Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru. Moh Kita Hijrah Ke Arah Gaya Hidup Yang Sedap² Mata Memandang Sikit. Jangan Intifada sangat, Nanti Gua Tuduh Tabligh Pula.

"Salam Maal Hijrah 1431. Jangan dok ralit melompat bersorak sebab pasukan bola sepak negara menang 1 - 0 saja." kata gua

"Salam Maal Hijrah 1431. May we become a better Muslim." orang sebelah gua.














dengan ingatan tulus ikhlas dari,
Darab Dua & isteri di Interlaken, Switzerland

Friday, December 11, 2009

Hasil Nukilan Gua.

Gua sekarang macam gigih menulis puisi² hati, lirik² serta "quote²" dalam bahasa kebangsaan juga bahasa penjajah. Gua taknak kemaskini disini. Gua tulis dalam buku latihan sekolah tu, gua simpan dalam laci saja. Gua harap bila gua meninggal ke esok lusa, hasil² nukilan gua menjadi rebutan. Macam mana hasil² arwah Yasmin Ahmad. Untung² buleh juga buat bayau hutang yang gua tinggalkan sebab gua tahu, mende alah PTPTN tu sampai ke kubur dia hantau surat hutang. heh! Rebutan, rebutan juga. Gua taknak rebutan tahap agung², runcit² saja. Jangan berebut rebut sampai pergi persembahkan 7 ekor ayam golek, pulut kuning, kentang mekdonal, serta beberapa jenis buah buahan import yang sedap² menelan. Anggur yang RM16 sekilo contohnya. Amalan syirik tu saudara saudari! heh!

Wednesday, November 18, 2009

Luka Luka Kepulangan

Gua balik sekejap ni gua ingat gua makin tenang, gua makin aman damai serta "peace". Rupanya gua salah. Peh! makin kucar kacir, kepala gua punya serabut macam ada kesesakan lalu lintas dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Bukit Bintang pun ada. Makin gua fikir dia makin kucar kacir. Cilakak!

Layan lagu dekat laman youtube lagi sedap. heh!


Friday, November 13, 2009

Sukan Lasak Baru Yang Gua Ceburi. Lasak Tak Lasak Sangat Tapi Kalu Jatuh Tuh, Padu Juga Rasanya

Bermula hujung minggu ni gua macam jadi sibuk sikit. Gua sudah mempunyai aktiviti sukan baru. Lasak juga sukan ni. Tak sangka gua yang gua memang mempunyai bakat terpendam dalam sukan ini. Baru sekali gua mencuba, terus into. Kebetulan masa gua mencuba sukan ni buat pertama kali dalam hidup, ada beberapa musibat lain yang tahap profesional tengah berlatih sama. Secara tak sengaja pengurus deme tu ternampak gua sedang dalam aksi tersendiri. Apa lagi, terkesima juga deme tu menengok bakat gua

Minggu ni saja berpuluh puluh panggilan gua terima dari pasukan bertaraf antarabangsa. Deme ni memang memerlukan gua dalam sukan ni. Kebetulan lagi 2 minggu ada kejuaraan peringkat antarabangsa akan berlansung di Warsaw, Poland. Itu kucar kacir deme tuh cari gua. Ada satu pasukan ni 'offer' gua kontrak seumur hidup dengan gaji AUD 15000 sebulan belum masuk elaun rumah, elaun anak pergi sekolah, bini mengandung, tayar kereta pancit dan beberapa elaun yang tak berapa penting.

Bab penaja toksah nak kabor la. Pagi tadi Sinar Harian dari Malaysia kucar kacir talipon gua kabor nak taja gua. Jumlah tajaan cecah RM 1.2 juta juga untuk setahun. Dia nak suruh gua tepek perkataan "Sinar Harian : Cakna Komuniti Anda" dekat jersi gua yang belah depan paras dada. Malam tadi pula, gua nyaris pitam. Apa kes 'Carefree Pantiliner' nak taja gua. Gua lelaki weh. Mana ada seksyen mari bulan dalam kamus hidup gua. heh!


orang kampung gua panggil panggil 'sandboarding'
Beberapa saat lepas gambau ni dipetik oleh seorang jurugambar kelas kodi, gua tersungkur jatuh. kepala berat ke tertanam dalam pasir. Sumpah sakit. Tapi gua tetap menten macho. Makwe² omputih tengah tengok weh!

Tuesday, November 3, 2009

Memang Tak Kena Musim Gua Punya Kemaskini Kali Ni. Tapi Gua Nak Juga Kemaskini Gaya Macam Ni.

gua dan keluarga di sini
Gua tahu, kemaskini gua ni menimbulkan perasaan dengki, jelek, membara, menyampah, choi, santau, ongbak, paranawei, tabligh, Drogba, kencing malam, tayar pancit dan banyak lagi perasaan yang huduh² menaip. Tapi gua nak tulis juga. heh!

Selamat hari raya aidiladha dan aidilfitri, selamat hari krismas, selamat tahun baru cina, deepavali, wesak, taik musang, cap goh meh, sumazau, gawai, salam satu malaysia, islam hadari dan kawasan sewaktu dengannya gua ucapkan dengan hati yang eklas dari kejauhan. Semoga senang² selalu hendaknya. Kita juga lihat ekonomi dunia sekarang semakin merudum. Lihat saja sudah beberapa buah bank di London bangkrap atas sebab tiada suntikan modal dari kera jaan. Gua juga berharap kedai runcit Shamsul depan rumah gua terus berkembang maju walaupun gua tahu anak dia tiap² hari kebas duit dalam laci buat pergi main game dekat pusat komputer berinternet. Tidak lupa juga kepada kedai air buah dekat melaka nuh. Gua harap semakin cemerlang dan terbilang, bukan tunggang langgang. Jangan duduk campur air paip sangat dalam gelas tu. Hilang habis rasa buah dia. Peh! macam ahli parlimen Interlaken la pula gua berucap. heh!

Kepada ayahanda dan bonda di kampung, semoga sihat senantiasa. Anakanda di sini sihat² saja. Cuaca pula nyaman² berjalan, makwe² pula memang sedap² memandang. InsyaAllah jikalau dimurahkan rezeki oleh Yang Esa nanti anakanda bawa pulang 2 3 orang. Yang pasti mata mesti biru! Baru omputih. Rutin anakanda juga sudah semakin berubah. Anakanda dah tak berapa into mandi pagi sebab cuaca dia memang menghalang anakanda berbuat demikian. Menurut sesetengah penduduk tempatan di sini, kalu anakanda buat juga, anakanda berkemungkinan terkena hypertermia. Buleh bawak maut mende ni kalu ayahanda dan bonda nak tahu. Nanti senang² ayahanda dan bonda BUZZ! la anakanda dekat Y!M tu. Hoh! macam anak yang soleh pula gua rasa.

Terakhir sekali kepada kawan² alam nyata, alam maya, atas talian, tepi tasik, dalam bilik dan di ruang tamu. Senang² lu orang datang le sini. Meh gua belanja ais kepal. heh!

Cilakak! dah masuk 8 hari gua tak pekena nasi sambil bersembang dalam bahasa melayu! Sape nak jawab weh?

Pengalaman Gua Melayan Kona Bersama Kapal Terbang. Itu Jam Gua Dapat Kerusi Google Earth Weh!

Gambau ni gua petik beberapa saat sebelum pengalaman ngeri gua dalam kapo terbang. Lain macam weh! Gua rasa macam nak paranawei saja drebar dia. Gua yakin, ni jenis peel cikgu skolah drebar tengah sedap² mengajar cara nak kona, dia sedap² dok "suit²" makwe awan dania yang lalu depan kelas. Hasilnya gua dan penumpang lain serta makwe pramugari cantek² yang tanggung. Dia punya kona, sikit lagi sayap belah gua duduk ni nak kena cerobong asap kilang buat kusyen dari bulu biri².

Kali ni pula gua dapat kerusi google earth. Memang auto senyum weh! Permandangan dia sebijik macam layan google earth kat kompiter teman serumah gua. Sumpah gua tak kencing. Punya gua sedap nak layan permandangan google earth sampai terhantuk dahi ke cermin tingkap. Cilakak betul! Sepatutnya jurutera kapo terbang kena buat tingkap pesen kereta proton saga. Buleh buka tutup sesedap rasa. Baru senang gua nak hulur kepala layan permandangan. Permandangan tu permandangan juga, tapi apa kes dapat drebar pesen ni. Hutang gua banyak lagi woi! Makwe pun tengah ramai menunggu nuh!


Ini jam gua mula ingat tuhan secara telus! Dia punya debor lain macam. Dengan makwe² serta ibu² tengah menjerit ketakutan. Gua itu jam memang diam seribu bahasa. Baca al fatihah pun dalam hati saja. Itu pun gua ragu², entah Al Fatihah ke doa makan gua baca. heh!

Thursday, October 29, 2009

Kemaskini Dari Seberang

Gua bangun kemain awal lagi jam 5 pagi sehidung hidung nak kemaskini belog. Tapi apa kes lepas tulis tajuk otak gua jadi hilang selera menulis. cilakak!

Baik gua pergi berkebun belakang rumah. Seperti siram pokok sawi, petik buah berry, cabut daun rosak kat pokok lobak merah dan mengutip broad bean <-- mende weh dalam bahasa malaysia? kacang pis kah? Cilakak! gua tak kenal!

Suhu pagi di sini 11 darjah celcius. Tapi apa cerita gua rilek rilek saja berkebun pakai kain pelikat sambil tak berbaju nih? heh!

Sunday, October 18, 2009

Konsep, Pemikiran, Kepercayaan, Intifada, Ilmiah, Tahyul Dan Bidaah. Ini Semua Sangat Kacip Antara Satu Sama Lain.

Dasar pandang ke timur,
wawasan 2020,
Masyarakat madani,
Ada jentera ada kereta proton saga,
Islam hadari,
1 Malaysia,
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Haram satu pun tak memberi impak positif dalam kehidupan gua. Makin kucar kacir ada le. Minyak makin tahun makin naik. Buat minyak baru konon nak jual murah. Tapi apa cerita minyak berat ke campur air longkang saja! Gampang betul! Rokok toksah nak kabor la. Sampai 3 kali setahun naik. Gua tengok perokok pun makin miskin. Ada sesetengah kes tu dah layak masuk dalam peratusan layak menerima sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bab barang dapur pun naik melambung macam orang kedai meniaga nak pergi haji pagi esok saja. Bawang putih sampai RM 6 sekilo weh! Ni siapa nak jawab. Cilakak! siapa la memerintah negara gua ni. Level dia rendah sikit dari pemerintahan Adolf Hitler. Tak sabau pula gua nak bermigrasi ke Interlaken. heh!

Sunday, September 20, 2009

Luka Luka Aidilfitri

Asal raya sahaja gua jadi keliru, asal keliru saja mesti raya. Kes² macam ni buat kecik hati nak beraya. Tahun ni seminggu sebelum raya lagi gua dah keliru. Nak raya kat Interlaken ke nak beraya kat Kelantan. Interlaken kalu macam sunyi² sikit, nasi minyak tak ada, roti jala tak ada, ketupat kalu ada pun ketupat pesen express saja. Tapai? Peh toksah mimpi la nak ada. heh! Tapi gua into nak beraya kat Interlaken sebab lepas sembahyang raya dah buleh pergi main 'snowboarding'. Peh tu tak payah susah² menyorok dalam rumah sebab tak nak kasi duit raya dekat budak². Apa gila lu anak omputih pun pesen berjalan jalan minta duit raya kan? Lari dari tradisi Krismas jadinya.

Kes tempat beraya tu satu hal. Kes nak pilih baju raya pun satu hal yang buat gua keliru. tahun ni masuk tahun ke empat gua keliru dengan scene memilih baju raya buat pergi sembahyang. Asal pagi raya saja gua jadi pening, nak pakai baju raya yang tahun 2006 ke baju raya tahun 2005. Yang 2005 tu kaler biru, alaa.. macam biru Barisan Nasional sikit², kalu tahu 2006 pula kaler coklat, ada rupa kaler coklat cadburry yang ada biji badam kat dalam tuh. Kes² keliru macam ni gua macam tawar hati nak sembahyang raya. Ada juga kes² gua campur, seluar kaler biru, baju pula kaler coklat. Amcam? Adil tak gua? heh!

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Dengan ingatan tulus eklas dari gua di Interlaken.

Friday, September 11, 2009

Luka Luka Ramadhan

Nasi beriani kambing, cendol, roti pita ayam, murtabak singapore, karipap tapak kaki, soya panas, terawih 2 rakaat, buka jam 7.13. kompiter, ceting dengan makwe, main menatang fesbuk, mata berat macam ada peti ais atas kelopak, badan penat macam lari 44.7KM, jiwa kosong, akal tak licik, hati tak berapa nak tenang, makwe macam nak lari, hanset berkredit 38 sen, kipas kelajuan nombor 5 tapi perlahan macam kelajuan 0.5, anjing menyalak, bulan tak berapa nak nampak, jiran main mercun macam esok pagi beraya.

Cilakak! susah benar nak tidur. Gua punya la aim nak mimpi sedap² ini malam. Ini belum masuk kes kes bersabit lain. Tak bangun sahur contohnya. Nanti siapa nak tolong puasa untuk gua esok? Risau juga gua.

Wednesday, September 2, 2009

Liku Liku Ramadhan

di tengah malam
seekor cicak
jatuh
menimpa
papan kekunci
gua tersentak
sebelum
entry
macam celaka
ini gua karang!

* Gua ingin menulis!

Friday, August 7, 2009

Update Pantas Dari Kota Dian Sastrowordoyo. Cuaca dia memang sedap² berjalan. Kalu Jam 5 petang suhu 18 Darjah Celicus. Malam Pula Berapa?

"Namina saaha" Tanya gua kepada seorang cewek.
"abdi... Aristha". Jawab beliau. Peh! sedap sungguh namanya. getus hati gua.

Makwe² juga, tapi apa kes gua berjalan seminggu tapi bawa seluar 1, baju 3 helai saja weh?

Tuesday, July 7, 2009

Kemaskini Pantas Dari Borneo


Baru gua tahu, nak menyelamatkan orang lemas pada kedalaman 600 meter ni bukan kerja main². Cilakak! abis air laut masuk dalam telinga gua. Tapi makwe rusia punya pasal gua sanggup bertarung nyawa. Ni belum tambah kes jerung² pesen telan orang macam dalam TV tu. Asyik berkeliaran sekeliling gua saja.

Friday, July 3, 2009

Perih Yang Bakalan Terbayau! 4 Pulau, 3 Bandau, 2 Ibu Kota Dan 1 Gunung. Peh! Lain Macam.



Sumpah! debor gua mari lain macam. Rajin kalu buleh jenguk cerit perjalanan gua di kat sini, lu nak klik sini buleh juga. Nak laju lu klik sini. Tapi sini lagi laju dari situ tadi. heh! Tinggal email dekat kotak komen ni. Nanti gua jemput lu secara rasmi. Malu gua nak buka kepada umum. Nanti digodam kucar kacir pula jadinya. Gua tengok budak² sekarang pesen suka godam laman orang tak tentu hala. Pesen nak tunjuk hebat. Yang tak bersunat lagi pun dah huru hara nak godam laman orang. Cilakak betul! Bawak² la mengaji, baca Qirati tu 2 3 'round' ke. Baru tampak lebih intifada. heh!

Wednesday, July 1, 2009

Hasil Eksperimen Terperinci Gua. Gua Nak Isytihar Dia Sebagai Fakta Berkala. Amcam?


van nescafe ni pesen 'parking' tak tentu hala juga

Suatu hari nan lalu, tengah sedap² gua dalam perjalanan nak pulang ke rumah setelah melalui proses menapau, tiba² gua nampak lori warna merah. Peh! itu jam gua jadi auto senyum terus. Lori nescafe percuma brader! Lu orang kalu jumpa lori pesen ni jangan ambil mudah. Lori ni buleh buat air nescafe paling solid weh! Tak macam kedai² berdekatan, pesen nak pergi haji cepat saja teknik membuat air dia.

Cilakak! gua dapat satu akal cantik! Dengan cargas gua lari pergi dekat motor yamaha R1 berkuasa rendah. Gua tujah, gua masuk gear 1. "prenngggg!!!" gua meluncur laju balik rumah. Sampai saja kat rumah gua berlari laju ke dapur. Memang bergaya gua itu jam. Dengan bertopi kaledar lagi. Dah macam peragut yang nak tukau perkerjaan jadi perompak pula. Gua geledah punya geledah dapat 1 botol mineral berukuran 1.5 liter.

Botol dah ada, gua terus menunggang yamaha R1 berkuasa rendah ke lori nescafe tadi. Gua parking itu yamaha molek², Topi keledar tadi gua letak cantik². Rambut gua setting kemas². Gua pun terus ke kaunter air nescafe solid percuma. "Bang, isi botol ni kasi penuh boleh?" Tanya gua dengan gaya ilmiah kotemperori intifada. "Tak boleh dik, kita isi dalam cup ni saja" Jawab brader nescafe solid itu secara ringkas. Semangat nescafe solid gua macam dah 'down' sikit.

****

Lu tahu dak, lu orang memerlukan proses ulang alik ambil air nescafe solid dalam cup sebanyak 13 kali baru penuh botol mineral 1.5 liter jenama "Spritzer". Aaaah.. janji gua dapat santapan nescafe solid selama beberapa hari. heh!

Tuesday, June 30, 2009

Hasil Bila Lu Mengerah Tulang Empat Kerat Sampai Jadi Tulang 18 Kerat. Dia Punya Letih Lain Macam Mari. Tapi Hasilnya Memang Auto Senyum


Setelah 8 bulan 3 minggu mengerah tulang empat kerah, akhirnya gua berjaya membeli sebuah catamaran. Gua beli yang "seken hen" saja. Apa gila lu nak beli yang baru dalam kedai berhawa dingin tuh. "Seken hen" pun harganya sudah USD 380 000. Yang baru kalu buleh cecah USD 130 00000. Cilakak! Banyak pula kosong kat belakang. Gua terpaksa berjudi sampai ke Macau nak kumpul banyak tu weh!

Haa.. Ni gambau tengah auto senyum setelah mengharungi 10 jam pelayaran percubaan dari Koh Samui ke Pulau Perhentian. Sebelah gua tu Puan Elizebirth. Yang belakang kamera ni Encik Robert, merangkap pemilik catamaran sebelum gua. Gua singgah kat Pulau Perhentian 2 3 hari. Sempat la juga jenguk² orang tua di kampung. Sabtu ni gua nak meneruskan pelayaran ke Pulau sipadan, jenguk makwe² orang putih 2 3 hari, gua sambung pula ke kota kinabalu. Naik gunung kinabalu dengan catamaran ni buleh ke? heh! Pehtu gua nak pergi ke Pilipina pula. Untung² dapat jumpa makwe cerita Pangako Sayo tuh.

Ciri² ringkas catamaran gua :


stereng dia ada 3. 2 di luar 1 didalam. Baru tak berebut dengan kawan².


Meja nak melepak petang². Sambil pekena goreng pisang dengan menyendol sedap juga jadinya


Buleh mandi air panas weh kat sini! Siang malam mandi air laut buleh jadi garam le gua nanti!

Perhatian untuk gadis²: kalu lu orang nak ikut gua buleh roger² gua. Pakej belayar bersama sama gua ni bukan senang nak dapat. haha~

Saturday, June 20, 2009

Jangan DiTanya Gua Sedap Atau Tidak. Tanya Kalu, Gua Terjah Rumah Lu Orang. Kasi Ceramah Sampai Jam 4.30 Pagi. Amcam?


Amcam? Lu nak join gua ke? Jangan weh! Join kalu, sah² belog lu orang bersawang macam belog gua contohnya. Ni pun gua curi² kemaskini sementara tunggu azan isyak. Kantoi dengan Ketua tabligh cawangan pantai timur kalu, memang sah gua kena jadi imam qiamullai malam nanti. heh!

Tuesday, June 9, 2009

Ini Sebab Gua Dengan Member Gua Kucar Kacir Nak Pergi India Hari Tu. Nasib Baik Sempat Gua Pintas Brader Ni.



Pesen nak seludup binatang tak tentu hala. Masuk Malaysia secara haram jadah tu satu hal dah. Nasib baik 'budok gua' dapat pintas dia dekat India. Sempat juga gua tumbuk tulang rusuk! Bawa² la seludup mende alah lain. Surat khabar lama contohnya. Dapat juga rakyat india yang tak mampu beli surat kabor tu baca secara percuma!

Friday, June 5, 2009

Antara Scene Paling "Rare" Dalam Kamus Hidup Gua Dan Member Gua. Tahan Bas Tepi Lebuh Raya Utara Selatan Yang Menghala Ke Utara.



Sedap² gua tidur, tiba² bas yang gua naik tadi berhenti. Gua dah jadi auto senyum sebab gua syak dah sampai Kolumpo. Gua bangun tengok, peh! apahal berhenti kat tepi jalan ni. Gua dah mula tuduh pemandu bas kene sembelit. Tiba², "Bas rosak, kita tunggu bas ganti datang ambil." Jerit pemandu bas jenama KKKL. Manis² juga muka dia itu jam. Apa gila dia nak tunjuk muka garang, Kan tak pasal² kena pukul dengan penumpang.

***
10 minit kemudian;

"Bang, Ada kosong tak? Nak tumpang 2 orang je ni. Bas kami rosak. Kitorang nak kejar 'flight' ke India jam 3 petang ni." Pinta gua dengan muka manis² meminta. "Boleh la" jawab pemandu bas yang ada tulis "JB-KL". Ntah mende jenama bas tu gua tak tahu. Gua main tahan saja. Asal berhenti. Mula² gua tahan van, tapi haram tak berhenti. Memandu dengan gaya sombong saja.

Sumpah! gua tak kencing brader pemandu bas tadi. Memang betul kejau "flight" pukul 3 petang ke India. Tapi yang kejaunya member gua saja. heh!


Thursday, May 28, 2009

Arahan Orang Besau² : Perjumpaan Blogger Bersatu (PBB)

Atas arahan Ketua PBB, gua dengan mulusnya menurut tanpa membantah. Apa gila gua nak bantah suruhan ketua.

______________________________________________

Poll: Perjumpaan Blogger Bersatu [PBB].

1) Di mana pilihan Anda ?
a) Pulau Redang, Terengganu
b) A'Famosa, Melaka
c) Port Dickson / Teluk Kemang
d) Selain diatas (nyatakan jawapan anda)

2) Tarikh dan Masa
a) Sebelum Hari Raya (nyatakan tarikh)
b) Selepas Hari Raya (nyatakan tarikh)
c) Hari Raya (sapa jawab yang ni memang gua sepak)

sila tinggalkan jawapan anda di ruangan komen..gua hanya bertindak tukang post..lain-lain hal seperti kos, tempat tinggal akan di bincangkan kemudian..sekarang, gua nak tengok setinggi mana komitmen lu orang..cakap pung-pang-pung-pang dalam blog tak guna juga..


PERHATIAN: GATHERING INI TERBUKA UNTUK SEMUA..APA GILA GUA NAK PETIK NAMA SORANG-SORANG..HAHAHA..
___________________________________________________________

Gua kopi paste dari belog ketua PBB. Sebarang kemusykilan lu orang buleh rujuk belog beliau kat sini.

Saturday, May 23, 2009

Express Transnasional, Trip Kuala Lumpur - Kota Bharu. Jam 8.30 Malam. Tempat naik : Hentian Putra

Gua sibuk 5 6 menjak ni. Tak sempat nak menulis secara ikhlas dan jujur. Tapi ada juga sesetengah kes gua curi slot berak untuk menulis, tapi tak sempat habis pun gua menulis. Maknanya slot berak gua pun sekejap. heh! Tapi ada sesetengah pihak syak gua kena santau. Ada juga yang tuduh gua buat² lupa kata laluan blog ni. Macam² kes lagi.

Gua nak suruh lu orang sapot mende alah ni. Gua bubuh sini haram tak dapat faedah pun sebenaunya. Gua semacam terpanggil nak bubuh mende ni kat sini. Kelik jangan tak kelik.


Pledge Your Support!

Pertolongan : Gua tengah kusut cari kontek orang bot yang buleh 'handle' seksyen mencandat sotong kat Pulau Redang ni. Sapa ada kabel tuh roger² gua. Jangan duduk kedekut sangat. Harga gua nak paling solid la kalu buleh. Solid dipihak gua, jangan solid belah brader bot tuh.

Thursday, May 14, 2009

Kejadian 13 Mei. Ramai² Pakat Debor Tak Tentu Hala. Ada Sesetengah Kes Sampai Ambil MC. Padahal Nak Keluar Pergi Jumpa Makwe Nombor 2 Dekat Mekdonal

"Tapau weh!" gua mengajak member gua menapau makan tengah hari, sambil tu tangan belah kanan gua sedap menekan spray pewangi ketiak. Gua sembur belah kiri. Apa gila pegang belah kanan gua nak sembur ketiak belah kanan. Lain macam weh!

"Tak buleh la. gua nak duduk dalam rumah." jawab teman gua bersahaja.

"Apahal pulak?" Tanya gua dengan nada sedikit hangin. Gua nak syak puasa sunat dah. Tapi teman gua pesen puasa tak sunat pun putus².

"Hari ni 13 mei. Gua debor nak keluar. Lu tolong tapau buleh?" Terang member gua.

macam celaka! Tiba² saja gua rasa nak belanja member gua kipas siling!

Tuesday, May 12, 2009

Kajian Menyeluruh Gua Sepanjang Berada Di Pulau Tioman. Menyeluruh Dari Aspek Kesukanan Saja. Tidak Pada Lain² Aspek

Perbezaan Antara Pelari "Mall" Dengan Gua selaku Pelari Runcit²

Pelari runcit²
  • Sampai saja ke Pulau tioman terus pekena nasi goreng minyak bersama telur mata.
  • Selesai makan baru mula kucar kacir mencari tempat penginapan secara haram atau halal. Dah kena berjalan sampai berkilo kilo kilometer juga la. Nasib baik dapat yang halal punya.
  • Jarak tempat tinggal dengan tempat perlumbaan buleh tahan jauh. Berjalan kalu sempat ketiak nak berpeluh. Tambah pula kena mendaki bukit berkecerunan 10%
  • Tengah hari pekena makan nasi goreng lagi, tapi 'up' sikit. Jus tembikai brader!
  • Petang pula layan scene mandi manda di laut. Bukan senang nak dapat mandi laut ni. Kena pula air pesen jernih sampai tak buleh nak mandi bogel.
  • Petang sikit lagi, scene menguaci sambil mengusha makwe omputih tengah melakukan jemuran kotemperori 'topless'
  • Petang yang berat ke maghrib pula, Ada scene lepak sambil makan keropok lekor dengan teh panas. Dapat pula pesen kedai menghadap pantai yang ada matahari terbenam. Dia punya permandangan, peh! terbaik dari ladang weh!
  • Scene makan malam memang solid! Nasi bersama dengan makanan laut bakau! Esok nak tengah lari nak terberak, baru la huru hara.
  • Malam kelam sikit, sekali lagi scene menguaci tepi pantai, sambil² mengumpat. Kadang² ada juga sembang tentang isu semasa. Tapi banyak ke mengumpat la.
  • Malam yang jam² orang tidur, gua tengah bertungkus lumus me'repair' tempat penginapan yang dilanda ribut. Macam gamp! Malam tu gua tak buleh tidur, dengan nyamuk yang macam hardcore. Tambah pula dengan panas macam dalam ketuhar gelombang mikro. Belum lagi tambah dengan kucing yang pesen kacau orang tidur malam.
  • Pagi perlumbaan, hanya pekena gardenia kosong yang dibeli di tanah besau.
Pelari 'mall'. Kenya, Ghana, Nigeria, Trinidad & Tobago, Drogba, Nairobi contohnya.
  • Sampai saja gua dah tengok deme tuh dah layan scene 'training'. 'Jogging' sekitar pulau dengan berpakaian lengkap seperti hari perlumbaan. Ada sesetengah pula pekena cermin mata hitam.
  • Tempat penginapan berhawa dingin. Ada tilam empuk. Bantal 2 seorang. Sampai jeti dijemput menaiki bas oleh pemandu dari pusat penginapan.
  • Tempat penginapan dengan tempat perlumbaan jaraknya hanya 2 minit. Itu kalu merangkak, kalu jalan, gua syak dalam 15 saat saja!
  • Makan tengah hari disediakan oleh pihak resort. Menunya semua sedap² menelan. Berkhasiat pula. Salad contohnya.
  • Petang pula, scene latihan ringan di gimnasium milik resort mewah tersebut. Ada sesetengah kes mengambil inisiatif untuk berenang di kolam. Latihan otot katanya
  • Petang sikit lagi, scene menonton televisyen sambil berbaring dalam bilik berhawa dingin. Sampai tertidur dia punya selesa. TV yang ada astro pula.
  • Petang yang berat ke mahgrib, scene larian sekitar pulau. Kod etika pakaian memang kena solid. Macam nak pergi berlumba.
  • Makanan² 'lite' tapi berkhasiat dikenakan pada waktu malam. Apa gila lu nak telan makanan laut bakau. Kan esok kucar kacir nak berak waktu berlari.
  • Malam yang jam² orang tidur, "titt.. titt" set penghawa dingin pada suhu paling nyenyak² kalu nak tidur.
  • Pagi perlumbaan pula, pekena "power bar". Makanan pesen kalu telan, dia punya tenaga tuh mari lain macam!
****

Cilakak! beza benar ini macam! Baru gua perasan.


Menaiki bas.


Gua berjalan bersama beg besau. Depan belakang lagi


Hotel 5 bintang gua


Cilakak! penginapan ni lagi banyak bintang!
Tapi gua tak kisah, penyudah dia, sama² mendapat besi juga! haha~


Monday, May 11, 2009

Pergelutan Antara Juara² Pada Sabtu Nan Lepas. Tapi Keduanya Tumpas.


kelihatan peserta berbaju hitam baru lepas melakukan 'body contact' kat gua.

Ni gambau detik² bersejarah. Perebutan antara pelumba malaysia merebut tempat ke 3 dan 4. Itu jam gua kat depan tengah mendahului, tapi brader baju hitam tu datang melakukan 'body contact' kat gua. Gua kental, tak jatuh. Gua dah macam hangin, acara gusti ke acara lumba lari ni? Gua bentes kaki dia! Peh! tersungkur dia jatuh. Tapi masa nak jatuh tu dia sempat pula dia pegang kaki gua. Gua punya jatuh, tak macho langsung! Makwe penjaga masa tengok pun buleh gelak. cilakak!

****

Kesudahannya gua dan budin mendapat nombor yang gua tak pasti berapa. Tapi masih mendapat besi bulat warna perak. Peh! macam pingat sukan komanwel 1998 brader!

*Gua tak pasti kenapa tulisan tu jadi macam senget

Sumpah! Champion Penat Brader! Gua punya Lengkungan Pelvis Ni Macam Dah Lus Sikit²

Kenya, Ghana, Nigeria, Trinidad & Tobago, Drogba, Nairobi abis gua potong. Memang gua 'lead' perlumbaan semalam! Itu jam gua tengok kamera dah tertumpu kat gua. Cilakak! malu pula rasanya. Tapi itu hanya 10 meter pertama, lepas tu gua kena bungkus. Cilakak! Deme tuh pesen kecik² dah makan harimau kumbang. Gua orang asia. Makan nasi saja. Mana nak kuat. Minum pun Wahi, bukan Milo.


Gua tak into nak cerit pasal perlumbaan, baik gua jenguk fesbuk makwe swiss, Estella namanya. heh!

Thursday, May 7, 2009

Langkah² Hidup Yang Semakin Pantas, Perlahan Itu Satu Opsi, Berhenti Itu Adalah Kerugian

Gua akan mengerjakan ibadah larian hari sabtu ni di salah sebuah pulau yang agak komersial kat semenanjung ni.Larian meliputi hutan, kemudian belok ke pantai, kemudian masuk hutan balik. Jarak dia jauh tak jauh sangat, dekat tidak dekat sangat. tapi kalu berjalan ramai² tu dah buleh bawak bergaduh dia punya berebut air tuh.

Tapi sejak akhir² ini gua punya rutin harian macam lari sikit dia punya 'tune'. Tak macam kehidupan hari² kebiasaan gua. Gua bangun di pagi hari, pekena roti canai dengan milo panas. Kalu gua into berat sikit, gua pekena lontong. Selaku penduduk di benua asia, gua pekena nasi sebagai makan tengah hari. Kalu makan KFC, nanti ke tuduh barat pula.

Masuk petang gua lepak² depan TV. Pekena cerit lagenda merah putih. Macam celaka! berhantu cerit ni weh! Gua jadi melekat nak tengok. Padahal tak sedap pun. Abis cerit, kalu rajin gua pekena cendol makwe dekat masjid open. Ada juga sesetengah kes kelopak mata gua ni macam ada peti ais,berat dia lain macam. Gua tido le! heh!

***

Cilakak! punya gaya hidup! macam mana gua nak habiskan larian 21 KM sabtu ni weh?


kalu gua main jalan potong kantoi tak ni?

Monday, May 4, 2009

Pengalaman Saya Bertegur Seorang Makwe Di Depan Kedai Serbaneka Di Bandar Kuantan Pada Hari Khamis Malam Jumaat Yang Lepas.

Setelah kena kencing dengan Haji Rahman, gua pun terpaksa keluar semula pada tengah² malam sebab 'extension plug' yang Haji Rahman jual tadi haram tak menjadi. Cilakak! Nama saja haji, tapi cong orang kuat. Tadi masa nak beli tu gua dah suruh Haji Rahman kasi 'test' mende alah tuh, katanya "Tak payah test. Menjadi ni". Mende ada tajuk 'haji' kat depan, gua kira meletak 100% kepercayaan tanpa keraguan. Tanpa membantah gua pun bayau kat Haji Rahman RM 4.90.

Dari hotel gua pun meluncur laju kembali ke Kedai runcit Haji Rahman di Tanjung Lumpur. Macam celaka! dah tutup kedai dia. Gua syak, lepas dia kencing gua di tutup terus kedai. Takut kena terjah dengan gua la tuh. Nasib baik gua bertamadun. Kalu tidak itu jam juga gua bakau kedai Haji Rahman.

Gua pun terpaksa pusing² kat bandar Kuantan tu mencari kedai serbaneka yang ada jual 'extension plug'. Susah juga. Kedai serbaneka 7 11 memang ada jual, tapi harga dia. Peh! macam nak pergi mekah esok pagi.

Ronda punya ronda bandau kuantan tu,gua terjumpa sebuah kedai serbaneka. Tapi bukan jenama 7 11. Jenama lain. Gua dah macam auto senyum. "Kedai ni kompem ada. Tambah pula pakej 4 orang makwe sedang melepak depan kedai! lagi molek!" getus hati gua.

"bang, 'extension plug' ada tak?" tanya gua kat brader tuh. "Takdak" dia menjawab sambil membaca akhbar tempatan jenama Kosmo! Ntah mende akal abang ni, jam 11 baru nak baca akhbar. Tak informatif langsung.

Gua lantas melangkah keluar dari kedai, gua pun buat² bertanya kepada makwe yang melepak depan kedai serbaneka tadi. Gua tanya kat makwe yang paling solid. heh! " Dik, Kat mana Maybank paling dekat kat 'area' ni?" Makwe tadi tersenyum lantas menjawab "Tak payah bank la bang, RM 60 je. Saya bagi 'special price' kat abang." Peh! itu jam gua jadi pucat. Berdebor juga. Gua pun melompat masuk dalam kereta. Suruh member gua bawa laju².

Cilakak! lain kali lu pakai 'nametag' bertulis pelacur le, baru senang sikit gua nak kenal.


Tuesday, April 28, 2009

Gua Serius Ni. Mende Serius Macam Ni Memang Tak Buleh Buat Main². Kan Ada Berlaku Kes Pukul TaK Tentu Hala. Heh!

Sebuah karangan punya banyak koma dan noktah.
Gua sampai disudut koma.
Berhenti itu pasti.
Tapi mungkin hanya seketika.
Akal gua kelabu.

Thursday, April 23, 2009

Hembusan Dingin Yang Melengkapi Nestapa

Kuiz fesbuk ni macam celaka juga. Jangan duduk bagi muka sangat. Makin layan makin menjadi. Ada sesetnegah kes tu, soalan memang lari dari topik kuiz. Apa hal kuiz memandu ada soalan mengenai sifat pembuat kuiz. Gua pukul juga orang yang buat kuiz ni. heh!

***

Yang gua ni apa kes gua lepas selesai sembahyang subuh dah pekena kuiz fesbuk! macam gampang pula jadinya.

Monday, April 20, 2009

Kehilangan

Di bawah sinaran saya tenggelam dalam lamunan.
Melangkah masa lalu yang enggan saya tinggalkan.
Menangis bersama titis hujan yang berjatuhan di jalan.
Saya hidup hari ini dengan jiwa kemarin.
Melangkah ke depan dengan hati tak yakin.
Masih ingin mengingkari.
Ingin berlari pergi, ingin berhenti sampai di sini.

Saya benci kehilangan.
Dia yang pergi tanpa ucapan,
meninggalkan banyak jejak kenangan yang terlalu penuh untuk saya simpan sendirian.
Saya benci kehilangan,
Menyisakan begitu banyak tangisan dan sebongkah hati yang terluka oleh perpisahan.

Saya benci kehilangan.
Benci karena harus belajar melupakan.
Benci karena harus kuat berjalan sendirian.
Tanpa teman.

***

Cermin mata hitam gua telah selamat hilang. Gua tak pasti, keciciran, dikebas sang penyangak atau orang dadah. Ntah² gua sedekah kat brader minta sedekah tepi jalan pun gua tak pasti. Tapi bergaya kalu orang minta sedekah tepi jalan pakai. Mari sikit pendapatannya.

Gua jadi malas nak menulis. Malas untuk berfikir. Malas untuk melangkah. Gua cenderung untuk tidur, bila lapau gua bangun dan menapau saja.

Gua rasa semacam nak pergi tikam nombor juga. Untung² gua dapat beli cermin mata baru. Aaaahh, entah² kereta sukan berkuasa tinggi pun lepas!



gambau ini gua petik 4 tahun nan lalu

Thursday, April 16, 2009

Apa Namanya Kalau Bukan Mengorbankan Kepentingan Peribadi Demi Sesuatu Yang Progresif?



Lu orang pernah pakai mende alah ni tak? Beberapa minggu nan sudah gua pergi beli barang kat sebuah kedai ni. Waktu nak melakukan pembayaran, gua tawarkan untuk membuat pembayaran secara maya. Katanya tak payah pakai duit. Gua syak bayau pakai angin saja. Auto senyum juga itu jam. Tapi cilakak! rupanya bayau pakai kad ATM. Hah, itu jam gua dah jadi teruja lain macam. Gua membeli barang RM 20 saja. Bukan RM 200 RM 2k jauh sekali weh! Tapi dah buleh pakai kad. Gua syak gua ni nampak 'ekslusif' dimata pekedai. Padahal baju bundle saja. Ntah mende yang ekslusif gua pun tak tahu

Kad gua tadi dicucuh kedalam mende alah itu. Nama mende ntah dia, gua ada tanya tokei kedai tuh. Dia sebut, semacam nama orang putih sikit. Tak asia langsung! Lepas cucuk gua kena pula masuk nombor rahsia peribadi. Tangan belah kanan gua tekan nombor rahsia peribadi, tangan belah kiri gua 'cover' tangan kanan yang tengah tekan nombor peribadi tadi. Gua bertindak sebegitu bukan apa, sebagai langkah keselamatan saja.

"ttittt..." urusan selesai. Kena pula turun tanda tangan kat kertas kecil. Peh! itu jam memang gua rasa macam Dato`² nak beli jam tangan harga RM 15 riban kat perempuan simpanan. Macam orang kaya brader wa cakap lu, Nasib baik pen kilometriko saja. bukan Mont Bell.

Indah juga jadinya kalu gua makan dekat kedai makwe siam pun modus operandi begini digunakan. Nampak esklusif sikit. heh!

***

Tapi apahal bila gua balik rumah gua 'check' tengok salinan kertas kecik yang gua ambil tu salinan untuk tokei kedai? Bukan salinan untuk pembeli? Macam gampang! hilang status 'esklusif' gua.

Tuesday, April 14, 2009

Dia Lemparkan Kita Pada Satu Kesukaran Agar Kembali Pada JalanNya.

Terkadang kita lupa,
Dia sentiasa melihat,
Raqib dan `Atib sentiasa menulis.

***
Macam celaka orang dadah semalam. Dia ambil duit gua RM5.70. Nak buat tambang balik ke Sungai Buluh katanya. Dia baru hilang dompet. Itu jam dompet gua tebal, tapi tebal pesen tebal isi kertas resit bank lepas ambil duit kat ATM tu. Bukan tebal yang isi duit kaler hijau tuh. Gua ada RM17.70 weh! Gua dah nk paranawei dia. Tapi dia kunci gua awal² lagi. Gua nak buka Ong bak gua, tapi dia dah solex gua awal² lagi juga. Nasib dia minta duit saja. Kalau dia minta jaket kalis air gua itu jam, memang gua jadi pegemis kat Kolumpo 3 bulan juga.!

Sumpah! gua dah sumpah seranah orang dadah semalam!

***
Ya! gua baru perasan, ni hadiah hari jadi paling solid gua dapat selepas key chain "no fear" 7 tahun nan lalu.

Tuesday, April 7, 2009

Gua Baru Perasan, Tajuk 'Entry' Gua Yang Pagi Tadi Lain Macam Dia Punya Bunyi. Apa Hal Ni Weh?

˙ʇıʞıs uɐƃuıɹ ˙sıdıu uıɹʞs sıuǝɾ ıɹɐp ɐıp ʞıɐq qısɐu ˙ıu ɹoʇıuoɯ ƃuısnd ʞɐu ɐnƃ ɐƃnɾ ɹıɔɐʞ ɹɐɔnʞ ˙ɐʎuɥoʇuoɔ ǝʍʞɐɯ ıɹɐp ƃuɐʎ ²ʇɐɹns ıuı ˙ɐɔɐq ʞɐu ʇɐƃuɐs oʇuı ʞɐʇ ɐnƃ ʞ001 psn ɐnƃ ʇɐʞ ʇınp ısɐʞ ʞɐu ɐıp ɹoqɐʞ ʞɐu ɐʎuǝʞ ƃuɐɹo ƃuɐʎ ʞıuoɹʇʞǝlǝ ʇɐɹns ʇɐʞɐʇǝs nlɐʞ ɐnƃ ˙ɐɯıɹǝʇıp ƃuɐʎ ʞıuoɹʇʞǝlǝ ʇɐɹns ɐɔɐq ʞɐu qɐqǝs ɹoʇıuoɯ ƃuısnd ɐuǝʞ nl ɐlıq ɐsɐɹ nl ʞɐʇ ɐʞɐlǝɔ ɯɐɔɐɯ

***
Cilakak! kenapa gua rasa macam monitor skrin nipis ni ada banyak?


Tuhan... Senyumkan Aku Di Tiap PagiMu. Sandarkan Aku Pada Tari Warna PelangiMu

Lu pernah tak mengarang sampai 8 perenggan peh tu bila lu tekan punat 'publish post' untuk ditonton oleh rakan², tapi beberapa saat lepas tu 'firefox' lu kabor "The browser could not find the host server pungpang pungpang". Panjang juga dia tulis.

Macam babi! gua dah malas nak tulis balik. Baik gua pergi pekena sarapan pagi!


Ini macam kalu koneksi gua, memang sedap²
melayari le orang kabor
. heh!

Wednesday, April 1, 2009

Bagai Kacang Lupakan Kulit. Bagai Pinang Pulang Ke Tompoknya. Bagai Gua Dan Slot Bersamamu

Beberapa hari nan lepas gua jadi into gaya pemakanan kotemperori barat. Belah pagi gua pekena sarapan pagi dari kay eff see. 'AM Twister' namanya. Sedap juga makan pagi macam omputih ni. Patut la gua tengok omputih ni sihat², tinggi, dada bidang, perut petak enam. Ada sesetengah kes tu sampai petak lapan.

Tengah hari pula gua berat ke Italy. Gua jadi into Pizza Hut. Peh! pekena sampai enam potongan! Memang tak buleh berjalan gua lepas tu. Dah lama benar gua tak dapat makan ini macam. Kena pula ada kutu yang belanja gua. Dia punya sedap, memang kucar kacir nak menelan!

Matahari telah melabuhkan tirainya, memberi ruang pada sang bulan menerangi alam. 'Chicken chop' menjadi santapan gua malam tu. Peh! gua minum pula dengan air jus lobak merah taruk susu secara suam! Memang solid.

***

Tapi itu beberapa hari nan lepas. Semalam gua hanya pekena nasi putih bernilai RM2.50 secara tapau bersama air suam kat depan TV. Malam pula gua hanya pekena roti telur bersama teh o limau suam. Cilakak! Rupanya gua lupa diri ketika poket gua macam baru tebal sikit.

Ada lagi ke slot kosong kat dalam cerita "besamamu" season terbaru yang TV3 tunjuk tu?

***

Bagi mengimarahkan apa yang deme ni dok heboh, gua pun mengarang cerita 'april fool'. Ntah mende yang 'april fool' gua pun tak tahu. Barat benar budak² sekarang nih!

Sekadar Menyampaikan Secebis Amanah Dari Seorang Sahabat

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada semua pengunjung blog ini, saya Rahimin bin Ismail mewakili encik darab dua ingin menyatakan di sini bahawa bermula dari 26 Mac 2009 yang lalu beliau tidak akan lagi mengemaskini blog beliau untuk tempoh 40 hari. Hal ini kerana beliau telah menyertai kumpulan tabligh untuk menyebarkan idealogi tabligh di Pakistan. Jika sebelum ini beliau menyatakan beliau agak anti persatuan tabligh, tetapi tidak dinafikan sebenarnya beliau telah lama terjerumus ke dalam industri tersebut.

Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sekalian, penyertaannya ke Pakistan adalah untuk mendapat tahap tertinggi dalam level kumpulan tabligh. Beliau telah berlepas ke Pakistan semalam iaitu pada jam 8.35 malam menaiki pesawat MAS. Wajahnya agak ceria bilamana hendak menaiki pesawat. Mungkin terlalu gembira kerana dapat menaiki pesawat. Mengikut pengalaman saya berkawan dengan beliau, beliau memang agak teruja kalau berbicara tentang kapal terbang. Sehinggakan ada suatu petang tu, beliau tersengih sorang sorang setelah melihat kapal terbang di langit.

Tambahnya lagi, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mencuri peluang mengemaskini blog ini sepanjang pemergian beliau ke sana. Katanya tempat beliau akan pergi tidak mungkin mempunyai sebarang jaringan internet. Hendak ambil wuduk pun dah kena bertayamun. Apatah lagi nak bermain sistem pesanan ringkas dengan sahabat di Malaysia.

Jadi untuk tempoh 40 dari hari ni, saya mendapat kepercayaan dari beliau untuk memegang penuh kontrak mengemaskini, membalas komen, menjawab salam gadis gadis dari blog beliau. Jika tuan tuan dan puan puan mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh la mengajukan persoalan kepada saya untuk saya lanjutkan kepada encik darab dua melalui surat.

Sekian, terima kasih.

Rahimin bin Ismail

Friday, March 27, 2009

Sumpah! Gua Auto Senyum Hari Ini.

Tengah sedap² gua menikmati makanan tengah yang solid molid, tiba² hansep nokia gua bendenting. Sedap juga bunyinya. lagu nyanyi sebuah kumpulan dari eropah. Ini makna dia bunyi panggilan telepon. Kalu bunyi yang semacam pendek sikit tu makna dia ada sistem pesanan ringkas. Gua semacam terasa terganggu juga. Orang tengah sedap² menjamu selera, buleh pula hansep berbunyi. Tak hormat langsung kod etika mengadap rezeki gua.

"hello boleh saya bercakap dengan encik ^*&^$&^$# ( nama gua. tapi gua 'censor'" tanya orang itu. lelaki. Cilakak! Gua syak gadis tadi. Gua dah semacam debor saja. Lain macam dia punya tanya. Dah macam gua menang peraduan teka silang kata utusan pun ada.

"Ya. Saya bercakap" jawab gua.

"Saya dari punpangpungpang...." bebel brader tadi

Cilakak! rupanya orang perkihmatan penghataran barang bernama GDex tak jumpa rumah gua. Punya la rumah gua tepi jalan sampai kalu gua nak tengok tv pun tak buleh sebab bunyi mat rempit kuat sangat dia buleh tak jumpa.


****

Beberapa minit lepas tu gua jadi auto senyum. Sampai sekarang gua auto senyum!


lu jenguk tengok sapa anto


sumpah! gua auto senyum. Tapi apahal tangan gua semacam
berurat macam nak tumbuk orang weh!


******

Gua jumpa sebuah pusat komputer berinternet yang akan sama mengimarahkan projek "earth hour" sabtu nanti


lu tengok dia punya true! siap buat promosi. Memang terbaik dari ladang!

Wednesday, March 25, 2009

Tak Berapa Buleh Menaip Ni. Dia Berat Ke Nak Menampo Saja

Lu pernah tak nak update belog dilarut malam macam gua sekarang ni, tapi tangan belah kanan lu tekan papan kekunci tangan belah kiri lu pegang 'ridsect'. Alah.. mende yang tekan keluar racun tuh. Gua panggil dia 'ridsect' saja. Tapi gua tengok yang ni tinnya kaler biru. Jenama pula 'Shieldtox'. Cilakak punya nyamuk. Tak berapa mujarab 'ridsect' ni. Gua baru saja lepas me'ridsect' tapi dia sedap² pula terbang depan muka gua. Ape cerit? Kurang ajau benar dah nyamuk² zaman sekarang. Tak hormat gua sebagai manusia langsung! Yang macam pening² nya gua sekarang. Hidu banyak sangat bau 'ridsect' gamaknya.

*****



Tinggal 3 hari dan beberapa puluh jam lagi weh! Gua jadi terkinja kinja pula. Tak sabau pun ada. Tapi terkinja kinja tu mende?

Sunday, March 22, 2009

Gua Sibuk! Bukan Sebab Gua Pengerusi Majlis Perhimpunan Yang 24HB Tuh. Tapi Sibuk Dengan Projek Sayangi Bumi Anda. Heh!

Gua pening ni, Gua nak bubuh mende alah kat bawah ni dekat belah atas belog gua. Tapi cilakak! Dah puas gua godek. tak juga menjadi. Hangin juga gua jadinya. Nasib baik hari ini gua pekena nasi bersama dengan burung puyuh bakau. Peh! solid juga bakaran kedai mak cik tadi. Gua lengkapkan pula makan tengah hari gua dengan jus kelapa. Tapi gua syak kelapa orang tak panggil jus. Dia air kelapa saja. Sedap² meminum kelapa tadi sebab dia tak campur air paip. Tak macam kedai Jili nuh. Meniaga macam nak pergi haji petang nanti. Air kelapa sebiji dicampur pula dengan air paip satu baldi. Peh! memang tak sedap! Sebagai pelengkap nutrisi epal merah dihidangkan. Gua potong, bukan makan main gigit macam budak² berhingus tu. Baru nampak elit sikit. Elit tak elit mana, dia berat ke tradisional sebab gua makan bersila. heh!

****

Lu orang nanti 28 Mac 2009 jam 8.30 malam sampai 9.30 malam kena tutup lampu. tanda sokongan kepada projek 'earth hour' ni. Tahun lepas malaysia tak ambil port mende projek ni. Ntah mende akal orang atas. Mende molek macam ni pun tak berkenan. Dalam gelap nanti tak kesah lu nak buat apa dalam kegelapan tu. Tapi gelap² ni sedap juga. Contohnya encik buta. Gua yakin benar, dia suka kegelapan ni. haha~



Monday, March 16, 2009

Lu Isap Rokok Kalu Mesti Lu Sentap. Nasib Baik Gua Dengan Rokok Tak Berapa Nak Kacip




Gua jumpa mende video ni di youtube. Spesel gua kasi entry ni kat incik buta, incik oyett dan mana² pihak yang terlibat. heh! Amcam, sentap tak lu orang?

"Mak sentap la nyah.. Camna ni? Mak sentap tau!" Kata seorang maknyah kepada kawanya yang juga seorang maknya! haha~


*pandai juga gua bubuh video dalam belog!



Kehidupan Hari Ahad Gua Mula Menjurus Ke Arah Gaya Hidup Yang Haram Tak Produktif. Kalu Menteri Kesihatan Tahu Gua Syak Buleh Kena Saman Ni.

Pagi semalam pagi ahad. Tapi selaku rakyat malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan produktif gua dah bangun seawal jam 6.30 pagi lagi. Masa tu ayam kat taman gua tak bangun lagi. Gua heran juga ayam zaman sekarang, tak buleh buat jam loceng macam dulu² langsung. Ntah mende yang dia makan, kadang² tuh pukul 10 pagi baru nak berkokok. Malas nak bangun mengalahkan gua! Kalu gua zaman kecik² dulu, pukul 5.30 persatuan ayam² dah siap sedia berkokok. Dia punya kokokan tu pun sedap² mendengar.

Lepas mandi gua pun bersiap dengan dressing sukan kotemperori mengorat. Gua pergi 'jogging'. Peh! tak sia² gua pergi 'jogging' pagi ni. Sudah la badan sihat. Mata gua pun sihat. Ramai juga gadis² maktab perguruan berdekatan tu jogging sama. Kena pula pagi ahad memang ada acara aerobik. heh!

Jogging gua sudah, gua balik rumah terus 'on' TV sambil pekena nasi lemak. Memang 'steady' kalu tengok TV sambil makan nasi ni. Duduk bersila posisi ngam depan TV. Kat belah kiri gua letak segelas vico '3 in 1'. Kena letak belah kiri sebab gua makan dengan tangan kanan. Kalu nak minum senang, up saja gelas dengan tangan kiri. Takkan gua nak up pakai tangan kanan, nanti bersepah pulak sambal nasi lemak tadi melekat kat gelas. Tak ke huduh tu. Tapi scene ni gua buat kat rumah sewa saja. Kalu kat kampung memang tak buleh. Buat kalu, secara automatik gua jadi hadir ke ceramah perdana hal ehwal semasa.

Lepas pekena nasi lemak sambil menTV, tiba² gua rasa macam TV ada banyak. Aaaah.. cilakak! makin banyak pula. Cerita kartun Jakie Chan adventure tu dia jadi semacam kabur. Pehtu. Pap! gelap terus. Gua tido. Gua bangun ngam cerita Ultraman Max bermula. Alaa.. lepas berita terkini yang pukul 11.30 tuh la. Lepas Ultraman Max ada Bang bang Boom. Pehtu Melodi sampai jam 1.30 petang. Gua sambung tengok pula Buletin 1.30. Berita memang gua tak buleh 'miss'.

Pukul 2 pula ada nona. Gua jadi terlayan. Ntah apa santau Nona kasi. Gua jadi 'into' pula nak tengok. Sedap juga Nona weh! Sekali sekala pekena. Cilakak! pukul 3 baru gua pergi cari lunch!

Memang macam celaka! Hari ahad gua makin menjurus ke arah kehidupan depan TV. Takda sorang pun makwe sms ajak tengok wayang!

******

Gua baru start motor Yamaha R1 berkuasa rendah, tiba² gua kesan satu tinggalan sejarah. Babi! motor gua kena kencing dengan kucing jiran sebelah!

Nak bela serigala kena ada lesen Jabatan Perhilitan tak?

Sunday, March 15, 2009

Gua Jadi Pucat Bila Baca Surat Kabor Semalam. Lain Macam Dia punya Berita.

Kemaskini 'entry' teka teki gua.

Sebenar gua nak cerita pengalaman indah gua memancing di kolam Pak Sedi bertukar menjadi mimpi ngeri. Tapi baru saja gua sedap² menulis, teman serumah gua ajak gua menyendol kat kedai depan masjid open. Orang dah abis azan katanya. Tak segan nak menyendol. Gua 'on' saja sebab ada juga gadis² yang menyendol sama kat kedai tu. Gadis² IPT, solid² juga. Ada yang baru lepas abis kelas, ada yang ponteng kelas. Yang baru bangun tido pun ada! Pelbagai bangsa juga gua tengok, melayu, cina, india. Cindian pun ada. Nama apa ntah, gua lupa dah. Tapi kenapa nak datang dengan Pakwe saja. cilakak! Buat gua 'down' nak menyendol. Gadis punya pasal gua kona cerita gua jadi teka teki. Amcam akal gua? heh!

*Menyendol = memakan cendol

*******

Beberapa hari nan lepas gua ada baca lapan orang YB ( Yang Berbelog ) akan didakwa sebab melakukan penghinaan terhadap pihak tertentu. Gua baca buleh tahan juga dia punya hukuman, denda sampai 50 riban duit messia bukan duit indonesia. Tak buleh bayau kalu kena penjara sampai setahun. Silap hakim gaduh dengan makwe malam tadi, lu kena dua² hukuman.

Peh! Lain macam denda dia. Kena tido penjara weh! Tido atas simen. Gua tengok penjara ni tak macam rumah langsung. Sudah tido atas simen, takda selimut pula. Jamban pintu paras paha saja. Tak solid langsung. Macam mana semangat berak nak mari. Kena pula time lu sedap² nak berak warden yang jaga itu jam makwe. Buleh sembelit weh!

Semalam pula gua baca berita seorang YB kena hukuman denda 10 riban messia. Tak buleh bayau kalu kena masuk penjara lepak dengan orang dadah 6 bulan. Ni gua dah jadi pucat pula nak berbelog. Debor juga la nak menaip. Kan ada pihak tuduh gua hina mana² pihak. Naya gua weh! Sapa nak ambil alih kontrak mengorat Gilang nanti?

Friday, March 13, 2009

Teka Teki 'Special' Dari Gua. Betul Kalu, Habuan Terbaik Dari Ladang Menanti

Pada suatu malam nan dulu² gua bersama rakan² gua terdiri daripada Lipi, Nami dan Ise pergi memancing kat sungai. Sungai tak sungai sangat, dia berat ke tali air saja. Ikan kat sungai ni memang buleh tahan kepelbagaian sepsis. Ada keli, talapia, haruan. Ada sesetengah kes tu, labi² pun buleh sangkut kat kail. Tapi sungai ni lu jangan buat main. Dulu gua pernah dengar Pak Da Li kabor dia nampak buaya tengah lepak kat tebing. Besau juga katanya. Ntah betul ke tidak, silap² Pak Da Li chong orang kampung sebab dia nak memancing sorang kat situ.

ketika dalam perjalanan memancing gua ternampak 3 kereta kuda yg bergerak atas sungai. Kereta kuda pertama dan kedua ditarik oleh dua ekor lembu, kereta kuda ketiga ditarik oleh 5 ekor ayam mengatasi kereta² yang ditarik oleh lembu. Inilah gua. Cuba teka siapa gua.

A) Pak Da Li
B) Kereta kuda ke 2
C) Buaya yang Pak Da Li nampak
D) kalo tak tahu sangat teka saja Pak Da Li

****

Betul kalu gua belanja naik Ultraman kat depan Syarikat Perniagaan Mesra kat kampung gua nuh. Gua belanja 3 'round'. Satu 'round' RM 1, tapi kena pakai syiling 50 sen. Kat situ ada tiga jenis. 4WD, kapal terbang dengan Ultraman. Tapi gua dengar muzik Ultraman palem sedap² mendengar. Dari segi pergerakan pula memang sah² ultraman yang pegang. Dia kona, peh! cecah lantai. Nak naik lu kena pegang kuat² sebab kalu jatuh dia takdak insurans.

Monday, March 9, 2009

Hangin Juga Gua Bila Sedap² Menulis Tapi Sambungan Internet Putus². Gua Mula Syak Pihak Internet Dengki Dengan Gua Ni.

Sedang sedap² gua mensoping barangan keperluan dapur kat pasar tadi, tiba² selipar gua terputus. Gua malas nak hangin² ni. Orang tua kabor, idup kalu dok layan scene hangin buleh kena serangan jantung. Serangan jenis mana gua tak tahu. Hendap barangkali. Tapi apa hal budak sekolah tadi pijak selipar gua tengah sedap² gua berjalan? Ini lah budak sekolah zaman sekarang. Kecik² dah chong mak bapak. Kabor kat mak sekolah masuk pukul 1 petang, tapi kena pergi awal sebab ada tambahan. Peh! dia punya tambahan, merendak dengan pakwe kat pasar. Aaah.. romantik benar gua tengok tadi. Jalan sampai buleh pijak selipar jepun buatan malaysia gua. Habis punah budak² zaman sekarang. Itu belum tambah yang duduk menyaffle pukul 12 tengah hari kat taman nuh.

Selipar jepun buatan Malaysia yang gua pakai ni pesen sensitif sikit. Dia kalu kena pijak memang dia cenderung untuk putus. Macam kena pijak dengan budak sekolah hingusan tadi. Yang buat gua into selipar ni sebab dari segi keselesaan dia memang solid. Kalah jenama 'teva' Tapi kalu berjalan tempat basah. Peh! dia punya percik tuh buleh cecah rambut. Gua pergi beli ikan di seksyen ikan contohnya. Memang sah² selipar jepun gua akan belanja air ikan kat rambut gua. Hah! itu jam memang rambut gua jadi basah, bergaya jugak nampak, macam iklan minyak rambut. Tapi, dia punya bau, peh! mak cik goreng pisang pun tak jadi nak meniaga kalu gua nak membeli. Cilakak! busuk benar.

Oleh sebab budak² punya hal, secara auto nya gua terpaksa kona ke seksyen selipar dan kasut. Gua jumpa satu kedai ni. Jual selipar sejibik macam selipar gua. Gua ingat selipar gua 'rare', tapi haram. Semua kedai ada selipar macam selipar gua pakai. Apa cerit weh?

"Bang yang ni saiz 8 ada?" tanya gua kepada brader kedai sambil memegang selipar yang gua saspek 'rare' tadi. Dia ada dukung anak, ada gaya bapa mithali juga gua tengok teknik dukungan dia.

"ada². kejap " Jawab brader kedai itu. sambil tangan belah kanan menggodek selipar saiz 8. Tangan kiri dia dukung anak lagi. Kalau kiri kanan dia godek selipar. Anak dia nak campak mana?

"haa.. elok dah ni. ngam dengan kaki saya. Brapa bos?" Tanya gua sambil auto senyum sebab gua tahu kejap lagi gua buleh melaram dengan selipar baru. Gua pun saja petik 'bos', untung² gua dapat diskaun lebih. heh!

"RM4.90 ja. Kira mudah la. RM5." Jawab brader kedai itu dengan tenang. Memang tenang cara dia menjawab. Sambil² berinteraksi dengan anak dia secara mithali.

Itu jam juga gua beredar. Gua jadi hangin. Rasa nak paranawei saja tiang kedai brader tu. Ntah mende akal dia, pesen bundar tak tentu hala. Gua syak dia nak bawa seisi keluarga pergi haji minggu depan. Aaaah.. Ntah² pagi esok. cilakak!


****

Nota pengunjung : kompiter gua sekarang menuju ke arah gaya hidup sihat. Gua dah semacam auto senyum. Dah lama gua nak merasa ada kompiter peribadi. Tapi gua ada dapat berita kompiter riba teman serumah gua pula into scene merosak. Sumpah bukan kerja gua!

Wednesday, March 4, 2009

Dunia Berputar Seperti Biasa. Tiada Pernah Terlalu Laju, Tiada Pernah Terlalu Perlahan. Tapi Milo Panas Gua Bila Nak Suam?Kompiter Gua Bila Nak Sihat?



Gambau ni dipetik oleh member gua time maghrib. Ngam TV tengah azan jugak la. Gua memang plan nak pekena jemaah kat masjid berdekatan. Tapi member gua mandi punya lama. Ntah mandi apa gua tak tahu. Gua malas nak tuduh dia mandi wajib. Kalu kat kampung gua ini macam. Memang awal² lagi kena piat dengan abah gua. Piat dia bukan sekali, selalunya dia berpakej, 2 3 kali jugak. Silap² ada pakej tambahan, ceramah perdana.

Gua syak kalu Tiger Wood nampak gambau ni mesti dia belanja gua main golf kat Florida tiap² hari. Peh! Cakap omputih la gua nanti weh!


*****

Sehari dua ni gua memang hangin dengan jiran gua. Atirah dalam kurungan bukan nama sebenar. Dia bela kucing, ramai jugak. Tapi jadahnya bela kucing pehtu suruh kucing dia pergi kencing atas motor Yamaha R1 berkuasa rendah gua! Hangin jugak gua. Bukan sekali, masuk ni dah 2 kali. Air kencing kucing ni lu jangan buat main. Busuk bau. Bersifat menghakis pulak tu. Kencing kat besi contohnya. Kalu lu lambat basuh, buleh berkarat tempat yang kucing 'aim' tuh. Nak jual kat Jaki besi buruk nanti pun harga dah 'drop'. Ntah mende Atirah kasi kucing dia minum. Asid hidroklorik cair barangkali.

Ni gua tengah tunggu saja kucing tuh datang lagi sekali. Kantoi kalu, gua tangkap. Jual kat warga asing dari Myanmar. Gua dengar deme tuh selalu buat kari kepala kucing. heh!


****

Sahabat gua, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin masih lagi belum ditemui. Arap² si Asan ni selamat lagi le. haih!

Wednesday, February 25, 2009

Satu Wabak Yang Gua Palem Tak 'In' Telah Mari Ke Pekan Gua Tinggal. Ntah Musibat Mana Yang Bawak. Huru Hara Habis Jadinya.

Suatu hari nan lalu kewangan gua solid sikit. Jadi petang² macam petang tu memang sedap pekena goreng pisang dengan teh o panas. Memang petang tu solid! angin sedap² bertiup, cuaca panas² yang macam panas musim panas dekat eropah nuh. Aaaah. susah gua nak kabor. Lu pergi eropah lu tahu la macam mana dia punya panas. Tapi gua pun tak pernah pergi eropah jugak!

Gerai goreng pisang yang gua nak pergi ni dekat pekan. Gerai Mak Su Naza. Goreng pisang gerai dia memang tiptop. Pergi lambat kalu memang beli habuk je la. Mende dekat pekan, secara auto gua kena pergi dengan motor Honda Ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua. Apa gila petang² gua nak berjalan, nanti gadis kat pekan tengok pun tak selera. heh!

Gua pun gerak, elok saja gua lalu depan masjid dekat rumah gua tu, azan berkumandang. Peh! sentap jugak jadinya gua. Kalu zaman kecik², Abg Mi tak azan lagi gua dah ada kat mesjid tuh. Amcam? bagus dak gua? Tapi gua pergi awal² sebab nak 'chup' 'turn' untuk mengaji saja. Lambat 'chup' kalu, pukul 530 petang dok ngadap mulah Pak Isa lagi weh! Scene bola gua nak mula pukul brapa?

Sentap sentap jugak, gua jalan saja. Sebelum sampai gerai goreng pisang nuh, gua kena lalu satu taman permainan. Nama taman ni Taman Kemahkotaan. Ntah mende akal orang majlis daerah pergi bubuh nama tu. Tak paham gua. Kasi la nama sedap² telinga mendengar sikit. Macam "Redwoods Park" ke "Riverside Park" ke. Eropah sikit bunyinya. Paling huduh pun bubuh nama Taman astokana.

Kat Taman Kemahkotaan tu gua ada nampak budak² berkumpul. Ramai jugak. Tapi tak ramai macam perhimpunan dekat sekolah nuh. Macam² pesen 'dressing' ada. Ada pesen pakai topi jenis sudu kat belakang, jenis jeans koyak kat lutut pun ada, yang pakai seluar bola pun ada, paling gua tak buleh 'in' yang pakai baju melayu dengan songkok pun ada itu jam. Cilakak! akal gua dah lain macam. Gua dah mula syak kanak² kat pekan gua buat perhimpunan aman untuk memboikot israel. Tapi takdak pulak scene² bakau bendera. Perasaan ingin tahu gua mari lain macam. Tak pernah gua tengok budak kat pekan gua berkumpul kemain lagi dia punya "gath" tuh.

Gua pun 'park' honda ducati berkuasa rendah milik penuh abah gua elok², gua pergi jenguk.

Cilakak! Budak² pekan gua dah mula terjebak dengan mainan menari pesen nak haus tapak kasut. Ntah sapa bawak masuk gejala "shuffle" ni kat pekan gua. Hangin jugak gua jadinya. Gua tahu sangat, yang pakai seluar bola tinggal scene membola sebab nak "shuffle", yang pakai baju melayu pula ponteng fadhu ain. "Shuffle" punya pasal. Habis rosak generasi muda pekan gua.

Itu jam gua pergi tarik telinga sorang². Gua sound keras², sekali lagi gua nampak deme tuh 'menyaffle' gua ong bak sorang². Kasut gua bakau! Yang nak membola gua suruh pergi membola, yang nak memfardhu ain gua suruh masuk kelas. Hah! yang mak pesan suruh beli gula dengan sabun basuh tu gua balik cepat². Jahanam abis budak² yang masih hijau ni. Gua ni memang tak 'in' dengan "shuffle'

*
perenggan tulisan senget tu semua gua chong! haha~

Tuesday, February 24, 2009

Diam Bukan Gua Malu, Diam Bukan Jugak Gua Tadak Mende Nak Tulis. Diam Sebab Kompiter Gua Layak Ke Tong Sampah. Dan Diam Sebab Member Gua Sorang Ni.

Sedar tak sedar, tapi gua sedar la. Gua tak koma. Hari ni dah 9 hari rakan gua telah hilang di hutan nan tebal berdekatan Cameron Highland. Beliau telah mendaki secara berjemaah, tapi dia hilang secara persendirian.

Dengan ini gua berharap rakan² unit membelog tak kira dari seksyen mana. Islam, Kristian, Budha, Intifada, Tabligh, Sunnah mahupun kurdis dapat sama² berdoa semoga member gua ditemui secepat mungkin dalam keadaan paling tip top dan solid.

Bagi yang beragama Islam, akan diadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yaasin di masjid berdekatan rumah member gua tuh. Ada juga acara makan sikit² gua syak. Kalu berkelapangan buleh la pergi. Jangan lupa angkut bersama kawan², makwe, isteri no 1,2,3 dan 4. Nak bawak adik angkat pon buleh jugak.

hah! keterangan lanjut dia:

Tempat: Masjid Al Ehsan (SS4A/4), Kelana Jaya
Tarikh: Rabu 25 February 2009
Masa: Selepas waktu maghrib (solat maghrib bersama)


Asan... Asan.. mana la lu sekarang. Kalu gua mampu gua dah join rescue team pegi cari lu.


Peta nak ke tempat kejadian Rabu ni


Friday, February 13, 2009

Punca Dan Tindakan. Ong Bak 2 Memang Terbaik Dari Ladang Weh!

Lu free kalu baik lu pergi tengok crita Ong Bak 2. Terbaik dari ladang weh crita ni. Gua dah pekena minggu lepas bersama teman² gua. Teman gua semua dari sekolah kebangsaan batang. Takda gadis pun. Cilakak! Tapi sedap juga menonton sebab gua tengok dekat panggung wayang baru. Menangkap panggung ni. Kerusi dia empuk lain macam. Macam empuk kerusi jenama Ogawa pun ada jugak. Skrin dia pon besau, tapi bila crita 'start' jadi kecik sikit. Mende weh camni? Buat gua panas saja. Nasib baik penyaman udara dia 'settin' rendah. heh!

Crita ni memang gua kasi 10 bintang untuk seksyen aksi Ong Bak menOng bak. Ong bak 2 ni 'true' sikit gua tengok. Ni gua ingat nak panggil Ong Bak Tradisional. Mende crita zaman up sikit dari zaman parameswara. Mahu tak tradisional. Ada jugak Ong Bak kategori Ong Bak mabuk. Peh! lain macam benar gua tengok. Satu jari saja dah buleh kopak halkum. Apa crita. Nasib baik gua tak into air setan ni. Kalu tidak nak jugak gua menuntut Ong Bak mabuk ni. Tapi apa kes seksyen pukul kejam sikit dah kena potong? Cilakak punya unit penapis. Tak setuju benar gua. Crita omputih duduk bercium bagai tak nak pulak potong. Saja nak ajaar

******

Gua cukup respek dengan industri perfileman negara jiran kita ni. Walaupun lenggok politik negara deme tuh tak pernah nak stabil, Tapi masih mampu menghasilkan crita yang terbaik dari ladang. Dari seksyen aksi yang 'true' sampai le ke seksyen cinematografi. Tuh belum lagi seksyen 'computer graphic'. Betul² asli gua tengok. Terkesima juga gua itu jam. Tapi cinematografi tu mende weh? gua main petik je ni.

Gua selaku rakyat messia terkadang berasa malu sikit² sebab negara gua ni dengar crita maju. Ada menara tinggi, ada litar formula 1. Ada jentera, ada kereta proton saga. Sawah padi menguning! hah! gua siap bagi lagu. Pakej ni. Tapi negara gua ni dok buat crita Sembilu, Anak Mami. Ntah mende lagi crita. Malas gua nak tulis, bikin sirap saja. Modus operandi cerita dia sama. Bercinta bagai, Mak pun tak kasi kawin sbb pakwe dia anak orang miskin.

hah! Ni terbaru punya Sifu & Tongga. Apa crita weh? Gua dengar musnah saja crita ni. Gua ingat pengarah pilem messia perlu keluar dari satu kotak yang mereka diami selama ini. Menjajah ke satu idea yang solid. Kena berani meng'invest' idea dan modal. Baru la dapat crita solid molid. Ini tidak, Tak Mami Jarum, Anak Mami. Mende nak buat crita seram pun dah jadi cerita lucu.

Cilakak! Gua jadi macam pengkritik pulak. Nak kata gua hisap rokok kretek tidak jugak!

Riduan Jadi Kacip Dengan Proses Kitar Semula Bila Beliau Pulang Ke Kampung Halaman

"kringgggg!!!!" bunyi jam loceng Riduan. Bunyi jam loceng Riduan agak kasar sebab dia pakai jam loceng yang pesen lama tu. Alah, yang pesen tak pakai bateri tu. Jam pesen ni memang kasar bunyi dia. Malam tadi Riduan 'set alarm' pukul 6.30 pagi. Awal benar. Ada projek mega katanya. Mega tak mega sangat, kalu menteri dengan buat kena gelak saja.

Hari ni Riduan 'settin dressing' indie kotemperori buruh asing. 'Dressing' ni memang kena dengan projek mega Riduan. Dah siap 'dressin', Riduan pun memulakan projek mega beliau. Dia mula dengan seksyen 'indoor' dulu. Bukan apa, senang katanya, nanti kalu 'settle'kan outdoor dulu, badan dah berpeluh. Memang tak kena nak buat seksyen 'indoor'.

Kungkang Kungkang, siap. Ya, banyak jugak hasil Riduan. Beliau dapat dekat² 6Kg surat khabar dari jenama Sinar Harian, Utusan Malaysia dan beberapa naskah dari jenama The News Strait Times. Riduan ada jumpa surat kabor yang tahun 2003 jenama Utusan. Peh! itu jam akal Riduan jadi tak tentu hala. Dia nak jual kat 'Ebay' sebagai barang 'rare'. Cilakak! licik jugak akal Riduan ni. Kategori majalah pula buleh tahan banyak hasil kutipan Riduan ni. Dia kutip majalah lama adik beliau. Jenama Arena Bola Sepak. Adik Riduan ni memang 'true' peminat bola sepak tempatan. Apa barang 'EPL', penjajah! kata adik beliau. Majalah ni pesen kertas molek² jugak. Itu jam Riduan jadi auto senyum. Mende 5 naskah dah nak cecah 1kg. Memang auto senyum!

Seksyen 'indoor' selesai. Riduan meneruskan dengan seksyen 'outdoor'. Mari juga hasil 'outdoor' Riduan kali ni. Dari botol² yang kat belakang rumah tu membawa ke besi buruk yang Riduan kutip kat bengkel kereta Gemuk. Tapi Riduan tak curi pulak besi penutup longkang kat depan sekolah agama tu. Tak pasal kena panah kilat pula. Lagipun apa gila lu nak cari wang dengan modus operandi mencuri besi. Memang gaya penagih tu.

Kedua dua seksyen selesai, Riduan pun dengan auto senyum bawak hasil kutipan dia pergi jual kat kedai Jaki besi buruk. Nama saja Jaki besi buruk, tapi botol dengan kertas dia beli jugak. Ada sesetengah kes dia beli bateri kereta yang lama. RM 5 jugak la sebiji dia angkat. Kali ni Riduan bawak hasil dengan motor saja. Kena la 2 'trip'. Memang tak kena kalu nak buat 1 'trip' kan beresepai botol jatuh. Hah! tak ke hangin jugak jadinya nanti.

Cilakak! harga besi buruk turun! Apa kes sekilo tak sampai RM1. Marah Riduan itu jam. Tapi nasib baik hasil kertas dan botol membanggakan. Bangga tak bangga sangat, tapi lepas jugak la kalu nk buat modal minum kt mamak sambil usha gadis nanti. heh!

*****

Petang itu hati Riduan jadi senang. Duit berekepuk dalam wallet buruk dia. Memang riang la. Tengah sedap² dia pekena goreng pisang bersama air teh panas! peh! memang kena ramuan ni petang². Adik Riduan menyapa "Ko ada nampak tak majalah Arena Bola Sepak yang aku beli pagi semalam?. Ntah mana aku letak, cari tak jumpa" Erk! Itu jam muka Riduan jadi pucat. Kalu toreh pipi tu memang tak keluar darah. Dia berat ke keluar hingus gua syak. Air yang Riduan sedap² minam tadi jadi masin. Tapi Riduan sempat lagi jawab dengan gaya maintain'. "Tadi aku nampak atas meja, Abah baca." Lepas tu Riduan pun cepat² buat² nak pegi beli goreng pisang lagi. Tak cukup helahnya.
*Peh! ceria gua jadi. Buleh juga gua kemaskini.

Wednesday, February 4, 2009

Orang Kerajaan Yang Dah Pencen Lagi Sibuk Dari Gua Sekarang Nih. Kalu Ada Yang Nak Belanja Gua Pakej Wayang Dengan pokkon, Molek Juga.

Sekarang ni gua memang tak sibuk. Betul punya tak sibuk. Orang kerajaan yang pencen pun tak sibuk macam gua tak sibuk ni. Gua memang berencana nak pekena scene menulis. Dapat 3 'entry' 1 jam sedap jugak. Banyak benar mende gua nak tulis. Nasib baik tulis kat kompiter, kalu tulis dekat buku garis banyak tuh, gua syak kena 6 buah buku jugak. Hah! macam iqra` pun ada. 1 sampai 6.

Tapi kenapa cekera keras kompiter gua perlu rosak di saat gua tengah tenang macam air di kali ni? Cilakak! Ni pon gua menulis curi² kat kompiter riba teman sebilik gua.Dia pergi makan. Memang ada ajak gua, tapi gua tolak mentah² sebab gua nak pakai kompiter riba dia. Canggih jugak, jenama HP. RAM dia, peh! Sampai 4GB brader!


*komentar dan lawatan mengejut akan gua lakukan selepas kompiter gua yang RAM 256 MB tu pulih. Ntah pulih ke tidak gua tak berapa nak pasti. Tapi macam berat ke arah tak pulih.

Thursday, January 29, 2009

Ini Memang True Punya Kongsi Fa Chai. Ah Tar Mekanik Motor Kat Simpang 3 Nuh Pun Tak Raya Macam Gua.

hoh! gua jadi sibuk macam gua yang raya pulak 3 4 hari ni. Dari kontrak makan rumah terbuka masyarakat cina membawa ke kontrak mengacau bubur asyura. Gua kena pulak seksyen mengacau pukul 3 petang. Peh! dia punya berpeluh macam gua main bola pukul 12 tengah hari kat Dubai. Menitik nitik! Tapi ada jugak Mak Su Ani kabor bubur asyura gua kacau sedap. Manis kena, masin dia pon kena. Tengok la Mak Su, siapa yang mengacau ni. heh!

Sunday, January 25, 2009

Cuaca Sedap, Angin Pun Terbaik Dari Ladang, Tapi Kenapa Gua Kena Layan Juga Scene Menyirap? Tak ke Cacat Tuh.

Hari ni cuaca agak cantik. Cuaca mendung. Bukan mendung yang berat ke hujan tu. Dia mendung yang berat ke sedap² berjalan. Datang pula dengan pakej angin yang sempoi² bahasa. Memang sedap angin ni. Kalah angin 'air cond' dekat bank CIMB cawangan tempat gua.

Dah cuaca pun cantik, angin pun sedap, gua pun merancang nak menjelajah 'bundle²' kat daerah gua. Gua dengan 'bundle' ni memang kacip. Dari gua sekolah rendah lagi abah gua pekena baju 'bundle' kat gua. Itu yang sampai sekarang gua jadi berat ke 'bundle saja. Betul juga pepatah kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tapi masa tu nama dia tak 'bundle' lagi. Abah gua duk panggil 'baju second hand' saja. Buleh tahan kodi juga nama dia.

Scene bundle ni lu jangan main², macam² jenama buleh jumpa kat 'bundle' nuh. Dari jenama runcit² macam 'uniqlo' membawa ke jenama 'Paul Smith'. Ada sesetengah kes tu, jenama yang takda kat Malaysia pun buleh jumpa kat 'bundle'. Gua kalu pergi 'bundle' tu, kadang² aim jugak baju kolar jenama 'lacoste' ni. Hensem baju jenama ni. Orang kat Kolumpo nuh ramai juga yang pakai. Itu yang gua jadi into jenama buaya nganga mulut. Baru rasa macam Kolumpo sikit. heh!

Tengah sedap² gua belek baju yang dekat bundle tu, memang gua ada terbayang jugak gua pakai baju kolar jenama buaya nganga mulut tu. Peh, sengih sorang² gua. Tapi gua sengih sikit² saja. Bukan macam kerang busuk weh! huduh benar gamaknya kalu macam tu. Nanti mula la gua kena tuduh orang gila dengan tauke 'bundle' tu.

Belek punya belek, tiba² gua jadi hangin. Memang gua hangin. Rasa macam nak paranawei level 5 saja tauke 'bundle'. Rasa nak bakau itu kedai pun mari juga itu jam. Mahu gua tak menyirap, punya sedap gua aim 'lacoste' tiba² muncul baju "maxis". Cilakak! Belakang baju "maxis", ada pula baju "Hari Keluarga Kumpulan Utusan", pastu "Hotlink aktifkan dirimu". Itu jam jugak gua cabut. Cilakak punya kedai. Dah lebih 15 tahun gua bergelumang dengan scene 'bundle' ni. Tak pernah gua jumpa seksyen baju ini macam kat 'bundle'. Ini dah menyalahi kod etika 'bundle' weh!.



Lu hangin dak bila baju macam ni ada kat 'bundle'?
Sumpah! gua hangin! cilakak!

Friday, January 23, 2009

Gua Dengan Pos Opis Jadi Kacip. Kacip Tu Kacip Juga, Tapi Semangat Auto Down Pun Jadi Mari Juga. Apa Kes?

Minggu ni gua dengan Pos Malaysia Berhad jadi kacip lain macam. Bukan kacip biasa² macam gua kacip dengan chicken chop tu. Gua punya kacip sampai satu hari sampai tiga kali gua pegi. Amcam dia punya kacip?

Tapi hari ni gua jadi hangin bila pos opis tempat gua tidak beroperasi pada hari jumaat. Ini betul punya gua banyak urusan. Bukan urusan runcit² yang buleh gua tangguh². Ni dia dah masuk 'seksyen' tangguh kalu buleh senteng gua.

Nasib baik sistem perbankan di Malaysia ni buleh 'settle' secara dalam talian. Gua pulak nak kata celik IT tak celik mana, tapi buleh lagi la gua ejas kalu nak guna sistem atas talian ni. Ini gua tengah pikir, buleh dak kalu nak pos barang dengan pos laju pakai sistem atas talian? Takda la susah² gua nak pergi pos opis. Bukan sedap mana pun pergi situ. Air cond ada, tapi haram tak 'ON'. Dok layan feel kipas cap 'KDK' saja. Peh! kodi weh!

Satu hal lagi. Pos opis tempat gua ada empat kaunter. Tiga kaunter di'handle' oleh makcik. Bakinya oleh pakcik. Mana kaunter yang kelas² akak yang jaga? Memang semangat pos opis gua pun jadi auto down ini macam. Apa gila gua nak pegi mengurat makcik kan? heh!

Tuesday, January 20, 2009

Ada Yang kabor Gua Duduk Kat Negara Islam Hadhari. Indie Dengan Hadhari Ni kacip Dak?

Semalam gua tengok tv3. Semalam ni maksud dia semalam yang belah malam. Bukan semalam yang siang tu. Ada orang kabor 'semalam' tuh untuk siang saja. Kalu Malam dia jadi 'malam tadi'. Ada anugerah paling berprestij kat Malaysia katanya. Gua tengok tak tengok sangat, jeling sikit² sambil layan kompiter.

Ada satu band 'indie' menang. Gua tak tengok dia menyanyi. Gua curi² dengar pengacara dok sebut band tu menang saja. Kekdahnya, pagi tadi ntah berapa kali gua dok dengan lagu band tuh kat salah satu radio yang buleh tahan hit. Peh! tak buleh pergi gua. Juara juara jugak, lagu kumpulan lain jangan dilupa!

Tapi kenapa anugerah ni buat acara 'red carpet' maghrib² ni weh! tak kena gua rasa. Pak menteri kabor gua ni menetap kat negara islam hadhari. Belah mana yang hadhari gua pon tak tahu. heh!

Monday, January 19, 2009

Sepetang Bersama Encik Rashid bin Ismail. Dia Ada Kancil Kaler Merah Dengan Transmisi Automatik 3 Kelajuan.

"hoii!!! taukey! amcam bisnes?" Jerit gua dari atas motor honda ducati berkuasa rendah yang gua tunggang kepada Rashid bin Ismail ( nama sebenar ). Rashid ni peniaga roti goreng dan cha kueh di sebuah gerai depan klinik kesihatan kat kampung gua. Tapi kalu bulan puasa Rashid pegi meniaga murtabak kat bazar ramadhan. Berbakat benar anak bongsu pak Mail ni. Macam² dia buleh buat. Sampai ke tikam nombor pon 'terrer', ari tuh gua dengar dia kena dekat 6 riban jugak! Kemain lagi tukau sport rim baru kat kereta kancil dia, ekzos pon tiba² jadi besau. Dia punya jam? Peh! jenama Rado brader!

6 tahun lepas gua pernah menjadi kuli kepada Rashid. Lama tak lama sangat, dia tak sampai satu musim, tapi 2 purnama jugak. Selaku kuli, tugas gua memang tak buleh lari dari skop membuka gerai. Tapi kadang² gua rasa semacam gua tauke pulak bila gua dapat sms Rashid macam ni "Ari ni lmbt sket, bos bukak la dulu gerai tu". heh! Tapi hari ni gua pergi gerai Rashid, tade menda yang berubah sangat, dari kuali pakai untuk menggoreng membawa ke kerusi tempat gua curi tulang. Tapi tong gas dia dah bertukar la. Apa gila 6 tahun pon tak tukau tong gas. Lu ingat nak hidup dapur pakai air ke?

Rashid ni pemurah orangnya. Hari kedua gua jadi kuli dia dah bagi pesanan kat gua. Ini macam "kalu orang beli RM2 tuh nnt kasi la lebih, 1 biji ke 2 biji. TAPI, orang tuh merujuk kat awek saja. Laki ke pakcik makcik ke tak payah." Amcam? pemurah dak tauke gua?

Ada satu pesanan Rashid yang memang gua tak lupa haram sepatah pun sampai ari ni. Dia kabor kat gua "kita meniaga ni tak boleh jual mahal², jual mahal² pun bukan buleh pegi haji pagi esok. Kena beratur depan Tabung Haji jugak. Kita meniaga ni bukan nak untung, meniaga nak pahala saja." Peh, tikam nombor tikam nombor jugak, pesanan Rashid memang tak pernah lekang dari kata ilmiah.

Pungpang pungpang, gua sembang dengan Rashid. Macam² topik kami sembang, dari gadis lepas SPM yang kerja 'part time' kat Petronas nuh membawa ke topik politik yang tengah hit kat Kole Terengganu. Tapi ada jugak sikit² Rashid petik topik nombor ekor dia. Penat jugak gua sembang dengan si Rashid ni, asyik kena memekak saja. Bukan apa, 'sound' dia tak berapa in sikit. Pekena pulak sembang gerai tepi jalan yang segala mak nenek kenderaan lalu. Peh! ada jugak gua rasa macam gua sembang dengan orang jarak 35 meter.

Pekena sembang, pekena roti goreng yang gua paw sebijik, gua pon nak blah. Tapi sempat lagi gua petik, "boss, tapau roti goreng 4 5 biji." "Okeh, beres" kata Rashid dengan tangkas. Gua pon tanya "Berapa?" Dia kabor "RM1 sudah le." Lantas gua balas "Alaa.. 4 5 biji je, kita meniaga bukan nak untung, nak pahala saja." "hahaha.. bolehh laa" jawab Rashid sambil tersenyum.

Amcam? licik dak modus operandi gua? Dapat pekena roti goreng free! bukan sebiji. 5 biji weh!


Rashid sedang gigih mengerah tulang empat kerat