik." Peh! memang bkin gua menyirap sunggoh la kedai kat sini. Baik tak payah bukak. Duduk rumah layan tomtombak gua ingat lagi menarik.

Gua meneruskan perjalanan pulak ke kedai jenama Al ikhsan. "kalau takda jugak aku bakar kompleks membeli belah nih" setan gua dah mula bergetus. Gua kerling kiri kanan mencari baju cantik. Hah! jumpa, cantik lagi dari 2 kedai tak guna tadi. Gua dah mula auto senyum dah ni. Tengok pulak saiz M. Memang saiz orang asia ni. bertambah tambah la gua punya auto senyum. Gua masuk bilik mencuba pakaian. Peh! memang ngam! ini baru nama dia baju cantik! Gua pon keluar dan dengan konpiden gua berkata " kak, yang ni la." "Yang ni last piece, so, ada apa² lagi yang nak ambil? Lebih 100 in single receipt boleh dapat hadiah." gampang! itu jam memang gua ingat nak bakar saja kedai al ikhsan. Apa gila gua nak beli display set. Ntah berapa jenis orang cuba. Tuh belum kira dari pelbagai kategori. Dari kategori kurap sampai la kategori kayap ular. tak ke seram tuh. Apa nih? Dengki sunggoh dengan gua. Bukan selalu gua nak terlibat scene membeli belah ni.


10 minit lepas tuh gua dalam perjalanan ke jentera yamaha R1 bermuka bengis sambil tangan memegang plastik bertulis 'Al-Ikhsan'. Tapi apahal gua pegi beli seluar tight paras buku lali yang ada tali boleh sangkut kat tapak kaki jenama Diadora tuh?

p/s: kepada gadis kedai crocs semalam. senyum lu memang manis. senang² nanti gua sms lu orait


notadarabdua: gua tidak mampu mengerjakan upacara online selama 5 hari kerana gua harus mengerjakan ibadah bersukan di tempat yang line telefon pon tak berapa nk terang. Internet lu jangan mimpi la brader! heh!

Wednesday, October 15, 2008

Pengalaman pertama gua menelefon gadis tahun 1998

Minggu ni bukan cuti kelepasan am, cuti awam mahupun cuti hari raya. Tapi Noraini ( dekat² nama sebenar dah ni )tetap balik kampung. Tadi petang gua tengok abah dengan mak dia datang amik. Gua syak mungkin ada hal kekeluargaan tuh.

Untuk rujukan bersama, Noraini ni gadis sekolah gua yang gua tangkap cintan. Orangnya cantik. Kulit cerah, senyum manis, cakap pon lemah lembut tersipu sipu malu agaknya. Disebabkan gua duduk kelas tak berapa nak pandai, Noraini pulak duduk kelas agak pandai, maka program mengorat gua tak berapa nak jalan. Lagi satu hal yang memang gua tak setuju, sekolah gua ni cukup tegas bab percintaan ni. Tak urban langsung pengetua sekolah gua. Ada senior gua tuh kantoi surat cintan, ustaz Hisham baca pakai mikrofon kat surau masa takzirah maghrib. Peh! memang gerun la. Kalau gua kena kompem gua tarik diri dari sesi persekolahan.

Noraini ni memang menjadi rebutan jugak kat sekolah gua tengok. Ramai saja yang nak masuk line. Contohnya hafiz budak class pandai benar tuh, piji budak bola tampar, kamal bwp dan beberapa lagi kutu lain termasuk gua. Jangan tak tahu, ramai² kutu ni gua saja yang noraini layan. Satu hari sebelum cuti semester 1 tuh noraini pernah pass kat gua no telepon rumah kat gua. Dia cakap "senang² awak telepon la saya." peh! itu jam jugak gua cair, debor lain macam datang, mula kucar kacir tak tentu pasal. Masa tuh bukan zaman henpon lagi. Rumah gua pon takdak telepon.

Berbalik kepada cerita tadi. Dah Noraini balik kampung, gua mula jadi kucar kacir sikit. Makan gua mula tak berapa nak selera, main takraw pon gua lipat tak berapa nak tajam. Gua masuk bilik tv tengok. Tekan tv1, pastu tv2, tv3. Gua tukar pulak channel siam, siam 3 dengan 7. Cilakak! haram takdak 1 channel pon tunjuk muka Noraini. apa crita?

Itu malam gua nekad nak telepon Noraini. Gua setup nak telepon lepas isyak. Kena telepon malam, baru romantik gua ingat. heh! petang tuh gua dah start kutip syiling, pungut punya pungut dapat jugak 80sen. Semua gua kutip kt bilik member² gua kat bawah katil. Gua kalau scene tekel menekel gadis ni memang debor mari lain macam saja. Badan pon dia peluh tak kira situasi.

Saat yang dinanti telah tiba, debor gua makin kuat. Tangan gua pon sejuk lain macam saja. Gua angkat gagang tuh, gua tgk kat skrin tertera "sila masukkan syiling". Lantas gua masukkan 10sen. sambil tengok nombor telepon rumah Noraini kat buku 555 gua merangkap buku hutang dan buku telepon. tet, tet, tet,.. gua tekan satu per satu no rumah Noraini. Pastu bunyik plak, tutt tutt.. tutt.. tuutt.. heh! ini sudah bagus. line dah masuk!

"haa.. nak cakap dengan siapa?" tiba² ada suara tegas bunyik. peh! suara dia gua ingat lagi ganas dari ketua komando 69 angkatan tentera diraja malaysia tuh. Itu jam jugak jantung gua semacam nak gugur. Nafas pon tak berapa nak keluar ikut hidung , dok berat keluar ikut mulut dah. Mengah gua syak. Tangan gua tuh toksah cerita, gigil dari tadi. Nasib baik gua bukan dari kategori jejaka sawan.

Situasi gua yang kucar kacir tuh buat gua jadi auto jawab ini macam.
"Harap maaf. Nombor yang anda jawab tiada dalam perkhidmatan kami. Sila cuba sekali lagi. Terima kasih."terus gua letak gagang. Gua ingat nk buang saja telepon awam tuh.

Tuesday, October 14, 2008

Semalam gua jadi auto senyum satu hari

Semalam gua jadi auto senyum satu hari sebab gua dapat tau nama cewek yang dok lalu siang malam depan rumah gua. Dah lama gua dok usha cewek ni. memang solid. nih bukan kategori bibik, nih dah masuk kelas pelakon sinetron tuh. Gua ingat level Ravelina S temat jugak. Tapi dia berat ke Nia Ramadhani sikit. Nama Gilang Kencanasari. Peh! lain macam bunyi.

Gua ingat petang ni dia lalu depan rumah gua, gua nak menayanyi cam ni.
"gilang si paku gilang! gilang!
gilang si rama rama,
pulang mari la pulang, mari la pulang bersama sama"

lu orang syak dia tangkap leleh tak? Osmate gua pon dah ready nak jadi back up singer.


Saturday, October 11, 2008

Lagenda Tuan Guru Terbang Episod II

Perut gua dah tip top. Seperti yang gua janjikan, nih dia penyudah cerita semalam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

15 minit perjalanan, kami pon sampai ke kedai Tok Mek. Kuli Tok Mek dah tau gua ngan member gua budak terbang, jadi kami memang ada meja khas kt blakang. Apa gila nak duduk depan meja cantik siap ada lilin nun. Dibuatnya cikgu Kadir ketua warden datang, Kompem gua kena silat cekak. "Banyak order malam ni?" Tanya kuli Tok Mek kat gua. Gua senyum lebar sambil tangan meraba poket nak kasi kertas order kat kuli Tok Mek, skali tak jupa. Dah, gua dah start haru. Tuan guru dah pandang gua lain macam. Gampang! Sekarang ni sapa nak jawab, gua punya kertas order dengan duit² skali tertinggal kat dalam poket baju melayu yang gua pakai pegi smayang tadi! "Bengong parok la nate nih!" marah tuan guru. Marah sunggoh tuan guru kat gua itu malam.


Setengah jam lepas tuh, sedar tak sedar gua dengan tuan guru menyelinap masuk dewan makan. Gua belanja tuan guru ais krim bekas jenama kancil perisa vanilla. Gua amik satu kotak besar tuh. Special untuk tuan guru. Ye lah, barang tgh panas, kena kasi sejuk sikit. 1 kotak ada 24 bekas aiskrim. peh! meleleh leleh hidung gua nak perabih ais krim malam tuh!

Friday, October 10, 2008

Lagenda Tuan Guru Terbang Episod I

"Aku ada projek mega malam ni. Start je kuliah maghrib ko amik order. Pukul 10.20 tepat tunggu kat kerusi batu blakang blok C." Arah tuan guru terbang kat gua. Gua kalau mendapat arahan tuan guru memang semangat patuh mari lain macam saja. Kalah peratusan patuh gua kat cikgu matematik tambahan. Lu nak mati apa, durhaka kat tuan guru.

Start saja ustaz Yusri ( nama tak berapa sebenar ) bg salam kuliah, gua memulakan misi kutip order. Buku garis banyak merangkap buku tazkirah tuh gua koyak selai, buat garis kat tengah. Belah kiri jenis order yang belah kanan pula untuk nama dan no. bilik. Peh! rezeki dalam surau orang kata, itu malam gua mendapat order yang tak kurang meriah. Dah macam kak senah belakang rumah gua dapat order projek biskut raya. Bukan nak riak dan takabur, itu malam gua mendapat order 12 bungkus makanan dari kategori mee hingga la nasi goreng pattaya. Itu baru nasi, rokok pulak 13 bungkus dari jenama malboro sampai la ke dunhill. dari pack 7 sampai la pack 20. Itu jam juga gua nampak kaset greenday : shenanigans dalam gengaman outing hujung minggu ni.Dah lama gua aim item ni, minggu lepas gua lepak kedai kaset apek tuh dia cakap kalau beli awal dapat poster besar. Edisi special katanya. peh! meleleh gua dengar. Bakar line sungguh ah fat tuh.

Nak buat jenayah ni debor dia datang lain macam. Lepas isyak tadi gua dah start debor. Gua usha jam dah pukul 10. Peh! makin debor gua ni. Gua start setup dressing uniform rasmi flyers malam itu. Bermula dengan baju hitam lengan panjang adidas. Yang ni gua beli kat Rantau Panjang. Dia punya hitam memang solid. Sesuai dengan jenayah waktu malam. Seluar pulak gua pekena trek hitam yang selapis tuh. Beli kat pekan sehari temerloh nun. Nak mendapat grip yang lebih untuk tujuan berlari, nak tak nak gua terpaksa pekena K-swiss bundle. RM12 saja tapi dia punya perfomance, peh! terbaik dari ladang.

Jam 10.20 tepat gua sampai kat tempat dijanjikan."Bodo mung lambak!" marah tuan guru kat gua. Rupanya jam tuan guru dah 10.23. cilakak! jam gua baru 10.20 kot. Nasib baik tuan guru, kalau orang lain dah lama gua ong bak! Pung pang pung pang tuan guru bagi taklimat status keselamatan malam tuh. Gua dengar dengan patuh, apa gila lu nak betah tuan guru. Dalam jenayah penerbangan gua malam ni ada lagi sorang kutu yang terlibat, Faruq ( nama manja ). Faruq ni baru saja nak berjinak jinak dengan dunia penerbangan. Taklimat settle kami gerak. Untuk sampai ke destinasi kami, dia punya laluan mmg champion susah. Gua ingat kalau buat trek trialthon memang sesuai. Dimulakan dengan semak blakang sekolah gua, melewati pagar belakang IKM, merentasi kubur cina, disusuli kebun sayur berpenunggu anjing level K9, lepas tu perumahan cikgu sekolah gua plak. Baru sampai gerai bernama Tok Mek. Untuk rujukan bersama, gerai Tok Mek ni pernah menjadi persinggahan Jalan² cari makan. Gua sendiri tengok kt tv3. Cuaca malam tuh memang cantik. Cahaya bulan tengah hit. tak payah susah² bawak lampu suluh. Ini yang gua cukup respek tuan guru. Dia punya experience tahap lengan beurat. Pandai sungguh setup time.

notaflyer: nnt gua sambung, gua sakit perut ni dah 3 kali masuk jamban. cilakak! apa brader malam tadi bubuh dalam nasi goreng ayam gua. Mahal satu hal. buat gua menyirap saja!

Wednesday, October 8, 2008

scene raya III

Ari ni baru raya ke 8, gua masih lg nk berstory pasal raya. Bukan apa, otak gua masih lagi dok ingat almond london. Nak bukak story lain gua mmg tade mood langsung.

Kalau musim perayaan era 90 an dulu keluarga gua memang tak beli ayam kat gerai ayam. Tak kira la gerai ayam pak da ke, gerai ayam jaki mee ke. Bukan tak nak kasi tokey ayam tuh kaya, tp zaman gua pra matang dulu en. Bakeri ni ada bela ayam kt area rumah. Secara tak langsung mmg gua dengan abg gua unit menangkap ayam. peh! tangkap ayam bulan pose. dia punya penat mmg champion. Gua cukup membara dengan ayam kampung sbb dia punya tahap kelicikan lain macam. Tangkas, cekap dan betul. tersungkur sungkur gua nk menangkap. Tapi skali gua dapat tangkap musibah2 liar tersebut, mmg silap la. Abis gua kerjakan mereka. Ada satu kali gua letak mercun mancis kt celah bontot ayam tersebut pastu letup! Terlompat2 ayam tu, gua syak sakit jugak tuh. Amcam? ada bakat jadi PolPot bukan? beberapa minit lepas kejadian buli tersebut. "sapa sula punggung ayam nih! abis luka!" en bakeri bersuara dengan nada yang sedikit tinggi.

Sebelum terjebak ke dunia rempit kampung gua beraya rumah orang kampung jalan kaki saja. Tapi raya pertama gua dh boleh cover sampai 2 3 kampung. Semangat raya tuh tinggi, sampai orang kampung pon gerun. Mesti la gerun kalau 1 ari gua pergi rumah dia sampai 2 kali. Raya ke 2 gua mula menjajah kampung yang memerlukan kenderaan awam. Zaman tu bas SKMK je jadi pujaan sbb tuh je la satu satunya kampeni bus yang bertapak kt negeri che siti wan kembang ni. Skali tahan bas, mau 10 15 orang jugak naik. ye la, nama raya. mesti kena jalan ramai2. Lgpon kanak2 kat kampung gua tuh memang tak digalakkan naik bus dalam kumpulan kecil. Nnt senang kena pow! apa gila raya kena pow. aset tgh byk beb! boleh nangis 3 mlam kalau kena. Drebar bas cukup menyirap klu gua dan sekutu naik. Mau tak sirap, kami dok tekan loceng bus tuh sampai bas stop. Bukan nk tekan sgt, gua rasa bunyi loceng musim raya ni macam indah je. satu hal lagi, sapa suh benti 30 meter tersasar dari tempat gua nk turun. mmg gua hangin la. rasa nak paranawei saja abe li drebar ni.

Malam pula gua mula telibat dengan scene mercun dan bunga api. Gua dengan mercun memang tak pernah putus sumber. asal raya saja memang banyak sampai tak larat nak main. Tau saja gua dengan abang gua yang jual mercun kat kampung. Malam je gua dengan sekutu akan setup peperangan dengan kampung sebelah. Dari serangan mercun roket kategori thunderclap sampai la ke lontaran mercun bawang. Sampai sekarang gua pon tak tahu sapa yang menang. Bukan apa, asal kena serang je balas. Asal balas je kena serang sampai la keluar lontaran maki hamun dengan orang kampung. Zaman tuh mercun halal lagi di tanah melayu. apa gila sekarang gua nak meniaga mercun, sapa nak jamin kalau gua kantoi kena dakwa dibawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Ada suatu malam gua leka berjuang hingga lupa untuk pulang ke pangkal jalan. Pukul 11 malam gua ketuk rumah en. Bakeri tak bukak. gua ketuk2 lagi, tak jugak beliau bukak. Gua syak en. Bakeri tak kasi gua masuk rumah dia nih. Apa lagi, gua menggunakan kesempatan tersebut dengan sambung peperangan. Kesudahan malam tuh gua kena ong bak dengan en. bakeri. peh! pedih bai sebatan beliau.

"Malam ni perang dunia pertama ke kedua?" tanya isteri en. Bakeri keesokan harinya. Perli agaknya tuh.

Monday, October 6, 2008

scene raya II

Raya ke 4 gua dah gerak balik melaka. Secara tidak langsung gua hanya beraya di kampung 4 ari. Gila tak meriah raya gua. Tuh belum kira gua tak makan pon rendang tahun ni. Banyak² rumah gua terjah, 1 pon takde yang mengerjakan projek rendang ayam mahupun daging lembu. apa cerita? Gua syak semua ayam dah kene selesema burung, lembu pulak semua kena penyakit kaki dan mulut.

Raya tahun ni gua dapat duit raya RM5 saja. Gua syak gua dah keluar dari zon penerima duit raya. Kalau 15 tahun lalu, peh! gua ingat duit raya nih berbondon bondon datang. kalau sapa kasi syiling memang sah mendapat perlian gua dan rakan². Zaman pra matang dulu gua memang suka pergi kubur kalau musim perayaan, bukan apa, kt kubur ni gua ingat pendapatan duit raya dia memang lain macam. Asal je jumpa orang mesti dapat duit raya, asal dapat duit raya mesti jumpa orang. Tak kira kenal ke tak. Tapi skang gua pergi kubur, dah tak nampak dah scene pass² duit raya kat kanak² ni. Gua syak orang dh tak berapa into scene ni la. Kalau pass pon kat anak² sedara atau sepupu sepapat. Kira bawah kategori darah daging sendiri saja. Apa gila kalau dah keje tak pass duit raya kat sedara mara. Memang lepas smayang lu trus dapat tittle taik hidung masing la. Itu hari gua atas arahan en. Bakeri pegi bank nak tukau duit, skali dh dapat duit gua mintak la sampul raya. Brader bank tuh cakap " tahun ni sampul kita tak kasi free, kita jual." peh! itu jam jugak gua maki brader tuh secara zahir dan batin. Taik idung masin punya bank! haa.. kan dah kena dengan gua. Sebelum ni gua mintak senang2 saja dapat free. Kadang² tu siap tanya nak berapa banyak. Ye lah, sampul raya bank ni dia punya design memang lawa, Gua kecik2 dulu klu dapat duit raya dari ketegori sampul bank semangat duit raya mari tuh lain macam. Biar duit dalam tak seindah sampul pon.

Raya tahun ni mak gua dengan kerjasama gua mengerjakan projek nasi hujan panas bersama kuzi ayam dan kerutuk ketam serta udang. Acar sayur pula sebagai pelengkap. Baru gua tahu nak settle ini projek, peh! dia punya penat memang champion. Nyaris² puasa gua nak terbabas last day tuh. Gua kalau raya tak berapa into nasi sangat. Gua tengok sedara mara gua datang suma syok pekena nasi tuh. Seingat gua tada la pulak tumpah heroin dalam nasi yang gua kerjakan semalam. nasi habis saja gua kena refill, kuzi abis saja gua juga tukang refill. Acar sayur abis saja gua jugak unit merefill. Dah macam bibik sepenuh masa pon ada. Tuh belum kira kena buat air sanquick dari kategori tropicana. kata mereka pekena sanquick ni boleh menghilangkan muak. Mau tak muak kalau lu dah pekena nasi smpi 2 kali reload. Tuh baru kt rumah gua, klu rumah sebelum tuh dah pekena 2 kali nasi.


Thursday, October 2, 2008

scene raya I

Gua bangun terus berkejar ke bilik mandi. Ari ni gua mandi sesolid solid mandian.Biasa lah raya. Semua mesti solid. Memula gua basahkan kepala, lepas tu gua terus pekena sunsilk kaler biru yang gua beli kat kedai zonria semalam. Kata osmate gua sunslik biru ni memang terbaik dari ladang. Gua ni tak berapa into scene menyampu rambut. Seingat gua last gua syampu 18 Mac 2008 lepas pulang berjinggo di pulau perhentian. Agak² lama jugak gua tak pekena syampu ni. Lepas syampu gua basahkan badan, dimulakan dengan gosokan lembut di bahagian2 yang senang dicapai sambil menyabun. Gua teruskan pula ke bahagian2 celah kuku tangan dan kaki. Peh! mmg solid. tengah gua dok mandi tiba2 ada suara berbunyi. "tido ke dalam bilik air tuh? dah sentengah jam ni." ganguan transmisi sunggoh!

Selesai mandi gua beralih pula kepada scene melawa. Raya tahun ni gua pakai baju melayu 2 tahun lepas, sbb gua rasa tuh design paling cantik dari segi warna jahitan serta kemasan. Takkan nak pekena yang 5 tahun lepas, tak millenium langsung raya.

Siap melawa apa lagi, start motor terus gerak ke masjid la. Kata orang kampung, kalau datang lambat kena smayang tepi longkang. Tak raya langsung smayang tepi longkang. Sepanjang perjalanan gua ke masjid gua tengok semua orang kampung setting dressing paling solid. Gua nampak mael burung pekena jubah paling putih, beli kt mekah agaknya tuh. Abe mi pulak setting serban dengan ikatan paling cantik. Gua dapat khabar angin khabarnya beliau pekena air asam jawa sebulan, persiapan nk letup takbir palem gempak. Nak parking motor tuh gua ternampak cucu mak nab, peh! bertambah tambah solid gadis ni. Khabarnya kerja di kolumpo. Dressing pon kolumpo aja, padahal kat Machang je ni.

Gua cukup suka kalau gua masuk masjid, manusia dah penuh. Mesti tampak warna warni dalam masjid. Kalau usha betul2 gua tengok macam pelangi pon ada. Maklum la raya, sume pekena baju terbaik. Sorang brader tuh pekena kaler pink sampai ke songkok! apa crita brader? lu silap beli kain ke? baru je sesi sembahyang nk bermula gua terdengar bisikan berkata "imam silap ni. Patut kena baca khutbah dulu." peh! lu tak ilmiah langsung!

Imam tahun ni boleh tahan dia punya suara, gua syak dia prektis sebulan ni. Masuk second half khutbah, mata gua mula kabur. Apa punca gua pon tak pasti. tiba2.. pap! gua padam. gelap gulita. Gua ingat ada orang angkat gua ke tepi bahagian masjid tuh, ramai pulak yang melihat keadaan gua yang gua sendiri kurang pasti, ada pula seorang pakcik mengipas ngipas badan gua. Setelah gua rasa stabil. Gua bangun dan bersalaman dengan jemaah yang membantu gua tadi sambil mengucapkan terima kasih. Gua syak gua pengsan la tadi. setelah itu gua pulang ke rumah dengan selamat.


Tulisan senget diatas adalah penipuan dihari raya semata mata. ape story gua tertido dikala imam syok letup khutbah? bangun2 gua terus bersalaman. peh! melanggar etika sembahyang raya sunggoh!


Monday, September 29, 2008

gua dah agak dah

Member gua cakap gua sekarang dah jadi YB. peh.. YB celah mana gua pon tak tahu la. Gua syak dia saja nk up gua ketika musim perayaan hampir tiba ni. Tapi lepas gua kaji selidik, mungkin betul kata kutu tersebut. Gua adalah YB. bukan YB yang dok pung pang pung pang kat parlimen tuh. Tapi YB adalah "Yang Berblog". amcam?

Lagi satu ni gua nak panas, gua dah agak dah dia ni menang tadi. Ape cerita lu kimi langgar dinding? lu mengantuk apa?

Friday, September 26, 2008

Rumah en. Bakeri

ari ni wa dapat kontrak memesin rumput sekitar halaman rumah en. Bakeri. Pagi² lagi wa dak pekena dressing buruh asing. Untuk mengelakkan rekod ramadhan wa musnah, kul 7 dh start mesin. Bulan puasa ni wa rasa mesin rumput berat lain macam saja. Rumah en. Bakeri tuh wa tengok boleh tahan panjang rumput, dah macam padang ragut kat New Zeland pun ada. Tuh baru depan rumah, belum kira belakang rumah lagi, peh.. dia punya panjang. dah macam hutan.

Dari tahun 2006 lagi wa bagi cadangan kat en. Bakeri suruh tar satu halaman cam jalan TAR tuh. settle. Tiada lagi semak samun. Dia taknak, ape tar2 ni, panas katanya. Wa start projek memesin tadi en. Bakeri keluar bersama isterinya. katanya nak ke pasar tani, beli barang persiapan raya. sempat lg wa petik, "en. Bakeri, jangan lupa tapau sirap selasih!" dia reply dengan senyum sinis. sudah lambat agaknya tuh.

Alang² en. Bakeri takda kat rumah, wa dh wat plan licik punya. Kali ni wa nk mesin ala kadar saja. Orang tua kata, potong cincai² udang jer. mana larat puasa2 ni nk mesin kasi solid punya. Kan tak pasal² zohor nanti wa berbukak. Tengah mesin tadi pon wa punya la meletakkan harapan tinggi agar ada la rumput basah yang terpotong tuh masuk dalam mulut. dapat gak wa basahkan tekak ni.

pung pang pung pang, settle memesin. wa letak mesin tuh sambil bersandar kat dinding rumah en. Bakeri. Kemudian wa terpikir, "heh.. rumah en. Bakeri rumah wa jugak. secara tidak langsung wa pon beraya dalam semak! apa crita?."

Thursday, September 25, 2008

Yang Berhormat

Ini malam wa punya terawih biasa² saja. Masjid wa pegi ni import imam dari kalangan budak tahfiz. Khabarnya beliau rakyat kemboja yang sedang menuntut di Yaman. Suara dia, peh! letup abis. Masjid tuh pekena 20R + 3R tp wa pekena 8 je malam ni. Amcam, lick tak? Bukan wa sorang licik. Time nk start tuh, dia punya saf sampai 12 termasuk saf kanak² yang macam biasa la job diorang. malas wa nak story. Tapi lepas je 8, tuh dia, terus tinggal 2 saf. Modus operandi wa ngan jemaah lain memang tak lari sama sebiji.

Tengah wa nak turun masjid wa nampak ahli parlimen P.29 Machang. Lam ati "aaah.. YB tak YB, modus operandi memang sebijik cam wa. Apa crita" Alang alang dah tersempak, pekena sket salam ngan YB ni. Bukan senang YB nk jupa kutu cam wa ni. slumber cendol je lam masjid wa dh tanya dia " ape khabar dato`? raya kat sini ke taun ni?" die jawab " raya sini. orang rumah nk raya sini." wa tanya lagi. Wa bajet mesra abis la nie " taun ni tak wat open house ke? kalau buat jgn lupa saya skali." dia layan lg wa "tuh la, insyaAllah sy buat. Jangan risau, kita kalau buat ajak semua orang." YB jawab nak sedap aja ayat dia. Tuh baru YB agaknya. Ayat mau manis. Skali wa nk kasi soklan penutup. Wa pon tertanya camni " Amcam kejar budak² tu kat Taiwan ari tu, dapat tak diorg?" amcam, gila tak wa punya soklan? Tak kuar pagau masjid wa dh letup politik. tersentak jap YB tuh. Mesti dia tak bajet kutu cam wa ni concern hal politik negara. Tp muka mau maintain sambil² ketis handset nokia N73 ME. Sambil senyum sinis dia reply ini macam "kemana sangat diorang nak lari. Tgk je la esok lusa." heh! politik tak wa?

Wednesday, September 24, 2008

kod etika puasa

ape nak jadi ari ni, jam 6.45pm br gelabah itik wa nk start motor honda ducati abah wa pegi param. Finishingnya murtabak dan kuih warna warni ntah kemana, awek param ntah kemana. sah wa sudah melanggar kod etika puasa ni.

bintang kecik: wa nk story pasal mende lain, tp gila tak selesa ni. nyamuk dok neenoneeno kt telinga. apa hal puasa² pon banyak nyamuk?

Tuesday, September 23, 2008

240 kuasa kuda

malam tu cuaca cuntek, wa ngan kazen ingin memulakan perjalanan dari temerloh ke machang. Settle bukak, terus gerak. takde la terus sangat, pekena dulu murtabak sebiji. Macam biasa, wa kalau menumpang mesti tak jadi penumpang punya, jadi pemandu. Mungkin wa dengan stering ni seperti isi dengan kuku dah kot.

kali ni kazen wa suh lalu jalan alternatif ke Kuala Lipis. Temerloh-Jerantut-Kerambit-K.L. wa haram tak pernah lalu pon jalan ni. Ini jalan, peh! dia punya kona memang kucar kacir, ade ke patut jalan tak rata sampai jentera boleh terapung apung diudara, pastu dengan tak semena ade kona. camne nak kona kalau jentera diudara? rasa nak maki saja menteri kerja raya yang suh wat jalan ni. memang tercabar skill wa selaku lagend of speed. kali pertama wa memandu jentera 240 kuasa kuda. dia punya pick up memang solid. terkebil kebil wa tengok 5 series kena cucuk angin kat temerloh tadi.

Ntah apa lancau punya jalan wa lalu, ape cerita pukul 10 dah tade orang lalu, peratus kerseraman pon boleh tahan. sampai satu area yang wa tatau ape nama, tp 10 minit sebelum tuh wa ade nampak signbod tulis Mela. hati wa berdetus "ni kampung mila yang dok letup lagu 'aku lebih tahu' siang malam kat hotfm suatu ketika dulu kot". jalan tu naik bukit, sampai jek atas, pang! turun bukit ngan short corner. amik lu. terkejut wa, seb baik tak babas. mmg jalan ni 'ku pikir pandu kapal angkasa' betul la.

pungpangpungpang, wa sampai le area bukit tujuh. tengah syok wa letup lagu 'tiada lagi kidungmu' ngan lefthanded yang tengah memekak lam cd tu, wa ternampak 3 susuk tubuh manusia bertudung labuh, 2 daripadanya bertongkat. mereka berjalan kaki kat tepi jalan pada arah yang sama ngan arah wa, peh! rasa terstop jantung. ape lg, terkumat kamit mulut pekena ayat kursi, al fatihah, dan beberapa surah lazim. ade patut lefthanded dok letup lagi. pastu siap pass plak kt bloodshed - 'srikandi cintaku'.

Lepas peristiwa tu wa mengkaji dimana logiknya. pukul 12 tgh malam ade orang berjalan kt tepi highway yang gulap gulita. yang wa perasan, penempatan terakhir wa nampak 20 minit sebelum tempat kejadian dan 23 minit lepas tempat kejadian pulak baru jumpa penempatan.

sampai kat shell Gua Musang wa menstorykan misteri nusantara tadi kat kazen. kami melakukan post motem sedikit sebanyak. hasil post motem kami, objek yang wa nampak tadi diberi nama 'Unidentified Walking Object ( UWO ). apa crita bai? bulan penuh rahmat wa boleh nampak sesuatu yang tak patut wa nampak ni.

Monday, September 22, 2008

unidentified walking object ( UWO )

Situasi 1

wa: bro, lu tolong beli air kat wa boleh?
kawan : boleh, air ape? cepat le, wa nk cepat ni. kan awek param balik plak
wa : air kaler hijau yang campur macam² cam sampah tuh
kawan : lancau lu. air mende campur² cam sampah
wa : haa.. kalau tak silap wa air katrina. ye aa tuh.. air katrina 1. nnt wa bayau.
kawan : kucing aa lu ni. air kathira le. Bukan katrina. katrina tuh taufan
wa : aaahh.. janji air.

*******

Situasi 2

sekutu : lu jaga table, wa tlg bli air. amcam? lu nak air apa?
wa : cuntek. lu tolong beli air sirap palem.
sekutu : sirap bandung ke?
wa : bukan aa.. sirap yang ade biji² hitam tuh. aa.. sirap semenyih. confirm sirap semenyih.
sekutu : pale hotak lu. sirap silasih la.
wa : apa saja. Janji wa dapat menyirap nk bukak jap lg

heh, wa silap tulis tajuk plak, mana story UWO ni. ok, wa malas nk tukau, nnt wa entrykan story UWO

gadis... gadis jugak

Wa tahu lu pon nk usha wa, tapi klu dah sampai tersalah bagi kt 5 orang yang sampai selepas wa. ape story? Gadis, gadis jugak. Penat bleh tahan wa berdiri, tambah pula dengan hujan renyai² udang. Nasib baik wa seorang lelaki kotemporari. Kalau tak, maunya wa merusuh kat gerai kuih awek td. Gadis ni dah meniaga 3 tahun kat param, memang solid. ramai aja remaja remaja dari segenap sudut tak kira budak uitm, kutu² kat kampung yang datang nak beli kuih kat gerai beliau. Macam wa taj tahu, niat diorang ni bukan nak beli kuih sangat. nak usha gadis tuh saja, ( sama ngan misi wa ). Sampai bonda wa naik perasan wa dok beli kuih kat gerai sama, padahal strategi wa punya la baik, rotate kuih lain tiap ari. Apa punya hebat beliau ni.

Puasa tinggal lagi 9 ari, wa nak nobatkan gadis tue sebagai gadis palem solid yang meniaga kat param season 2008. Dah 3 tahun beliau memegang tittle palem ni. Apa kampung wa dh ketandusan gadis ke?

Wednesday, September 17, 2008

air sumber kehidupan

Sedang ralit wa layan majalah F1 racing ferrari issue: collector editon, tgk jam skali dah kul 7.05pm. terbaik lah! waktu kemenangan umat islam hari ni sudah hampir tiba. wa trus berlari turun bawah dengan gaya usain bolt kena cirit nk gi tandas. memula setup nasi dagang, bukak ayam bakau letak tepi nasi, pastu paw kurma yusuf taayub osmate wa sebijik, taruk tepi nasi tu. last skali wa setup popia sira. formasi palem terbaik untuk berbuka. wa ngan popia sira ni mmg kacip klu season pose. pantang lupa nk bli sket, mesti haru biru buka nnt. settle setup wa mengorak langkah ke peti ais, apa lg, amik air la. belek punya belek. mana wa punya air, geledah lagi, kali ni gaya cikgu kadir ketua warden nk check rokok dalam locker plak. tak jumpa jugak. ati wa dh start gundah gulana dah. aaaargh! mentibang laut! wa lupa nk beli air ari ni. td sebelum kuar rumah bukan main wa setup nk beli jus dragon fruit taknak ais kt brader param. camna bleh lupa nih. padahal air tuh aset penting berbuka. ade patut bleh lupa . huh..tade penghormatan langsung kt air! lg 2 minit nk bukak ni, apa gila wa nk gi param 5km dari rumah. tuh belum kira kena tempuh trapik lite 5 tiang yg 2 drpdnya mempunyai tempoh merah maksima trapik lite tanah melayu iaitu 120 saat. schumacher pon surrender, valentino rossi kompem awl² lagi taknak pegi. penyudahnya, air mineral la.

menu sahur:
roti gardenia yg expired 15.09 4 keping
cheese 2 keping
honeystar ngan susu dutchlady
karipap sardin 2 bijik
vico segelas!

amacam, solid tak? jom jogging 8 round. wa bleh handle punya.

Tuesday, September 16, 2008

cerita puasa

Hari ni panas bleh tahan tinggi kadar peratusannya. Tengah wa khusyuk dok layan awek tv3 baca berita kt buletin 1.30 tadi, tiba² wa terdengar bunyi sayup². skali wa amati betul² macam lagu yang menarik. wa abaikan sebab wa rasa tade memberi kepentingan pon. Sambung concentrate kt awek tv3 ni lg bagus. tengah awek tv3 dok bebel pasal harga minyak yang merudum ke paras USD 95.71 setong, skali lg telinga wa menangkap bunyi tadi. Kali ni lebih jelas dan terang. camni bunyinya

"mat cool! mat cool! kawanku,
mari kita ikut ma cool!
main² selalu.
syoknya syoknya ada mat cool!
mari kita pergi!!"

celaka! lagu yang bisa mencalarkan rekod ramadhan sesiapa yang mendengarnya. kurang pendidikan moral punya peniaga. datang timing baik punya. bilamana tgh ari dengan cuaca yang panas. sepanjang pemerhatian wa minggu lepas dia datang antara kul 4.25pm ke 4.50pm. ari ni awl la pulak. perfomance puasa wa ari ni tak berapa solid. wa sahur ngan sekeping cheese, 2 keping gardenia yang expired semlm ngan air vico. Janggal kucing pon ada wa rasa sbb tak pekena honeystar ngan susu dutchlady. skang dah kul 4.30pm. kite tgk apa kata perut wa.

hah! harga pasaran komuditi minyak sedunia merudum. USD95.71 setong. mereka yang mentadbir negara tuh! bile lagi nk trn harga. ape kes makcik sebelah umah wa kna pegi bli minyak lam botol pg td? sape nk jawab?